Latest News

UMK SUMBANG 500 UNIT PELINDUNG MUKA DAN 100 UNIT PENSINITASI KEPADA ANGGOTA PDRM TANGANI GELOMBANG KETIGA PANDEMIK COVID-19.

KOTA BHARU 19 November I Prihatin dengan usaha petugas barisan hadapan menangani gelombang ketiga COVID-19, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini tampil menyumbang kelengkapan pelindungan diri (PPE) kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD).

WhatsApp Image 2020 11 21 at 1.50.24 PM

Penyerahan sumbangan berupa 500 unit pelindung muka dan 100 botol pensinitasi tangan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah kepada Timbalan Ketua Polis Kota Bharu, Supritenden Suhaimi Hj. Ali, di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 19 November 2020.

Turut hadir, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK, Prof. Ts. Ir. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Pengarah Bahagian Komersialan Dan Harta Intelek, Prof. Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty Mohamed, Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah Kota Bahru, Dsp. Tengku Maslina Tengku Mansor dan Ketua Cawangan MPV (Bahagian Kereta Peronda), Asp. Md Hasmawi Yunus.

Menurut Prof. Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty, produk PPE itu dihasilkan sendiri oleh UMK menerusi Projek ‘Comprehensive COVID-19 Protective Equipment’ yang diketuai oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FYKW), Dr. Hanisa Hassan dan ahli-ahlinya.

Katanya, alat pelindung muka tersebut direka dengan menggunakan perisian Computer Aided Design (CAD), seterusnya dipotong menggunakan laser mesin Kawalan Berangka Komputer (CNC) pada akrilik dimana kaedah ini adalah lebih menjimatkan masa dan tepat berbanding dengan kaedah konvensional.

“Manakala, pensinitasi tangan pula dibangunkan oleh saintis dari Fakulti Sains Bumi dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi menggunakan formulasi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO.

“Projek penghasilan PPE ini turut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK dan agensi-agensi luar termasuk Penjara Pengkalan Chepa, Hospital Raja Perempuan Zainab II serta Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan.

“Selain itu, penghasilan produk ini mendapat pengiktirafan dan sokongan apabila produk inovasi ini telah menerima bantuan geran pembangunan inovasi melalui Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) di bawah kelolaan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebanyak RM150,000,” katanya.
 
Sementara itu, sebanyak 5,000 keping pelindung muka telah dihasilkan dan berjaya diagihkan kepada petugas-petugas barisan hadapan secara berperingkat di Pantai Timur, seperti Jabatan Penjara, Imigresen, Perubatan serta sekolah-sekolah.
 
Menerusi bantuan ini diharapkan dapat membantu para petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas harian dengan lebih berwaspada dan selamat.

 

Read 56 times
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 16 November 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search