Print this page

SEMUA STAF BERPERANAN BANTU LONJAK NAMA UMK SEBAGAI UNIVERSITI KEUSAHAWANAN – PROF. DATO’ DR. MORTAZA MOHAMED

majlis persaraan

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

STAF Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berperanan membantu melonjak nama universiti sebagai sebuah Universiti Awam (UA) dengan menyerlahkan bidang pendidikan keusahawanan selari dengan visi dan misi penubuhannya.

majlis persaraan 3Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, UMK amat berpotensi di masa hadapan untuk maju dan setiap staff mempunyai peranan masing-masing terhadap universiti ini.

Beliau berkata, staf akademi dan sokongan bersama-sama mempunyai tugas dan tanggungjawab dalam membantu memantapkan universiti ini.

“Saya akan terus bersama universiti untuk terus membangunkan UMK dalam pelbagai bentuk sumbangan untuk terus bersama-sama memastikan universiti bergerak dengan lebih baik dan peranan staf adalah sangat penting untuk membina institusi UMK.

“Setiap tindakan yang dilakukan adalah adalah rezeki daripada Allah SWT dan saya meletak harapan tinggi semua staf dapat memacukan universiti ini dengan lebih maju lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Persaraan Tahun 2017, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 28 Disember 2017 .

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Zulkifli Mohd Zan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abd. Aziz Ab Latif, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Hassan Mohd Osman dan Pendaftar UMK, Mejar Pauzi Pak Chu.

Majlis Persaraan UMK 2017 itu diadakan bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberi oleh enam staf UMK dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza yang telah menyumbang bakti kepada Universiti.

Staf UMK yang bersara wajib ialah Prof. Abdul Jamal Abd. Hamid yang memulakan khidmat di UMK pada Mei 2014 sehingga November 2017 sebagai Profesor VK7 manakala Prof. Dr. Wan Salihin Wong Abdullah yang bertugas di UMK pada Julai 2016 sehingga Januari 2017 dan En. Zainal Abidin Ismail yang berkhidmat di UMK pada Mei 2007 sehinggan September 2017.

Sementara itu, UMK turut meraikan dua staf yang telah bersara secara pilihan iaitu Prof. Dr. Hishamuddin Md. Som (berkhidmat di UMK pada Mei 2012 sehingga 1 Oktober 2017) dan Puan Azizah Saban (pada Jun 2011 sehingga 1 Mei 2017).

majlis persaraan 2Menurut Mejar Pauzi, majlis persaraan pada hari ini memberi makna yang mendalam dan tujuan yang ikhlas kerana setiap budi serta jasa yang telah disumbangkan kepada pembangunan, perkembangan dan kemajuan sesuatu organisasi itu merupakan satu ibadah.

Katanya, daripada enam orang pegawai yang diraikan ini, empat daripadanya merupakan staf akademik manakala dua orang lagi merupakan staf pentadbiran.

“Kerjasama erat semua pihak dalam membangunkan UMK sangat penting bagi memastikan setiap perancangan mencapai sasarannya.

“Ketelitian dalam melaksanakan tugas dan komitmen dalam pekerjaan di kalangan warga universiti sangatlah penting di mana kita harus sedar bahawa di atas bahu kita ini tertanggung satu amanah yang cukup besar yang telah diletakkan oleh kerajaan,” jelas beliau.

majlis persaraan 4Tambah beliau, bukan sesuatu perkara mudah untuk meletakkan UMK sepertimana tahap kita berada sekarang dimana penubuhan UMK bermula dengan kosong dan ini memberikan cabaran kepada warga UMK untuk merealisasikan sebuah Universiti Awam penuh di Kelantan.

“Oleh itu ianya memerlukan pengorbanan semua pihak yang sama-sama berjuang untuk membangunkan dan memartabatkan universiti ini.

“Pada kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pesara pada tahun 2017 yang telah banyak berjasa kepada universiti,” katanya.

 

Read 174 times Last modified on Sunday, 31 December 2017 15:31
Rate this item
(0 votes)