Latest News

TEATER THE MIRACLE SEED DIPILIH KE PERINGKAT AKHIR FTM 2018

FB IMG 1507805814984

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat 
Foto : YM Raja Fadhilah Raja Ahmad

TEATER The Miracle Seed melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melayakkan diri antara 10 naskah teater terbaik untuk bertanding ke peringkat akhir Festival Teater Malaysia 2018 (FTM 2018) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

The Miracle Seed merupakan naskah dan idea asal Prof Madya Dr Andika Aziz Hussin yang dipentaskan oleh pelajar bidang Seni Persembahan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Pegawai Kebudayaan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, YM Raja Fadhilah Raja Ahmad dibawah Kumpulan Kelab Teater PUSAKA UMK.

FB IMG 1507805757148Menurut YM Raja Fadhilah, pemilihan teater bertajuk The Miracle Seed adalah berdasarkan kejayaan mengungguli Festival Teater Negeri Kelantan 2017 dan kelayakan pada peringkat penilaian yang telah diadakan pada 11 sehingga 14 November lalu di Dewan Wawasan, di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, Kumpulan PUSAKA UMK berjaya memenangi Johan Keseluruhan pada pertandingan teater anjuran JKKN pada November baru-baru ini dengan menumbangkan kehebatan kumpulan teater lain seperti Kumpulan Teater Anak Seni Pasir Mas (ASWAMAS), UiTM Machang Kelantan dan USM Kubang Kerian dengan membawa pulang lima (5) daripada tujuh (7) anugerah yang dipertandingkan.

“Dengan kemenangan itu, Kumpulan PUSAKA UMK membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 1,000.00, sijil dan piala.

“Kumpulan PUSAKA UMK turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik,” katanya.

Tambah YM Raja Fadhilah yang merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Peringkat Negeri Kelantan 2017 memberitahu bahawa kepakaran bidang lakonan yang dikuasai telah membuktikan kejayaan naskah The Miracle Seed yang bakal dipentaskan pada FTM 2018.

FB IMG 1507805746114“Teater ini mengisahkan tentang kisah kehidupan manusia pada musim kemarau yang teruk melanda sekitar tahun 1972 hingga awal tahun 1973 yang berlaku di Maharasthra iaitu sebuah perkampungan tradisional di India.

Katanya, latar skrip menekankan sebuah keadaan kampung dengan cuaca panas terik, tanah tandus dan kering kontang serta hasil tanaman rosak turut mengorbankan haiwan ternakan dan lembu yang digunakan untuk membajak.

“Keadaan itu membuatkan keluarga Ram bertambah rungsing malah dengan keadaan Malti yang mengandung akan menjejaskan kesihatan.

“Kehadiran anak saudara Malti iaitu Laxman dari Bombay yang membawa benih ajaib adalah latar kepada pengkisahan sebenar The Miracle Seed dimana benih itu adalah satu keajaiban yang boleh merubah kehidupan keluarga Ram,” katanya.

Sementara itu, Menurut PM Dr. Andika selaku Penasihat Kumpulan Teater PUSAKA UMK, penubuhan kelab ini adalah untuk mengangkat bakat pelajar dan generasi baharu menceburi bidang teater dengan lebih berjaya dari aspek lakonan, pengarahan dan produksi.

"Dengan penubuhan Kumpulan PUSAKA UMK, kami telah berjaya mencungkil bakat-bakat baharu yang telah menunjukkan gaya dan kreativiti pementasan yang baik seperti lakonan dan pengarahan.

‘Kami juga menitik beratkan dari aspek pengurusan dan pembikinan props atau kostum. Ini boleh dilihat pada latar cerita naskah The Miracle Seed yang menonjolkan pembinaan set yang mengentengahkan ciri-ciri rumah India pada zaman dahulu yang berasaskan pada tanah liat berkonsepkan India,” katanya.

Tambah beliau, untuk menguasai ilmu teater tidak boleh main-main walaupun ia kerja main-main pada pandangan sesetengah pihak kerana ia menuntut kesabaran dan ketekunan.

Katanya, pementasan sesebuah teater bukan untuk mengisi masa lapang bahkan perlu kepada semangat dan kecekalan yang berterusan kerana ini merupakan satu proses pembinaan ilmu dan pengembangan sahsiah diri.

“Teater adalah satu proses untuk melatih berkerjasama dalam kumpulan, proses membentuk kepimpinan, melahir pemikiran kritis dan kreatif, serta melatih pelajar untuk menjadi usahawan dalam bidang industri kreatif.

“Atas dasar ini kewujudan bidang pengajian seni persembahan menjadi satu kewajaran di UMK yang terletak di negeri Kelantan yang kaya dengan sumber kebudayaan dan kesenian yang masih asli dan belum tercemar oleh campur aduk pelbagai anasir kemodenan masa kini,” katanya.

FB IMG 1507773738870

Read 2573 times Last modified on Monday, 08 January 2018 11:09
Rate this item
(0 votes)

What Our International Students Say?

Latest Update: 21 May 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search