Latest News

UMK MENANG SEMBILAN PINGAT DI K-INOVASI 4.0

Oleh : Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UMK

k inovasi

PROJEK Inovasi oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertajuk Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kursus Keusahawanan berjaya menyumbang pingat emas pada Karnival Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran kali Ke-4 atau K-Inovasi 4.0.

Turut mengharumkan nama UMK ialah Kumpulan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang mempamerkan kecemerlangan dengan meraih satu pingat emas menerusi projek bertajuk Developing Skill-based Courses for Massive Open Online Course: "MOOC in MOOC" Technique.

k inovasi 2K-Novasi P&P 4.0 diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bermula 17 hingga 18 Januari 2018 adalah bertujuan untuk mempergiatkan aktiviti mentransformasi sistem pembelajaran dengan menyemarakkan budaya berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan ahli akademik.

Pada K-Novasi P&P 4.0, seramai 273 ahli akademik daripada seluruh institusi pendidikan di seluruh Malaysia mempamerkan pelbagai projek Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk dipertandingkan bagi tiga kategori utama iaitu e-Pembelajaran/Bahan Bantu Mengajar, Kaedah Pengajaran/ Penyeliaan Pelajar dan Kaedah Pentaksiran Penilaian Alternatif.

Menurut Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UMK, Prof. Madya Dr. Suria Baba, pencapaian di K-Inovasi kali ini memberi petanda positif khususnya projek membabitkan penyertaan daripada staf akademik dan bukan akademik UMK dalam menghasilkan penyelidikan inovasi pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, K-Inovasi 4.0 adalah platform bagi mengetengahkan ilmu kemahiran, kreativiti, idea baharu dan bakat muda daripada pelajar UMK dan pensyarah-pensyarah untuk membuktikan kemampuan serta pengetahuan mereka dengan membina aplikasi dengan sumber perisian terbuka.

“Melalui idea-idea membangunkan aplikasi dan ciptaan ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada masyarakat khasnya kepada pelajar dan tenaga pengajar melalui idea inovasi dan produk berteknologi terkini yang merangkumi inovasi material multimedia, apps, program komputer, sistem dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, PPP UMK menghantar sebanyak lima penyertaan pada pertandingan K-Inovasi 4.0, dan berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Pingat perak berjaya disumbangkan oleh Kumpulan PPP UMK dan Pusat Komputeran dan Informatik (CCi) menerusi projek bertajuk “RAHOBEL : Redesigning Alternative Assessment Captured Via Blended Learning in Boosting Student Personalized Learning (Past, Present and Future)”.

Manakala pingat gangsa menerusi projek bertajuk Heutagogical Approach Through MOOC : Embracing and Sustaining Heritage Value Through Multimedia Technology in Museums Modules Towards Self-Determine Learners, Food BioProcessing Through Empowering of Massive Open Online Course (MOOC) dan ALMUNAWWAR Massive Open Online Course (MOOC) : A Platform For Learning Arabic Language Communication (Level 1 – Beginner).                   

k inovasi 3Selain penyertaan dibawah PPP UMK, Kumpulan FTKW turut menghantar tiga penyertaan menerusi projek bertajuk Developing Skill-based Courses for Massive Open Online Course: "MOOC in MOOC" Technique yang meraih pingat emas, Mobile-Assisted Malaysian Sign Language Learning Tool mendapat pingat gangsa dan projek Designing a Digital Storytelling System to Support Learning in Rural Malaysia meraih pingat gangsa.

Turut menyumbang pingat gangsa ialah penyertaan daripada Kumpulan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI) melalui projek bertajuk English I Like!

Sementara itu, Ketua Kumpulan FKP, Dr. Mohd Hafizie Suhaimi, berkata, projek Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kursus Keusahawanan telah dimulakan pada 4 September 2017 iaitu pada sesi semester pertama 2017/2018 untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap kemadirian dan daya usaha untuk menghasilkan produk tempatan yang mempunyai elemen teknologi setanding dengan produk antarabangsa.

Katanya, nilai keusahawanan, keanjalan teknologi dan peranan pensyarah menjadi asas kepada pelajar untuk lebih berdaya saing bagi menghasilkan produk yang bukan sahaja mempunyai elemen teknologi yang tinggi, malah memiliki tahap kebolehpasaran yang maksimum.

“Melalui projek ini memberi manfaat kepada pelajar dengan menerapkan persekitaran sebenar kepada pelajar untuk menjalankan perniagaan produk berteknologi dan berinovasi menerusi proses yang boleh dijadikan panduan semasa membangunkan produk di peringkat penjanaan idea sehingga ke peringkat pemasaran produk.

“Secara keseluruhan, kualiti pelajar dari aspek peningkatan kemahiran mengurus dan keusahawanan mampu diperolehi menerusi pendekatan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat yang telah dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Rekabentuk Dan Teknologi Kreatif selaku Ketua Kumpulan FTKW, Dr. Anuar Mohd Yusof berkata, projek Developing Skill-based Courses for Massive Open Online Course: "MOOC in MOOC" Technique adalah perisian yang dibangunkan mengikut gamification yang diatur melalui rangka model eProjBL.

Katanya, rekabentuk perisian model ini adalah sebagai asas untuk kursus kemahiran pengeluaran poster dengan menggunakan Adobe Photoshop yang digunakan sebagai penilaian dengan memasukkan tiga hasil pembelajaran sebagai penunjuk.

“Kursus ini direka bentuk dan menjadi "Objek Pembelajaran" untuk kursus-kursus lain di Fakulti Teknologi dan Warisan Kreatif seperti kursus Komputer dan Seni dan Kursus Grafik Komputer 2D sebagai perintis untuk teknik "MOOC in MOOC".

“Melalui penggunaan perisian ini aktiviti dalam kursus itu direka dengan mengintegrasikan alat Web 2.0 seperti Powtoon, Biteable, Goanimate, Coggle, Popplet, Canva, dan aplikasi Google dan secara tidak langsung dapat menyerlahkan kreativiti pelajar,” katanya.

k inovasi end

Read 1479 times Last modified on Wednesday, 31 January 2018 10:57
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 13 Mei 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search