Latest News

KOR SUKSIS UMK TAMAT JALANI LATIHAN KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTERGRITI, KURSUS ASAS SMD, PENGENDALIAN BATON DAN KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat             Foto : Aiman Syazwan

suksis

SERAMAI 192 Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengikuti Kursus Etika dan Pengurusan Intergriti, Kursus Asas SMD, Pengendalian Baton dan Kursus Asas Pertolongan Cemas yang diadakan di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 25 Januari 2018.

Program selama enam hari itu diadakan dengan kerjasama Kor-SUKSIS UMK bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi berkaitan.

Majlis Penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kelantan, YDH Supt. Sheikh Azhar Sheikh Omar.

Turut hadir, Pemangku Komandan Kor SUKSIS UMK, Supt/KS Prof. Dr. Mohamed Dahlan Ibrahim, Ketua Cawangan MPV IPD Kota Bharu, YDH ASP Mohd Shukeri Hasan dan Anjutan Kor SUKSIS UMK, DSP/KS Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Menurut YDH Supt. Sheikh Azhar, PDRM telah mengambil pendekatan yang positif dengan menyediakan kursus-kursus sebegini sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada barisan sukarelawan polis yang mana juga bertindak sebagai pasukan sahabat yang boleh membantu dengan cekap serta efisien sebagai generasi yang berpengetahuan dan mengikut arus teknologi maklumat.

Beliau berkata, penubuhan Kor-Suksis di Universiti Awam (UA) adalah platform rakan kolaborasi dari aspek pencegahan jenayah serta berganding bahu dalam menjayakan inisiatif terbaru PDRM untuk memperkasakan perkhidmatan inisiatif terbaru PDRM untuk memperkasakan perkhidmatan masyarakat.

suksis2

“PDRM telah memperkenalkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) iaitu satu kemudahan untuk orang awam menyalurkan maklumat atau aduan atas talian dalam mendapatkan bantuan segera dari pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, pendedahan kepada penggunaan Baton menerusi kursus ini bertujuan memberi pengetahuan tentang pengendalian T-Baton di samping dapat menambahkan Ilmu pengetahuan dalam mempertahankan diri.

Tambah Supt. Sheikh Azhar, kursus pertolongan cemas pula, ianya adalah hasil bantuan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sudi berkongsi dan memberi ilmu pengetahuan dalam memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau situasi yang tidak diingini.

“Manakala bagi Kursus Etika dan Pengurusan Integriti ianya bertujuan untuk memupuk modal dan memberi penekanan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti seterusnya menanam semangat berdaya saing serta berkeyakinan tinggi bagi semua yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Supt. Sheikh Azhar menjelaskan bahawa sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar permasalahan yang timbul di kalangan para remaja dan pelajar-pelajar universiti juga tidak terkecuali dari dirundung masalah ini.

“Oleh itu disinilah tanggungjawab barisan sukarelawan polis, SUKSIS khususnya dalam membantu pihak PDRM dalam mengekang kenaikan kadar kes jenayah dengan menjadi mata dan telingan PDRM di Universiti-Universiti mahupun kediaman masing-masing.

“Adalah menjadi harapan saya, agar peserta sekalian dapat memanfaatkan ilmu dan pendedahan yang diberikan sepanjang kursus ini bagi memperkasakan imej positif dan berpengetahuan tentang bidang kepolisan dan undang-undang,” katanya.

Tambah beliau, kursus ini juga menjadi titik tolak bagi melahirkan barisan belia yang mempunyai rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan kepada tanahari, agar keamanan yang kita kecapi pada hari ini akan turut dinikmati oleh generasi yang akan datang jua.

“Sesungguhnya, kursus serta latihan-latihan seumpama ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan ketahanan mental dan fizikal disamping memberi pendedahan kepada para pelatih kor suksis dengan ilmu serta kemahiran kepolisan dalam menjaga keselamatan serta keharmonian masyarakat disamping memberi fokus kepada kemajuan akademik.

“Sebagai generasi yang berpengetahuan dan mengikuti arus teknologi maklumat diharapkan Kor Suksis menjadi rakan koloborasi PDRM dalam aspek pencegahan jenayah, serta berganding bahu dalam menjayakan insiatif dengan PDRM untuk memperkasakan perkhidmatan kepada masyarakat melalui aplikasi smartphone Volunteer Smartphone Portal (VSP) untuk orang awam menyalurkan maklumat,” jelas beliau.

Pada majlis sama, YDH. Supt. Sheikh Azhar turut menyempurnakan penyampaian anugerah Pelatih Terbaik Lelaki kepada KS Muhammad Adam Muhammad Afandi dan Pelatih Terbaik Wanita iaitu KS Siti Nurhidayah.

Manakala, bagi pelatih terbaik Kursus Asas Pertolongan Cemas dimenangi oleh KS Mohd Azam Burhanuudin dan Pelatih Terbaik Wanita dimenangi oleh KS Nur Nabila M. Nooh.

Bagi kategori Kursus Asas SMD & Pengendalian T-Baton dimenangi Pelatih Lelaki Terbaik oleh KS Jothiswaran A/L Joseph dan Pelatih Terbaik Wanita iaitu KS Sarannya Chandran Nayer.

Read 1741 times Last modified on Wednesday, 31 January 2018 10:46
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 13 Mei 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search