Latest News

KONTINGEN UMK KOMITED CAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DI SUKIPT 2018

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat               Foto : Aiman Syazwan

sukipt2018

sukipt2018 2KOTA BHARU 30 Januari 2018 - Kontingen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berazam mampu mengulangi kejayaan cemerlang pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pada dua tahun lepas.

Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, berkata, pada SUKIPT 2016 kontingen UMK berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan berjaya memperoleh satu pingat serta tiga gangsa.

Katanya, UMK berjaya meraih pingat melalui acara karate-do, silat dan boling padang pada temasya yang diadakan dua kali setahun itu dengan menyertai 12 acara sukan dengan penglibatan 126 atlet.

“Dengan pencapaian itu, UMK berjaya menduduki tangga ke-57 daripada 76 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera SUKIPT 2018, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 30 Januari 2018.

sukipt2018 3

Majlis penyerahan bendera itu telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UMK, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin.

Menurut En. Wan Ahmad Khairul, pada temasya SUKIPT 2018 kontingen UMK bakal mengulangi kejayaan itu dengan penglibatan penyertaan seramai 87 pelajar untuk 11 acara yang dipertandingkan.

Katanya, pada Fasa 1 acara sukan Badminton, Bola Tampar, Boling Padang, Taekwondo, Pencak Silat, Tenis dan Petanque yang berlangsung pada 2 hingga 10 Februari 2018.

“Pada fasa kedua, kontigen UMK turut terlibat dalam acara sukan membabitkan bola jaring, skuasy, berbasikal dan karate-do pada 6 hingga 10 Februari 2018,” katanya.

Tambah beliau, pada tahun ini kami akan lebih komited untuk melakukan yang terbaik dan melebihi apa yang kita sasarkan dengan setiap pasukan 

sukipt2018 4

akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan cuba sedaya upaya memperolehi pingat.

“Kita menyasarkan kedudukan pingat yang lebih baik pada sukan terbesar dwitahunan ini yang turut melibatkan Negara Thailand, Singapura, Filiphina, Indonesia dan Brunei.

Menurut En. Wan Ahmad Khairul, untuk persediaan pada SUKIPT 2018, kontingen UMK giat menjalani latihan di Kompleks Sukan UMK Kampus Bachok – Bangunan Astaka, Dewan Keusahawanan, Dataran Kolej Kediaman, dan Trek Basikal di UMK Kampus Jeli.

“Selain persiapan rapi permainan, setiap pasukan menitik beratkan kecergasan, kesihatan dan mental untuk memastikan mental dan fizikal atlet bersedia sepenuhnya untuk bersaing pada temasya sukan itu,” katanya.

Read 1531 times Last modified on Wednesday, 31 January 2018 10:43
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 September 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search