Latest News

PELAJAR UMK TAMAT KURSUS YOUTH E-COMMERCE PROGRAMME –KPT-ALIBABA GROUP DI CHINA

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat       Foto : Unit Keusahawanan & Public Private Research Network - PPRN, KPT

e commerce

4

DUA pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) menamatkan kursus Program Pengukuhan Ekosistem Keusahawanan: Youth E-Commerce Programme (YEP) yang berlangsung selama 12 hari di Hangzhou, Republik Rakyat China.

Program YEP 1/2018 membabitkan seramai 30 pelajar yang terdiri daripada 17 Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara untuk mengikuti kursus intensif E-Commerce bermula 22 hingga 29 Januari 2018.

Pelajar UMK iaitu Muhammad Nur Iman Md Yusri dan Nurul Huda Muhamad ditempatkan bersama 30 peserta selama seminggu untuk membuat kajian berkaitan digital ekonomi di China menerusi kursus YEP anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Alibaba Busines School.

3Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, program ini merupakan satu usaha penambahbaikan ekosistem keusahawanan kepada pelajar dalam mencapai matlamat melahirkan graduan bercirikan keusahawanan unggul.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan agenda ini disebar luas kepada pelajar supaya mereka mencipta peluang pekerjaan dan bukan mencari pekerjaan selepas mereka tamat pengajian nanti.

“Sepanjang penempatan di syarikat tersebut pelajar diberi peluang untuk menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bekerja yang sangat berharga,” katanya.

Peserta YEP 1/2018 yang dipilih merupakan satu kelebihan buat pelajar terbabit khususnya untuk menerokai peluang perniagaan dengan melihat inovasi baharu di dalam sistem E-Commerce yang diterokai oleh AliBaba Group iaitu platform membeli-belah digital di dalam talian dan luar talian yang paling komprehensif di dunia

Sepanjang 10 hari, para peserta diberi peluang bersemuka dengan pemimpin yang menerajui unit perniagaan di Alibaba Group.

5Selain itu, para peserta juga dilatih berkaitan dengan perniagaan di Malaysia dalam inovasi terkini dan amalan perniagaan terbaik dalam perniagaan runcit siber.

Alibaba Group turut menawarkan latihan untuk membantu mengasah kepakaran para peserta dengan memperkukuhkan perniagaan yang sudah ada dan menerokai perniagaan E-dagang di masa hadapan.

Para peserta juga diberikan pendedahan berkaitan kursus latihan intensif di Alibaba untuk mengetahui tentang operasi syarikat dari pengurusan kedai dalam talian, membina hubungan dengan vendor, rangkaian logistik, dan kaedah meningkatkan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana melalui E-dagang.

Read 1632 times Last modified on Thursday, 01 February 2018 09:56
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 17 September 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search