Latest News

500 PELAJAR HIMSAK SERTAI KURSUS PEMUKIMAN PEMIMPIN MAHASISWA KELANTAN SATU MALAYSIA DI UMK

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat          Foto : Al Azam Razi

1

himsak

PLATFORM Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) sewajarnya diperluaskan ke seluruh dunia supaya gabungan pelajar anak-anak Kelantan ini dapat menyalurkan kemudahan dan bantuan sekaligus membela nasib mahasiswa yang berada di luar negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Haji Ahmad Jazlan Yaakub, berkata, HIMSAK tidak semestinya dikhaskan kepada pelajar-pelajar di dalam negara sahaja kerana gabungan ini bersifat terbuka dan bukan sahaja melibatkan pelajar di universiti tetapi lepasan graduan, pelajar sekolah menangah dan Pra-Universiti juga boleh menyertainya.

Beliau berkata, HIMSAK adalah satu pertubuhan NGO yang menjaga kebajikan ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bernaung di bawah pertubuhan ini.

“Pertubuhan HIMSAK bukan badan yang menyalurkan bantuan kewangan tetapi sekiranya pelajar memerlukan bantuan maka pihak pengurusan ini tampil kepada ahli-ahlinya untuk membantu untuk ahli yang bernaung dibawahnya.

himsak 3“Justeru itu, apa yang kita mahukan HIMSAK berperanan dapat menghimpunkan pelajar-pelajar di seluruh dunia kerana mereka ini adalah merupakan pemimpin masa depan,” katanya pada majlis bersama mahasiswa sempena Kursus Pemukiman Mahasiswa Kelantan Satu Malaysia, di Laman Monsun Universiti Malaysia Kelantan Bachok, pada 31 Januari 2018.

Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Dr Husaini Omar dan Presiden Himsak, Dato’ Mohd Faizal Daud.

himsak 2

Program itu menghimpunkan 500 pelajar HIMSAK untuk mengikuti Kursus Pemukiman Mahasiswa Kelantan Satu Malaysia, selama tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2018.

Menurut YB Dato’ Hj. Ahmad Jazlan, mahasiswa adalah pemimpin masa depan bukan bermaksud menjadi pemimpin politik tetapi kita mahu melahirkan pemimpin yang mahir dalam pelbagai bidang dan sudut.

Katanya, sekiranya mahasiswa itu menjadi penjawat awam maka ia mampu menjadi pemimpin di peringkat jabatan atau organisasi.

himsak 4“Melalui kursus pemukiman ini pelajar diberi pendedahan tentang isu semasa dan tentang bagaimana cara hidup yang lebih beretika.

“Kita tidak mahu pelajar-pelajar kita ada ilmu pengetahuan tetapi mereka ini dari segi disiplin dan gaya hidup mereka menyimpang jauh daripada adat-adat ketimuran,” katanya.

Tambah beliau, platform ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapatkan motivasi dan perkongsian ilmu daripada pemimpin untuk mahasiswa-mahasiswi universiti awam berkaitan panduan dan nasihat sebagai pembakar semangat untuk menerajui bidang pendidikan di universiti.

Read 283 times Last modified on Thursday, 01 February 2018 20:27
Rate this item
(0 votes)

What our Student say?

Latest Update: 22 February 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search