Latest News

PROJEK LOJI NYAHGARAM AIR LAUT BERI MANFAAT 3,000 PENDUDUK KAMPUNG SENOK

Oleh : Pusat HaL Ehwal Korporat          Foto : Al Azam Razi

 LojiNyahgaram

LojiNyahgaram3HAMPIR 3,000 penduduk di Kampung Senok, Bachok, Kelantan menerima manfaat di bawah Projek Pembangunan dan Pembekalan Sistem Penyahgaraman Air Laut atau Seawater Desalination (SW-DS) menerusi hasil penyelidikan oleh Pusat Kecemerlangan Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Perasmian projek Sistem SW-DS itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), TYT Dato’ Dr. Awang Adek Hussin di Kampung Senok, Bachok, Kelantan, pada 3 Februari 2018.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Dato’ Dr. Daing Mohd Nasir Ibrahim.

LojiNyahgaram5

Penghasilan sistem rawatan air bersih dan selamat ini adalah hasil teknologi penyelidik tempatan yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, melalui geran Translational Research Grant Scheme (TRGS) di bawah Program Penyelidikan Strategik KPT Jaminan Air Kebangsaan.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama 16 orang penyelidik tempatan daripada UTM dan UMT yang mana penyelidik UMT diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni.

Menurut Dato’ Seri Idris, projek DS-WS buat pertama kalinya dibangunkan untuk menampung keperluan lebih 3000 pengguna sehari dengan keupayaan penghasilan air bersih terawat berkapasiti 500,000 liter sehari (500m3/hari).

LojiNyahgaram4

Beliau berkata, melalui pembangunan sistem ini akan menyediakan bekalan air bersih untuk penduduk kampung sekali gus memberi kemudahan kepada masyarakat selepas 45 tahun tidak mendapat bekalan air bersih.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan di bawah geran translasional KPT 2017 bagi projek pembekalan sistem penyahgaraman air laut atau Seawater Desalination (SW-DS).

Menerusi penyelidikan yang dilaksanakan di bawah geran translasional ini, air sungai dan laut yang bercampur di muka kuala dapat digunakan sebagai air minuman kepada penduduk selepas melalui proses nyahgaram menggunakan teknologi membran,” katanya.

LojiNyahgaram2Tambah beliau, kita lihat banyak penyelidikan dibuat di universiti tapi manfaat tak dapat secara terus kepada rakyat jadi melalui geran penyelidikan translasional ini, wang itu terus dapat digunakan untuk kebaikan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku Ketua Projek Seawater Desalination (SW-DS), Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, amat berharap agar masyarakat setempat dapat memanfaatkan sistem SW-DS yang telah dibangunkan termasuklah menghasilkan produk-produk sampingan seperti air minuman.

Katanya, ini boleh memberikan kelangsungan kelestarian produk kepada penduduk Ini boleh memberikan kelangsungan kelestarian produk kepada penduduk dan sumber air bagi jangka masa panjang.

LojiNyahgaram1“Pemasangan sistem rawatan air ini juga diharapkan menjadi daya tarikan kepada pelancong di sini kerana sistem pemprosesan air laut bagi kegunaan harian ini dapat mendedahkan teknologi baharu bagi rawatan air mentah kepada penduduk setempat dan juga para pelancong.

“Seawater Desalination (SW-DS) merupakan antara kaedah alternatif yang dikenal pasti dapat memastikan sumber air yang mencukupi dan konsisten di Malaysia. Sebagai contoh, Singapura telah mengguna pakai kaedah penyahgaraman air laut sebagai alternatif sumber air mentah di mana 25 peratus keperluan air Singapura diperolehi melalui 4 loji sedia ada,” katanya.

Read 875 times Last modified on Sunday, 04 February 2018 15:50
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 20 September 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search