Latest News

MAHASISWA AGEN PERUBAHAN KELANTAN MASA HADAPAN

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat        Foto : Al Azam Razi

mahasiswa agen perubahan kelantan

GOLONGAN mahasiswa perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan di dalam masyarakat khususnya untuk memberi maklumat yang tepat tentang inisiatif kerajaan mewujudkan pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri Kelantan.

HimsakTokPa3Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB. Dato’ Seri Mustapa Mohamed, berkata, mereka sewajarnya memastikan masyarakat dan komuniti memahami tujuan dan objektif kerajaan dalam melaksanakan perubahan pembangunan yang bersifat menyeluruh kepada rakyat dan komuniti.

“Mahasiswa perlu secara berterusan mendidik masyarakat dengan maklumat sebenar,“ katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), di Universiti Malaysia Kelantan (UMK, Bachok, Kelantan, pada 1 Januari 2018.

Pelancaran jentera pilihanraya itu adalah sempena Kursus Kepimpinan dan Pemukiman Khas Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia Himsak selama tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2018 melibatkan kira-kira 500 peserta daripada 20 Universiti Awam (UA) dan dua buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato’ Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Presiden HIMSAK, Dato’ Mohd. Faizal Daud.

Menurut Dato’ Seri Mustapa selaku Penaung HIMSAK, kewujudan jentera pilihan raya HIMSAK tidak bersifat kepartian kerana kewujudannya adalah tepat pada masanya terutama di dalam suasana politik negara yang bakal berdepan pilihan raya umum ke 14.

HimsakTokPa2

“Kita juga mahu mahasiswa memberi kesedaran dan mengajak golongan mahasiswa yang berasal dari Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Dato’ Seri Mustapa mengulas penganjuran Kursus Kepimpinan dan Pemukiman Khas Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia HIMSAK adalah satu program yang penting dalam usaha untuk mendekati dan mendampingi mahasiswa untuk kita memberi penerangan tentang isu-isu semasa.

“Alhamdulillah, pada hari ini kita besryukur kerana suasana kampus-kampus di universiti sudah berubah keadaannya.

“Pada suatu pada masa dahulu pemimpin pelajar tidak bersama pelajar dan melalui platform HIMSAK adalah usaha untuk menyatupadukan anak-anak Kelantan yang belajar universiti-universiti,” katanya.

Tambah beliau, HIMSAK telah menganjurkan program-program yang berbentuk forum dan dialog Rancangan Memajukan Kelantan (RMK).

“Idea dan juga cadangan daripada mahasiswa untuk membentuk negeri Kelantan seperti yang mereka hasratkan di masa hadapan.

“HIMSAK telah menghimpunkan banyak idea serta cadangan yang akan di bentangkan dalam satu konvensyen di peringkat kebangsaan pada bulan Februari atau Mac untuk membicarakan cadangan-cadangan bagi memajukan Kelantan di masa akan datang termasuklah dari segi konteks TN50,” katanya.

HimsakTokPa4

Read 946 times Last modified on Monday, 05 February 2018 16:39
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 01 November 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search