Latest News

HIMSAK TURUN PADANG SANTUNI MASYARAKAT BACHOK

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Al Azam Razi

himsak turun padang

HimsakTurunPadang4SERAMAI 500 mahasiswa Himpunan Mahasiswa Anak Kelantan (HIMSAK) Kebangsaan menyantuni masyarakat setempat dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan di sekitar Bachok sempena Kursus Pemukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1 Malaysia, pada 2 Februari 2018

Pada program itu, mahasiswa HIMSAK turun padang menjalankan aktiviti kesukarelawanan membabitkan Tanah Perkuburan Islam di Kampung Beris Kubur Besar, Kampung Badak dan Kampung Gunung di Bachok.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selaku Ketua UMNO Bahagian Bachok, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Permukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia di Dewan Haji Hussin, Kampung Perupok.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Pengerusi HIMSAK Kebangsaan, Dato’ Mohd. Faizal Daud.

himsak turun padang3

Menurut Dato’ Dr. Awang Adek, mahasiswa perlu memanfaatkan sepenuhnya pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan di negara ini kerana bukan semua pelajar mendapat peluang untuk belajar di universiti dan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Beliau berkata, sebagai anak yang dilahirkan daripada keluarga nelayan dan keluarga susah namun segalanya berubah kerana sistem pendidikan yang baik terdapat di negara kita.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu saya pengajian sewaktu itu sehingga berjaya menerima pendidikan tinggi di Whartoon School, Universiti Pennyslavania sebuah universiti ternama dalam bidang ekonomi.

HimsakTurunPadang5

“Mahasiswa perlu ingat tanggungjawab kepada keluarga kerana mereka meletak harapan tinggi kepada kita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik,” katanya.

Tambah beliau, MARA adalah sebuah organisasi terpenting yang bertindak untuk menyokong dasar pendidikan dan serta aspirasi kerajaan.

“Program-program pendidikan MARA telah melalui proses transformasi bermula di peringkat pendidikan menengah di MRSM hinggalah ke peringkat Universiti.

“Dari aspek pendidikan, sistem sekolah berasrama penuh seperti MRSM Ulul Albad adalah cukup penting dan mendapat sambutan daripada rakyat dan ini akan diperluaskan lagi,”katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Husaini dan Dato’ Mohd Faizal mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan dapur dan keperluan asas kepada 10 keluarga miskin di sekitar Bachok.

himsak turun padang2

Read 679 times Last modified on Monday, 19 February 2018 10:04
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 16 August 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search