Latest News

AHLI AKADEMIK PERLU MARTABATKAN BAHASA MELAYU

8e4534a6 31aa 413a 806f 1e5e9e4322c9

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : UPM

PARA ahli akademik dan golongan cendekiawan disarankan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, alat komunikasi paling berkesan dan terus sesuai dengan peredaran zaman.

Dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara telah tertakluk dengan jelas bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan semua pihak di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, sektor korporat berperanan memartabatkan Bahasa Melayu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, berkata, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan masih gagal dimartabatkan dan dihormati pada kedudukan sewajarnya.

Katanya, bahasa Melayu juga gagal menjadi bahasa perpaduan dan terus dipinggirkan serta ibarat sudah tidak layak dibawa ketengah sebagai bahasa ibunda.

“Mengapa perkara ini berlaku dan siapa perlu dipersalahkan sedangkan pada Perkara 152 jelas menjadikan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang ramai penduduknya.

“Dalam satu kajian dan penyelidikan yang pernah dilakukan mendapati bahawa kegagalan ini berpunca daripada tidak adanya iltizam politik yang kuat untuk mengubahnya ataupun untuk berpegang kepada Perkara 152 dalam memperkasakan Bahasa Melayu,” katanya pada forum sempena majlis penutup Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-10 (SALPBM X) , di Hotel Perdana, pada 8 Februari 2018.

Majlis perasmian penutup seminar dua hari anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris.

Seminar itu telah dihadiri 300 peserta termasuk dari Thailand, Indonesia dan Brunei.

Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad berkata, punca orang Melayu gagal menyampaikan maklumat mengenai kehebatan sejarah dan tamadun bangsa sendiri menjadi punca generasi muda semakin tiada jati diri.

Katanya, ini juga disebabkan sikap orang Melayu sendiri yang tidak ambil peduli mengenai kepentingan mengangkat sejarah dan budaya bangsa.

Beliau berkata, generasi muda tidak sedar kehebatan orang Melayu sama ada dari sudut ilmu, persenjataan mahupun ekonomi kerana tiada usaha komunikasi atau penyampaian maklumat yang serius.

Read 566 times
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 16 August 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search