Latest News

UMK TUAN RUMAH MAJLIS KETUA-KETUA PENYELARAS E-PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MEIPTA) KE-35

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Al Azam Razi

MEIPTA2018

PENYERAGAMAN platform pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC) dan pelaksanaan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dalam pengajaran dan pembelajaran di semua Universiti Awam (UA) menjadi topik utama Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran (MEIPTA) Ke-35 (Bil. 1/2018), yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada 12 hingga 13 Februari 2018.

MEIPTA20181

Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UMK, Prof. Madya Dr. Suria Baba, berkata, kedua-dua isu itu menjadi tumpuan utama ahli-ahli MEIPTA daripada 20 Universiti Awam bagi menyediakan pendidikan yang ideal seiring dengan pendidikan negara pada abad ke 21.

Beliau berkata, buat pertama kalinya UMK menjadi tuan rumah mesyuarat MEIPTA Ke-35 dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman.

“Persidangan meja bulat MEIPTA adalah sebuah medium yang membincangkan pelbagai isu di dalam e-Pembelajaran dengan menyalurkan maklumat penting tentang e-Pembelajaran kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Melalui perbincangan dalam persidangan meja bulat ini ahli MEIPTA dapat mencari persetujuan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pembentukan MOOC dan pelaksaanaan platform pengajaran dan pembelajaran dalam 4.0 Ir,” katanya.

MEIPTA20185

Tambah Prof. Madya Dr. Suria, MEIPTA 2018 juga adalah platform membincangkan dan berkongsi isu-isu terkini dengan tujuan utama bagi memartabat dan mentransformasikan pendidikan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembelajaran pada masa kini.

“Untuk makluman, seramai 40 ahli MEIPTA daripada 20 Universiti Awam telah menghantar wakil membabitkan Pengarah atau Ketua Unit E-Learning yang akan berkongsi pandangan kepada isu penyeragaman, pelaksaan e-Learning dalam MOOC yang dibangunkan oleh semua UA termasuk status kemajuan yang dicapai sehingga kini.

“Saya yakin persidangan MEIPTA 2018 dapat memacu visi dan misi KPT untuk memastikan semua Universiti Awam di negara ini dapat meneruskan agenda e-Pembelajaran di Malaysia,” katanya.

MEIPTA20182

MEIPTA20183

Sementara itu, sempena berlangsungnya MEIPTA Ke-35 (Bil. 1/2018), UMK turut mengadakan forum bertajuk Education 4.0 In Teaching And Learning.

Ahli panel terdiri daripada Pengerusi MEIPTA selaku Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Alyani Ismail, Pengarah Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Fong Soon Fook dan Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Prof. Dr. Mohd Saberi Tan Ah Chik @Mohamad, manakala Prof. Madya Dr. Suria selaku moderator.

MEIPTA20184Menurut Prof. Madya Dr. Suria, forum ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan 4.0 IR kepada pensyarah (SME’s MOOC 2018, Belended Learning dan wakil fakulti) daripada pakar-pakar E-Pembelajaran bagi merealisasikan agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke arah 4.0 IR.

“Pada forum tersebut, ahli panel telah memberi input yang bermanfaat berkenaan halatuju MEIPTA dalam menanggani isu-isu e-Learning dalam menghadapi IR4.0 dengan memacu keupayaan para pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

 

Read 991 times Last modified on Tuesday, 13 February 2018 15:06
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 01 November 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search