Latest News

UMK MENANG 1 PERAK DAN 4 GANGSA di SUKIPT 2018

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Pusat Ko-Kurikulum, UMK

Sukipt4

Sukipt

PASUKAN Boling Padang Universiti Malaysia Kelantan (UMK) beraksi cemerlang dengan menyumbang sebutir pingat perak untuk acara sukan boling padang lelaki kategori Men Tripple di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018.

Atlet Boling Padang yang menunjukkan permainan sengit bagaimanapun tewas tipis kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada perlawanan akhir dengan hanya ketinggalan satu mata daripada pasukan lawan dengan keputusan mata 8 – 7.

Sukipt1

Atlet boling padang terdiri daripada Muhammmad Rafiuddin Mohd Rosdi, Muhammad Azim Abu Hassan Sha’ari dan Muhammad Najmi Mohd Nor.

Pencapaian cemerlang itu sekaligus menempatkan UMK pada tangga ke 41 pada Kejohanan SUKIPT 2018 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, bermula 2 hingga 10 Februari 2018.

Ketua Urusetia SUKIPT, En.Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, pasukan UMK menunjukkan peningkatan dengan meraih satu perak dan empat gangsa pada kejohanan SUKIPT 2018.

Sukipt2

Beliau berkata, empat pingat gangsa yang dimenangi adalah menerusi acara sukan iaitu Taekwondo, Pencak Silat Putera G, Tenis dan Basikal.

“Ini adalah pencapaian terbaik pasukan UMK dengan kedudukan rangking 41 daripada 52 Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta termasuk penyertaan daripada Thailand, Indonesia dan India.

“Kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Kontigen UMK, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin buat atlet, pengurus pasukan, jurulatih dan para atlet di atas usaha keras serta telah berjaya memberikan kilauan pingat walaupun kita mensasarkan pingat emas pertama UMK pada tahun ini,” katanya.

Sukipt3

Tambah Wan Ahmad Khairul selaku Pegawai Belia dan Sukan UMK, UMK akan memantapkan lagi pemilihan atlet bagi persediaan dua tahun lagi pada kejohanan SUKIPT dan juga penambahan acara sukan lain yang boleh diketengahkan berdasarkan kepada unjuran pelajar yang semakin aktif dalam sukan.

“Kita tidak nafikan, faktor penaiktarafan kemudahan sukan di Kompleks Sukan UMK Kampus Bachok adalan suntikan utama kepada pencapaian cemerlang yang dipamerkan pada SUKIPT 2018 pada kali ini.

“Insha Allah, dengan pendekatan terbaik beberapa bintang acara sukan lain dapat ‘dilahirkan’ di sini,” katanya.

Untuk rekod, seramai 87 pelajar terlibat pada kejohanan SUKIPT 2018 dengan menyertai 11 acara iaitu Badminton, Bola Tampar, Boling Padang, Taekwondo, Pencak Silat, Tenis, Petanque, bola jaring, skuasy, berbasikal dan karate-do.

Read 663 times Last modified on Tuesday, 13 February 2018 19:04
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 16 August 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search