Latest News

UMK DAN ECERDC FOKUS PRESTASI CEMERLANG MURID PPSR 2018

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat & Nor Suzila Ramli             Foto : Aiman Syazwan

HC2A8632 PROGRAM Empower ECER: “Awesome Camp” membabitkan empat daerah di Kelantan iaitu Ketereh, Bachok, Jeli dan Gua Musang mampu menjadi platform terbaik untuk membantu meningkatkan prestasi murid-murid sekolah luar bandar yang tergolong dalam kategori B40.

HC2A8660Program Awesome Camp adalah sebahagian daripada latihan akademik Empower ECER anjuran Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama rakan strategik, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) untuk tahun 2018.

Pengarah Projek Khas Empower ECER-UMK, Dr. Arbaiah Abdul Razak, berkata, program ini adalah bertujuan membantu meningkatkan prestasi akademik murid sekolah yang berprestasi rendah daripada keluarga yang tergolong dalam kategori B40.

Katanya, pada tahun ini, seramai 120 orang murid PPSR dari kawasan Jeli dan 120 orang murid PPSR daripada kawasan Ketereh berkampung selama tiga hari bermula 22 Februari hingga 24 Februari 2018 di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan.

“PPSR untuk peringkat permulaan ini membabitkan kawasan Jeli dan Ketereh iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, SK Padang Kala, SK Lalang Pepuyu, SK Perol, SK Legeh, SK Raja Abdullah, SK Bukit Jering dan SK Pangkal Kalong.

“Sepanjang tiga hari, peserta didedahkan dengan pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan motivasi dan pengetahuan kepada pelajar PPSR untuk meningkatkan semangat diri seterusnya dapat majukan diri di dalam pelajaran,” katanya pada majlis perasmian penutup Awesome Camp, di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan, pada 24 Februari 2018.

HC2A8652Menurut Dr. Arbaiah, program ini adalah adaptasi daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memperkenalkan kaedah di bawah PPSR yang menggunakan pendekatan berbeza untuk mengukur prestasi murid bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.

Beliau berkata, penilaian murid mulai melalui pelaksanaan PSSR tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik yang mengambil kira Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“Pada program ini, peserta diberi latihan dan bimbingan dengan aktiviti yang sangat menarik yang secara tidak langsung menarik minat peserta sekaligus menyumbangkan peningkatan insaniah dan akademik pelajar,” katanya.

Dr Arbaiah berkata, UMK dengan kerjasam ECER komited untuk memberi peluang kepada pelajar supaya tidak ketinggalan dan meningkat maju setanding sekolah-sekolah lain bagi untuk melahirkan modal insan yang holistik dan memiliki sahsiah diri.

HC2A8681

.

Read 792 times Last modified on Wednesday, 28 February 2018 10:00
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 3 December 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search