Latest News

UMK-EI SASAR 100 PKS PROGRAM KOMUNITI PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK TAHUN 2018

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat & Siti Yuhanis Ab. Rahman         Foto : Aiman Syazwan

HC2A8614

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) Entrepreneurship Institute (UMK-EI) menyasarkan sehingga 100 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima geran sebanyak RM50,000 di bawah program Public Private Research Network (PPRN) pada tahun ini melalui beberapa siri pemilihan yang sedang giat dilaksanakan.

HC2A8553Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Razli Che Razak, berkata, program PPRN - Demand-Driven Innovation adalah insiatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dengan kerjasama UMK menawarkan geran pemadanan untuk projek penyelidikan atau inovasi sehingga RM50,000 bagi setiap projek.

Beliau berkata, semua PKS perlu mengambil peluang untuk menyertai program ini untuk mendapatkan pembiayaan yang disediakan dengan kemukakan permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak UMK-EI.

“Setiap permohonan yang dicadangkan hendaklah berasaskan permasalahan teknologi atau teknikal dihadapi syarikat terhadap produk atau perkhidmatan yang dikomersialkan dan skopnya meliputi inovasi produk dan inovasi proses.

“Melalui pelaksanaan projek Demand-Driven Innovation, PPRN akan mengenalpasti permasalahan teknologi yang dihadapi oleh PKS dan seterusnya kaedah penyelesaian melibatkan penyelidikan menerusi geran yang disediakan,” katanya pada Program PPRN Bersama Komuniti Siri 1/2018, di Auditorium Rebana Ubi, Bangunan Akademik dan Pentadbiran, UMK Bachok, Kelantan, pada 22 Februari 2018.

Turut hadir, Timbalan Pengarah UMK-EI, En. Wan Mohd Yussuf Wan Ibrahim.

Menurut Prof. Dr. Razli, program PPRN ini adalah sumbangan UMK terhadap komuniti keusahawanan menerusi geran yang disediakan oleh KPT dengan objektif utama untuk menambah pendapatan mereka melalui peningkatan pengeluaran yang mereka berjaya hasilkan.

Katanya, melalui tayangan video tadi kita dapat lihat bagaimana usahawan daripada Pulau Pinang yang mendapat manfaat daripada projek Demand-Driven Innovation-PPRN telah berjaya mengurangkan tempoh proses menghasilkan dodol daripada enam jam kepada empat jam.

“Menerusi penghasilan teknologi itu beliau dapat meningkatkan pengeluaran dodol daripada 50 kilogram sehari kepada minimum 150 kilogram sehari.

“Justeru itu, melalui pemindahan teknologi ini pihak Universiti Awam (UA) dengan kerjasama Politeknik serta Kolej Komuniti akan membantu perusahaan PKS untuk meningkatkan pengeluaran mereka,” katanya.

Dalam sesi taklimat dan ceramah disampaikan oleh Prof. Dr. Razli yang merupakan mantan Ketua Pegawai Keusahawanan UMK-EI, menyifatkan kebanyakkan komuniti PKS ini belum mendapat input sebenar berkenaan geran yang disediakan oleh KPT menerusi projek Demand-Driven Innovation–PPRN ini.

HC2A8532Katanya, persepsi komuniti usahawan bahawa geran ini adalah untuk pembiayaan untuk pembelian peralatan tetapi ini sebenarnya inisiatif PPRN untuk mewujudkan pengetahuan antara industri, institusi pendidikan tinggi dan institusi penyelidikan untuk membolehkan pihak PKS mendapat manfaat daripada pengetahuan dan kepakaran universiti.

“Kita berharap lebih ramai PKS di negeri ini mendapat maklumat dan input sebenar tentang projek PPRN melalui hebahan di media massa dan media sosial untuk pihak UMK-EI mecapai sasaran perolehan geran kepada kepada 100 usahawan,” katanya.

Sementara itu, Pengusaha Laksam Frozen Mokwan Food, Norliza Mohamed Yusoff, berkata, kemudahan pembiayaan geran yang disediakan oleh PPRN adalah sangat bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan laksam sejuk beku yang diusahakannya sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berharap memperoleh kemudahan geran yang disediakan oleh UMK dan KPT untuk kembangkan jenama produk Laksam Kelantan keluaran syarikatnya kerana sebelum ini proses menghasilkan laksam dibuat secara manual dan menghadkan sedikit pengeluaran.

“Saya sukar untuk memenuhi permintaan pasaaran kerana produk laksam sejuk beku semakin mendapat permintaan setiap kali musim perayaan serta kenduri kahwin kerana tidak cukup peralatan untuk keluaran produk berskala besar,” katanya.

Read 900 times Last modified on Wednesday, 28 February 2018 09:47
Rate this item
(0 votes)

What our Students say?

Latest Update: 3 December 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search