Latest News

Items filtered by date: October 2017 - Universiti Malaysia Kelantan

USAHA penyelidikan di dalam bidang batik dan inovasi perlu dipergiatkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menghasilkan bahan penyelidikan yang berkualiti seterusnya membantu memartabatkan warisan batik di persada dunia.

batikkamapiahPengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata, kajian dan dokumentasi berkaitan penulisan batik serta inovasi yang relevan juga perlu dipergiatkan supaya informasi serta penemuan-penemuan baharu ini diperluaskan ke seluruh dunia untuk memperkenalkan Batik Malaysia.

Beliau berkata, dalam aspek akademia tenaga pengajar perlu menggalakkan pelajar untuk menghasilkan pelbagai produk dengan rekaan-rekaan baharu yang berindentitikan batik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

batikkamapiah1“Selain itu, dalam memastikan industri batik ini kekal relevan beberapa strategi-strategi baharu perlu diberi perhatian antaranya dari aspek business model yang digunapakai terhadap sales, branding dan juga profitability.

“Segmen luxury goods market juga perlu diadaptasikan oleh pihak industri kerana pasaran mencatatkan nilai jualan berbillion dollar pada tahap global,” katanya pada majlis perasmian Minggu Fiesta Batik Malaysia (MFBM) 2017, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 29 Oktober 2017.

batikkamapiah2Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Ahli LPU, Dato’ Azmi Mohd Ali, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, En. Mohamed Iran Moriff Mohd Sharif.

Hadir sama, Dekan FTKW selaku Pengerusi MFBM 2017, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, penghasilan hasil kerja tangan atau craftsmanship juga perlu direvolusikan agar bertambah baik sebagai contohnya dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam penghasilan produk batik.

Katanya, inovasi dalam pembuatan batik juga perlu dipergiatkan dengan meneroka kaedah moden pembuatan batik tradisional.

“Tidak mustahil suatu hari nanti, UMK mampu berhubung dengan nama-nama besar universiti dan New York Parson’s School of Design untuk penghasilan fabrik bermutu tinggi melalui perkembangan teknologi terkini.

“Penglibatan golongan muda juga perlu dipergiatkan lagi supaya industri batik ini terus mendapat nafas baharu dan kekal relevan dengan penghasilan produk-produk batik yang lebih ionvatif dan mengikuti nadi pasaran terkini di mana golongan ini amatlah digital savvy dan memahami mindset target market,” katanya.

batikkamapiah3Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah memberi contoh kaedah pemasaran oleh Neelofa melalui NH Prima International Sdn Bhd pada tahun lepas telah berjaya mencatatkan jualan atau sale lebih kurang RM50 juta dengan mencatatkan 10 peratus daripada keuntungan jualan adalah dari pasaran luar negara.

Justeru, mahasiswa disarankan menceburi industri kreatif ini bagi mengetengahkan keusahawanan komersial bertemakan batik dalam usaha meningkatkan produktiviti baharu.

“Melalui kreativiti dan hasil idea baru dalam industrial batik juga dapar menjana kreativiti pelajar sebagai pewaris generasi muda untuk menghasilkan rekaan terbaru.

"Kita juga harap usaha pihak UMK yang turut mengambil langkah progresif menganjurkan minggu Feista Batik Malaysia 2017 ini dapat mengembangkan bakat mahasiwa untuk diketengahkan ke peringkat luar, " katanya.

Published in Latest News
Sunday, 29 October 2017 16:48

UMK LANCAR PUSAT PENERBITAN DIGITAL MOOCS

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) secara rasminya melancarkan pusat sumber digital, yang dikenali MOOC  Production Centre of UMK bagi membolehkan semua pelajar dan individu di seluruh dunia mengakses kuliah di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.

MoocPembangunan segmen MOOC Production Centre ini penting dalam membuka potensi pendidikan tanpa sempadan selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dalam Redesign Education System bagi menuju alaf 4th Industrial Revolution (4IR).

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dengan menandatangani Digital Signing menggunakan Ipad di MOOC Production Centre, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada 29 Oktober 2017.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Prof. Dato’ Dr. Haji Ibrahim Che Omar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ahli Senat UMK (Industri) selaku Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Dalam pada itu, KPT turut memuji usaha UMK membangunkan Pusat Pembelajaran Kursus Dalam Talian Terbuka (MOOC) melalui  tajaan geran Kesatuan Eropah (EU) di bawah program pembiayaan Erasmus+.

Menurut Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah, UMK adalah satu-satunya universiti awam yang berjaya membangunkan pusat sumber digital MOOC dengan jalinan kerjasama ERASMUS+ melalui projek Media Literacay Competence for Social Change by European Union  (EU) tanpa meminta bantuan kementerian.

Beliau berkata, sehingga kini UMK mampu menawarkan 36 kursus atas talian berbanding purata 20 kursus yang ditawarkan oleh MOOC universiti lain.

“UMK telah berjaya menandingi universiti –universiti besar di Malaysia dalam memperolehi geran ERASMUS.

Mooc1“Daripada tahun 2015 hingga 2017, Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah berjaya memperoleh 15 projek yang dibiaya oleh EU dan UMK adalah salah satu daripadanya,” katanya.

Tambah Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah, MOOCs adalah alternatif perantaraan pendidikan berkualiti tinggi yang tersedia untuk orang ramai melalui manfaat video, kuiz, dan forum perbincangan.

“Segmen MOOC membolehkan kita belajar di mana-mana dan bila-bila masa dengan kos minima serta melalui platform itu lokasi tidak lagi penting, selagi kita mempunyai sambungan internet.

“Selain itu, status kewangan bukan lagi isu utama kerana MOOCs boleh diakses dengan percuma dan jadual kelas kuliah boleh diatur mengikut jadual masa tersendiri,” katanya.

Mooc2Sementara itu, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah  dalam taklimat ringkas Revolusi Industri 4.0 memberitahu bahawa sistem pendidikan tinggi perlu dibangunkan dan diubah dengan menyediakan sistem pengajian dan pembelajaran yang tidak hanya tertumpu dalam bilik kuliah.

Katanya, dalam cabaran IR4.0 industri lebih mementingkan robot automasi dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, malah banyak negara sedang mengadaptasinya.

“Justeru itu, universiti perlu bersedia menyediakan pelajar untuk pekerjaan yang tidak wujud lagi pada masa hadapan, penggunaan teknologi yang belum tersedia dan cabaran menghadapi masalah yang tidak konvensional dapat diselesaikan,” katanya pada taklimat mengenai Revolusi Industri 4.0 kepada lebih 50 tenaga akademik dan pelajar UMK.

Published in Latest News

awanirangers

SALURAN Hal Ehwal dan Berita Terkini 24 Jam, Astro Awani menawarkan satu pengalaman istimewa kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai pelatih untuk menjadi wartawan bebas yang akan menyalurkan berita untuk diterbitkan dalam agensi berita ini yang ditayangkan menerusi saluran Astro 501 dan portal astroawani.com.

Program latihan ini dinamakan Astro Awani Rangers iaitu platform untuk mencari dan melatih pelajar-pelajar yang berminat menjadi pemberita untuk mengupas dan melaporkan isu-isu semasa berkaitan kandungan tempatan seperti isu kelestarian, isu alam sekitar dan lain-lain.

awanirangers2Oleh itu, satu bengkel untuk taklimat khas Pencarian Awani Rangers telah diadakan dengan menampilkan penyampai berita Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Hilal Azmi di Galeri Pembangunan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 15 Oktober 2017.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Jaringan Industri dan Kolaborasi (IILCO), Prof. Dr. Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman.

Menerusi taklimat itu, seramai 30 pelajar didedahkan dengan aktiviti dan kemahiran mencari berita dan  meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar seperti kemahiran berkomunikasi.

Pelajar diberi kebebasan untuk mengupas sebarang isu yang berlaku di sekeliling tempat tinggal pelajar berkenaan meliputi berita dari kampus, berita komuniti, taman kediaman atau apa-apa sumber berita yang relevan.

Setiap berita ini akan dipilih dan disaring semula sebelum diterbitkan. Dengan kata lain, tidak semua berita yang dihantar itu akan diterbitkan.

Pelajar tidak diberikan imbuhan tetapi mereka akan diberikan latihan dan bimbingan dalam kewartawanan dan pemberitaan oleh editor dan wartawan Astro Awani yang akan menjadi nilai tambah dan soft skills kepada diri mereka pada masa akan datang.

Published in Latest News

KonvoKe7Day3

KOTA BHARU 11 Oktober – GRADUAN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu bersedia secara lebih mandiri dalam meneroka pasaran dan menerajui dunia pekerjaan menerusi pelbagai aspek untuk mendepani cabaran merebut peluang dalam bidang pekerjaan di masa hadapan.

KonvoKe7Day34Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, bukan hanya sekadar ijazah di atas kertas atau kualiti akademik sahaja namun aspek kemahiran insaniah yang menjadi ukuran utama seperti keupayaan berkomunikasi, karektor yang ekstrinsif, atitud dan juga personaliti yang baik.

Katanya, kehidupan manusia akan berubah yang akan menyebabkan bidang pekerjaan lazimnya akan hilang dan pekerjaan baharu akan muncul dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang tersebut.

“Tenaga buruh akan di ganti dengan robot dan automasi manakala pentadbiran, pengurusan dan perundangan akan di ambil alih oleh Artificial Intelligence (AI) serta industri, bisnes dan enterpris akan dipandu oleh Big Data.

“Oleh itu adalah amat penting bagi UMK mempersiap siagakan graduan untuk melangkah ke zaman baharu ini,” katanya pada majlis Istiadat Konvokesyen Ketujuh di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 11 Oktober 2017.

Majlis diteruskan dengan sidang ke kelima Istiadat Konvokesyen bagi penyampaian Ijazah Sarjana Muda kepada 783 graduan yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mortaza.

Daripada jumlah tersebut, seramai 265 graduan terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

KonvoKe7Day32Sidang ke Keenam Istiadat Konvokesyen bermula pada jam 11 pagi adalah bagi penyampaian ijazah kepada 260 graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Manakala sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen bermula jam 3 petang bagi majlis penyampaian ijazah kepada 229 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, realiti hari ini menyaksikan kita terus berdepan pelbagai cabaran yang semakin kompleks.

“Revolusi Industri Keempat atau Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) memperlihatkan perkembangan dan pengaruh teknologi begitu pesat dalam mencorak kehidupan pada masa kini dan akan datang.

“Kehidupan dalam era Revolusi Industri 4.0 akan berubah yang menyaksikan ledakan pekerjaan baharu akan muncul dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata bidang pekerjaan berkaitan dengan industri kreatif juga mencatatkan permintaan yang tinggi, sebagai contoh Graphic and Multimedia Designers menduduki tempat ke 24 daripada 48 pekerjaan yang diperlukan dalam pasaran seperti yang disenaraikan menerusi Critical Occupations List (COL) 2016/2017.

Katanya, bagi menjayakan hasrat ini, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan telah menubuhkan Creative Accelerator Centre (CAC) sebagai inkubator bagi melahirkan lebih ramai usahawan kreatif dalam kalangan graduan UMK.

 

KonvoKe7Day35

Published in Latest News
Tuesday, 10 October 2017 17:29

80 PERATUS GRADUAN UMK PENUHI PASARAN KERJA

KonvoKe7Sidang2

KOTA BHARU 10 Oktober 2017 – UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) mencatatkan 80.8 peratus graduan memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan sehingga satu tahun selepas mereka tamat pengajian di universiti pada tahun 2016.

KonvoKe7Sidang23Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, pencapaian yang memberangsangkan itu menunjukkan bahawa graduan UMK memenuhi kriteria majikan dan menjadi buruan daripada pihak industri.

Beliau berkata, selain itu graduan UMK juga mampu bersaing dengan universiti awam lain sekali gus menempatkan diri mereka dalam pasaran kerja.

“Dalam statistik The Critical Occupations List (COL) 2016 oleh Talent Corp yang diukur berdasarkan The Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) menunjukkan bahawa pada masa ini, bidang sains gunaan mencatatkan permintaan yang tinggi di kalangan industri.

“Justeru itu, UMK telah menawarkan program sains gunaan dengan penubuhan tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Bumi (FSB), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) dan Fakulti Bio Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) yang berpangkalan di UMK Kampus Jeli,” katanya pada Istiadat Konvokesyen Kali Ketujuh di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 10 Oktober 2017.

Pada majlis istiadat konvokesyen itu, UMK meraikan seramai 803 graduan yang menerima ijazah masing-masing dalam sidang kedua, ketiga dan keempat istiadat konvokesyen.

KonvoKe7Sidang21Daripada jumlah tersebut, seramai 269 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan), Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk), Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) menerima ijazah masing-masing.

Sidang ketiga Istiadat Konvokesyen, seramai 269 graduan daripada Ijazah Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian), Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar, Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan), Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian), Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains).

Turut menerima ijazah pada sidang keempat, seramai 265 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan).

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, graduan dari bidang sains berpotensi untuk menjana pendapatan sebagai usahawan dalam bidang agroteknologi bersifat komersil yang menjadi Bidang Potensi perniagaan berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara Pertanian (Agriculture NKEA).

KonvoKe7Sidang22Katanya, selain itu kemunculan teknologi yang lebih hebat, Artificial Inteligence (AI) juga telah mengubah landskap kehidupan yang berbeza dari norma kelaziman.

“Oleh itu, saya menyeru semua graduan perlu peka dengan perkembangan semasa dunia dan bersedia untuk beradaptasi dengan kemajuan teknologi yang sangat pesat kerana AI dijangka akan merubah landskap industri automasi pemasaran, sokongan dan perkhidmatan selain IT dan pengurusan rantaian bekalan Pengurusan permintaan, pengoptimuman rantaian bekalan, sistem pengurusan pesanan tercanggih yang lebih baik.

“Kajian menunjukan bahawa, AI akan membolehkan mereka untuk bergerak ke perniagaan dan usaha baru dan menerusinya ia akan menjadi pemangkin model perniagaan yang baru sepenuhnya dan mengubah landskap persaingan seluruh industri pada masa yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata, dalam usaha memperkasakan bidang pertanian menerusi kaedah bioteknologi UMK telah mengambil tanggungjawab untuk melahirkan graduan dalam bidang tersebut.

Katanya, empat tunjang utama jaminan makanan iaitu availability, accessibility, affordability dan utilization akan diberi penekanan bagi menjamin sumber makanan mencukupi melalui bidang pertanian yang menjadi fokus utama negara.

KonvoKe7Sidang25“Oleh itu, kaedah bioteknologi dalam meningkatkan pengeluaran dan kualiti pertanian diperlukan bagi meningkatkan hasil dan kualiti melalui teknologi dalam pemprosesan makanan dan produk hiliran lainnya mampu meningkatkan nilai komersil sesuatu produk,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza juga meletak harapan tinggi kepada graduan daripada FSB yang mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang sumber asli, geosains dan alam sekitar.

Katanya, bidang ini amat penting kerana menggabungkan kepakaran sumber asli, pengurusan dan penjagaan alam sekitar secara lestari. Maka mereka mempunyai kebertanggungjawaban dengan nilai kemanusiaan yang tinggi terhadap elemen alam sekitar dan sosial.

“Bagi graduan dari FKP pula mencatatkan permintaan yang tinggi dalam kalangan industri berdasarkan laporan Critical Occupations List (COL) 2016/2017.

“Ia melibatkan Finance Managers di tempat kedua, Business Services Managers di tempat kelima, Sales and Marketing Managers di tempat keenam, Supply, Distribution and Related Managers di tempat kesebelas,” katanya.

Tambah beliau, ini menunjukkan prospek kerjaya graduan di FKP adalah begitu meluas dan terbuka.

“Oleh itu, para graduan perlu bersedia secara lebih mandiri dalam meneroka pasaran dan menerajui dunia pekerjaan menerusi pelbagai aspek.

Keupayaan berkomunikasi, karektor yang ekstrinsif, atitud dan juga personaliti yang baik adalah penting dalam aktiviti kehidupan,” katanya.

KonvoKe7Sidang26

Published in Latest News

KonvoKe71

KOTA BHARU 9 OKTOBER 2017 – Seramai 2,461 graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Ke-7 yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan bermula 9 sehingga 12 Oktober 2017.

KonvoKe78Daripada  jumlah  tersebut, seramai 10 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 21 graduan Ijazah Sarjana, 125 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 2,305 graduan Ijazah Sarjana Muda.

Pemangku Raja Kelantan selaku Tuanku Canselor UMK, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli bagi menganugerahkan ijazah pada sesi sidang pertama hari ini.

Turut berangkat, Yang Berhormat Mulia (YBM) Dato’ Hajah Tengku Salwani Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YB Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Che Mamat, YBhg. Pn Norina Jamaludin, YB Senator Dato’ Hj. Hanafi Mamat Hj. Mamat , YBhg. Dato’ Azmi Mohd Ali, YBhg. Dato’ Ab. Rahman Mat dan YBhg. En. Zulkifli Mohd Zan.

Hadir sama,  Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abd. Aziz Ab. Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar dan Pendaftar UMK, En. Pauzi Pak Chu.

KonvoKe74Pada titah ucapan Tuanku Canselor, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra telah bertitah supaya Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kerjasama dengan UMK dalam mengoptimumkan segala kepakaran yang terdapat di universiti itu bagi memperkukuhkan perancangan dan pelaksanaan di peringkat kerajaan negeri.

Titah baginda, selepas lebih 10 tahun beroperasi di UMK sewajarnya memikirkan strategi baharu yang lebih berfokus, berstruktur dan berimpak, bagi membantu membangunkan negeri ini dalam pelbagai sektor.

“Pembangunan  itu merangkumi aspek ekonomi, pelancongan, perhutanan, pemuliharaan alam sekitar, pelaburan, kesejahteraan bandar dan pembasmian kemiskinan terutama di luar bandar.

“Kemajuan dan kepakaran yang dicapai dalam tempoh itu dapat dikembangkan untuk manfaat kepada pembangunan negeri Kelantan,” titah baginda.

KonvoKe75Dalam pada itu, YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut bertitah dengan menyarankan UMK menubuhkan sebuah badan khas (task force) yang bertanggungjawab mengenalpasti perancangan dan strategi, bagi menentukan perubahan yang perlu dilaksanakan dalam pelbagai aspek.

Titah baginda, aspek itu termasuklah pendidikan, penyelidikan, tadbir urus, hal ehwal akademik dan kurikulum pembangunan pelajar, keusahawanan dan lain-lain.

“Pada masa ini negara kita sedang melangkah ke zaman dan era industri 4.0. kita memasuki ke satu zaman yang di penuhi dengan teknologi baharu, teknologi yang destructive yang mengubah norma lazim, mencabar kebijaksanaan ilmu tradisi dan yang akan menukar lanskap kehidupan secara derastik.

“Kita berdepan dengan teknologi baharu dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, robotik, internet of things, kenderaan elektrik tanpa pemandu, pencetakan tiga dimensi, nanoteknologi, bioteknologi, sains bahan, penyimpanan tenaga dan pengkomputeran kuantum,” titah baginda.

Baginda bertitah, kehidupan manusia akan berubah yang akan menyebabkan bidang pekerjaan lazim hilang diganti dengan pekerjaan baharu yang akan wujud dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang dalam bidang pekerjaan masa depan ini.

Titah Tuanku, tenaga buruh akan di ganti dengan robot dan automasi. pentadbiran, pengurusan dan perundangan akan di ambil alih oleh artificial intelligence (AI).

Baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan turut menyempurnakan pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Kelestarian kepada Pengerusi Landskap Malaysia, YABhg. Tun Jeanne Abdullah dan menganugerahkan Profesor Emeritus kepada Naib Canselor Pertama UMK, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Zainai Mohamed.

Pada majlis istiadat itu, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra turut menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Canselor, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Keusahawanan, Hadiah Alumni, Anugerah Dekan dan Hadiah Akademik kepada penerima.

KonvoKe73Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata, dalam usaha meningkatkan kualiti pengajian, Universiti telah  menjalankan  program 2U2E dengan kumpulan pertama  pelajar seramai  48  orang  pada semester lalu.

Katanya, pendekatan 2U2E yang memberi pendedahan pembelajaran selama 2 tahun di Universiti dan 2 tahun di industri menjadikan pelajar lebih berkeupayaan dan mempunyai kelebihan apabila bergraduat kelak. “Program ini turut mendapat sokongan dari pihak industri dan terkini satu MOU telah ditandatangani dengan QSR Brands (M) Holding Berhad, di mana QSR akan menyediakan tempat latihan termasuk elaun-elaun yang agak lumayan bagi siswa terlibat,” katanya.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, sebagai Universiti berteraskan keusahawanan, penglibatan pelajar dalam syarikat perniagaan di kampus sentiasa ditekankan dan telah menunjukkan peningkatan.

“Sehingga kini, berdasarkan pangkalan data E-SSU sehingga Ogos 2017, seramai 565 orang    pelajar telah terlibat dengan perniagaan semasa dalam pengajian dengan pendaftaran sebanyak 278 buah syarikat (berbanding 328          pelajar dan  152 syarikat pada tahun 2016).

“Usaha ini diharap akan dapat meningkatkan bilangan usahawan pelajar yang akan dihasilkan selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Tambah beliau, UMK juga telah pun membangun ekosistem keusahawanan yang merangkumi pendidikan keusahawanan,   penyelidikan  dalam keusahawanan dan pembangunan inovasi, pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, keusahawanan sosial dan strategi penjanaan pendapatan melalui aktiviti perniagaan dalam kampus.        

Beliau berkata, matlamat Universiti adalah untuk melahirkan graduan UMK yang merupakan usahawan pada tahap sehingga 60%  menjelang 2020.            

“Dalam aspek itu, UMK perlu terus berusaha untuk membawa transformasi dalam semua pendekatan bagi menyokong agenda keusahawanan termasuklah mengukuhkan semua entiti di Universiti yang bertanggungjawab mendokong eko-sistem keusahawanan, melengkapi sistem sokongan dan prasarana dan memperkasakan peranan fakulti dan PTJ berkaitan,” katanya.

KonvoKe791

Published in Latest News

apresiasi

Oleh : Tuty Jusoh                                                                  Foto  : Ab Halim Hafiz Ab Aziz

PELBAGAI usaha telah dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menarik minat graduan pascasiswazah dan pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di universiti ini khususnya di kampus Pengkalan Chepa dan Bachok.

apresiasijamalTimbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Prof. Abdul Jamal Abd Hamid berkata, usaha menarik pelajar ini adalah bukan perkara baru kerana PPS sudah lama melaksanakan pelbagai agenda dan program yang berfokuskan kepada pemasaran bidang-bidang akademik yang terdapat di universiti ini.

Beliau berkata, antara pendekatan yang giat dilakukan ialah melakukan promosi dan pemasaran secara lebih agresif serta berkesan untuk masa hadapan.

“Pihak universiti juga sedang giat melaksanakan siri jelajah ke kedutaan-kedutaan negara asing sebagai contohnya yang terkini ialah Nigeria dengan mendapatkan pembiayaan biasiswa oleh agensi kerajaan berkenaan.

“Pendekatan ini telah dilaksanakan dan usaha telah berjaya meletakkan nama  UMK sebagai universiti pilihan negara Nigeria,” katanya pada Majlis Apresiasi Pascasiswazah UMK 2017, di Luxury Garden Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Oktober 2017.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman.

Menurut Prof. Abdul Jamal, pihak PPS turut menjalinkan hubungan akademik dengan universiti terkenal luar negara menerusi penyertaan pertandingan serta ekspo reka cipta antarabangsa dan melakukan pertukaran pensyarah serta pelajar.

Katanya, selain itu banyak aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 samada dari segi akademik ataupun Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) yang disertai hampir setiap tahun diperingkat kebangsaan pada tahun ini.

Tambah Prof. Dr. Jamal, pada Istiadat Konvokesyen Kali Ketujuh UMK tahun seramai 31 graduan pasca siswazah menerima ijazah masing-masing.

Katanya, daripada jumlah itu, adalah 10 graduan ijazah kedoktoran dan 21 graduan ijazah sarjana. 

Published in Latest News

What our Students say?

Latest Update: 17 April 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search