Latest News

Items filtered by date: December 2017 - Universiti Malaysia Kelantan

18095799 894127114079709 8836159045535531008 n

Oleh: Pusat Hal Ehwal Korporat

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) dengan insiatif Unit Empower ECER-UMK akan menganjurkan program Latihan Akademik 2018 atau Awesome Camp bagi membentuk jati diri dan motivasi kepada 240 pelajar Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) untuk lebih ke depan dan mampu bersaing dengan pelajar dalam arus perdana.

Program ini akan melibatkan 120 orang pelajar PPSR dari kawasan Jeli dan 120 orang pelajar PPSR daripada kawasan Ketereh berkampung selama tiga hari bermula 22 Februari hingga 24 Februari 2018 di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah Projek Khas Empower ECER-UMK, Dr. Arbaiah Abdul Razak, berkata, antara objektif program Empower ECER: Awesome Camp adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang bercita-cita tinggi, berpandangan jauh, gigih berusaha, berani dan tabah dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Katanya, program ini juga meningkatkan kesungguhan untuk belajar secara optimum dengan meningkatkan daya tahan diri untuk belajar secara optimum disamping meningkatkan kebolehan meningkatkan keupayaan minda separa sedar secara berkesan untuk menghadapi peperiksaan.

“Selain itu, program ini memberi latihan dan bimbingan kepada pelajar PPSR untuk lebih bermotivasi dan berkeyakinan bagi menghadapi PPSR dan seterusnya mencipta kecemerlangan.

“Program tersebut juga memberi penekanan kepada pelajar untuk lebih bermotivasi dan meningkatkan kemenjadiaan murid sebagai seorang pelajar berwawasan, cemerlang dan mampu membuat keputusan dengan bijak,” katanya.

gMenurut Dr. Arbaiah, pengisian program ini juga dirancang untuk memenhi aspek jati diri serta kerohanian sebagai nilai tambah kepada mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Katanya, program Empower ECER: Awesome Camp juga dilaksanakan dengan kerjasama Empower-ECER untuk meningkatkan kebolehan meningkatkan keupayaan minda separa sedar secara berkesan untuk menghadapi peperiksaan.

“Program ini akan memberi motivasi dan keyakinan bagi menghadapi PPSR seterusnya mencipta kecemerlangan untuk meningkatkan kemenjadiaan murid sebagai seorang pelajar berwawasan, cemerlang dan mampu membuat keputusan dengan bijak.

“Seramai 240 orang peserta adalah terdiri daripada pelajar PPSR di kawasan Jeli dan Ketereh yang membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang, SK Padang Kala, SK Lalang Pepuyu, SK Perol, SK Legeh, SK Raja Abdullah, SK Bukit Jering dan SK Pangkal Kalong,” katanya.

Dr. Arbaiah berharap program seperti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi dan pengetahuan kepada pelajar PPSR untuk meningkatkan semangat diri seterusnya dapat majukan diri di dalam pelajaran.

Published in Latest News
Thursday, 15 February 2018 23:22

UMK CIPTA PENAPIS AIR BAWAH TANAH

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal

1MASALAH bekalan air bersih yang membelenggu hampir 1700 warga Sekolah Menengah Kebangsan Sultan Ibrahim (2) (SMKSID) Pasir Mas, Kelantan, menemui jalan penyelesaian apabila Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) melaksanakan projek penapis air bawah tanah yang menggunakan media Filtering Water (MFW) yang berasaskan bahan buangan kilang kelapa sawit.

Bahan yang digunakan daripada medium bahan buangan kelapa sawit ini ini diperoleh daripada kaedah pembakaran buah sawit dimana sisa daripada bahan yang terhasil itu dijadikan sebagai bahan asas media penapis yang dibangunkan oleh penyelidik UMK iaitu Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak.

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal, teknologi penapis air menggunakan buangan kelapa sawit ini adalah sebagai media asas yang boleh digunakan untuk memantau kualiti air berdasarkan parameter yang digunakan dalam menilai kualitinya.

Beliau  berkata, projek penapis air ini dihasilkan dengan bahan asas tersebut untuk merawat sumber air  bawah tanah yang terdapat di kawasan sekolah yang mengandungi air yang kurang kualitinya terutamanya daripada segi bau dan berwarna perang kekuningan.

2

“Projek yang dijalankan ini mampu merawat sumber air bawah tanah dimana kebiasaanya sumber air terdapat di Kelantan berbau dan memerlukan penapis yang sesuai untuk merawat.

“Sebelum pemasangan projek penapis air bawah tanah ini pihak komuniti sekolah menggunakan bekalan air alternatif dari sumber air bawah tanah dimana sumber air yang disedut terus ke tangki utama tidak melalui apa-apa proses pembersihan,” katanya.

Tambah Prof. Dr. Wan Mohd Faizal, lazimnya sumber air bawah tanah ini berbau dan berwarna perang kekuningan.

“Pihak komuniti sekolah terpaksa melalui hari persekolahan dengan sumber air yang tidak berkualiti kerana tiada pilihan tambahan pula keadaan menjadi lebih rumit apabila berlaku gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan air tidak boleh dipam ke tangki utama.

“Bagi mengatasi kes kekurangan bekalan air bersih di SMKSID itu,  saya dan rakan-rakan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan alumni dan pihak sekolah untuk mendapat persetujuan daripada pengetua dengan melancarkan dana waqaf bagi menampung perbelanjaan projek penapis air ini,” katanya.

6

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal, yang merupakan anak kelahiran Kg. Tal Tujuh, Pasir Mas, memberitahu  projek pemasangan penapis air ini dibuat pada bulan Ogos 2017 dengan kos sekitar RM7,000 dengan mengubah suai barang-barang sedia ada di sekolah dan beberapa alatan tambahan.

Katanya, sistem penapisan WMF telah berjaya disiapkan dalam masa seminggu dan hasil yang di perolehi amat memberangsangkan.

“Dengan, kejayaan projek tersebut satu lagi khidmat masyarakat atau projek komuniti yang unik serta istimewa kerana sebelum pernah ini dilakukan.

“Hasil daripada projek penapis air bawah tanah itu dan ujian makmal yang dijalankan mengesahkan air yang ditapis itu selamat digunakan serta bebas kimia,” katanya.

Prof. Madya Dr. Mohd Faizal, air bersih yang di perolehi boleh terus diminum tanpa di masak kerana ianya telah  melepasi piawaian air minuman kebangsaan.

Katanya, sebelum ini telah memasang sistem ini di beberapa tempat seperti surau, ladang fertigasi, rumah pekerja ladang kelapa sawit, rumah persendirian dan juga sekolah agama rakyat.

4“Sistem ini amat sesuai untuk kawasan pedalaman dan kawasan-kawasan yang tidak menerima bekalan air kerajaan. Manakala dari segi aaiz dan kos adalah berbeza beza mengikut kapasiti air yang diperlukan,” katanya.

Pihak-pihak yang berminat untuk memasang sistem yang sama boleh menghubungi Prof. Madya Dr. Wan Faizal melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Published in Latest News
Tuesday, 13 February 2018 17:31

UMK MENANG 1 PERAK DAN 4 GANGSA di SUKIPT 2018

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Pusat Ko-Kurikulum, UMK

Sukipt4

Sukipt

PASUKAN Boling Padang Universiti Malaysia Kelantan (UMK) beraksi cemerlang dengan menyumbang sebutir pingat perak untuk acara sukan boling padang lelaki kategori Men Tripple di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018.

Atlet Boling Padang yang menunjukkan permainan sengit bagaimanapun tewas tipis kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada perlawanan akhir dengan hanya ketinggalan satu mata daripada pasukan lawan dengan keputusan mata 8 – 7.

Sukipt1

Atlet boling padang terdiri daripada Muhammmad Rafiuddin Mohd Rosdi, Muhammad Azim Abu Hassan Sha’ari dan Muhammad Najmi Mohd Nor.

Pencapaian cemerlang itu sekaligus menempatkan UMK pada tangga ke 41 pada Kejohanan SUKIPT 2018 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, bermula 2 hingga 10 Februari 2018.

Ketua Urusetia SUKIPT, En.Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, pasukan UMK menunjukkan peningkatan dengan meraih satu perak dan empat gangsa pada kejohanan SUKIPT 2018.

Sukipt2

Beliau berkata, empat pingat gangsa yang dimenangi adalah menerusi acara sukan iaitu Taekwondo, Pencak Silat Putera G, Tenis dan Basikal.

“Ini adalah pencapaian terbaik pasukan UMK dengan kedudukan rangking 41 daripada 52 Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta termasuk penyertaan daripada Thailand, Indonesia dan India.

“Kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Kontigen UMK, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin buat atlet, pengurus pasukan, jurulatih dan para atlet di atas usaha keras serta telah berjaya memberikan kilauan pingat walaupun kita mensasarkan pingat emas pertama UMK pada tahun ini,” katanya.

Sukipt3

Tambah Wan Ahmad Khairul selaku Pegawai Belia dan Sukan UMK, UMK akan memantapkan lagi pemilihan atlet bagi persediaan dua tahun lagi pada kejohanan SUKIPT dan juga penambahan acara sukan lain yang boleh diketengahkan berdasarkan kepada unjuran pelajar yang semakin aktif dalam sukan.

“Kita tidak nafikan, faktor penaiktarafan kemudahan sukan di Kompleks Sukan UMK Kampus Bachok adalan suntikan utama kepada pencapaian cemerlang yang dipamerkan pada SUKIPT 2018 pada kali ini.

“Insha Allah, dengan pendekatan terbaik beberapa bintang acara sukan lain dapat ‘dilahirkan’ di sini,” katanya.

Untuk rekod, seramai 87 pelajar terlibat pada kejohanan SUKIPT 2018 dengan menyertai 11 acara iaitu Badminton, Bola Tampar, Boling Padang, Taekwondo, Pencak Silat, Tenis, Petanque, bola jaring, skuasy, berbasikal dan karate-do.

Published in Latest News

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Al Azam Razi

MEIPTA2018

PENYERAGAMAN platform pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC) dan pelaksanaan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dalam pengajaran dan pembelajaran di semua Universiti Awam (UA) menjadi topik utama Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran (MEIPTA) Ke-35 (Bil. 1/2018), yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada 12 hingga 13 Februari 2018.

MEIPTA20181

Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UMK, Prof. Madya Dr. Suria Baba, berkata, kedua-dua isu itu menjadi tumpuan utama ahli-ahli MEIPTA daripada 20 Universiti Awam bagi menyediakan pendidikan yang ideal seiring dengan pendidikan negara pada abad ke 21.

Beliau berkata, buat pertama kalinya UMK menjadi tuan rumah mesyuarat MEIPTA Ke-35 dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman.

“Persidangan meja bulat MEIPTA adalah sebuah medium yang membincangkan pelbagai isu di dalam e-Pembelajaran dengan menyalurkan maklumat penting tentang e-Pembelajaran kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Melalui perbincangan dalam persidangan meja bulat ini ahli MEIPTA dapat mencari persetujuan secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pembentukan MOOC dan pelaksaanaan platform pengajaran dan pembelajaran dalam 4.0 Ir,” katanya.

MEIPTA20185

Tambah Prof. Madya Dr. Suria, MEIPTA 2018 juga adalah platform membincangkan dan berkongsi isu-isu terkini dengan tujuan utama bagi memartabat dan mentransformasikan pendidikan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembelajaran pada masa kini.

“Untuk makluman, seramai 40 ahli MEIPTA daripada 20 Universiti Awam telah menghantar wakil membabitkan Pengarah atau Ketua Unit E-Learning yang akan berkongsi pandangan kepada isu penyeragaman, pelaksaan e-Learning dalam MOOC yang dibangunkan oleh semua UA termasuk status kemajuan yang dicapai sehingga kini.

“Saya yakin persidangan MEIPTA 2018 dapat memacu visi dan misi KPT untuk memastikan semua Universiti Awam di negara ini dapat meneruskan agenda e-Pembelajaran di Malaysia,” katanya.

MEIPTA20182

MEIPTA20183

Sementara itu, sempena berlangsungnya MEIPTA Ke-35 (Bil. 1/2018), UMK turut mengadakan forum bertajuk Education 4.0 In Teaching And Learning.

Ahli panel terdiri daripada Pengerusi MEIPTA selaku Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Alyani Ismail, Pengarah Pusat e-Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Fong Soon Fook dan Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Prof. Dr. Mohd Saberi Tan Ah Chik @Mohamad, manakala Prof. Madya Dr. Suria selaku moderator.

MEIPTA20184Menurut Prof. Madya Dr. Suria, forum ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan 4.0 IR kepada pensyarah (SME’s MOOC 2018, Belended Learning dan wakil fakulti) daripada pakar-pakar E-Pembelajaran bagi merealisasikan agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke arah 4.0 IR.

“Pada forum tersebut, ahli panel telah memberi input yang bermanfaat berkenaan halatuju MEIPTA dalam menanggani isu-isu e-Learning dalam menghadapi IR4.0 dengan memacu keupayaan para pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

 

Published in Latest News
Thursday, 08 February 2018 08:24

AHLI AKADEMIK PERLU MARTABATKAN BAHASA MELAYU

8e4534a6 31aa 413a 806f 1e5e9e4322c9

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : UPM

PARA ahli akademik dan golongan cendekiawan disarankan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, alat komunikasi paling berkesan dan terus sesuai dengan peredaran zaman.

Dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara telah tertakluk dengan jelas bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan semua pihak di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, sektor korporat berperanan memartabatkan Bahasa Melayu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, berkata, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan masih gagal dimartabatkan dan dihormati pada kedudukan sewajarnya.

Katanya, bahasa Melayu juga gagal menjadi bahasa perpaduan dan terus dipinggirkan serta ibarat sudah tidak layak dibawa ketengah sebagai bahasa ibunda.

“Mengapa perkara ini berlaku dan siapa perlu dipersalahkan sedangkan pada Perkara 152 jelas menjadikan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang ramai penduduknya.

“Dalam satu kajian dan penyelidikan yang pernah dilakukan mendapati bahawa kegagalan ini berpunca daripada tidak adanya iltizam politik yang kuat untuk mengubahnya ataupun untuk berpegang kepada Perkara 152 dalam memperkasakan Bahasa Melayu,” katanya pada forum sempena majlis penutup Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-10 (SALPBM X) , di Hotel Perdana, pada 8 Februari 2018.

Majlis perasmian penutup seminar dua hari anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris.

Seminar itu telah dihadiri 300 peserta termasuk dari Thailand, Indonesia dan Brunei.

Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad berkata, punca orang Melayu gagal menyampaikan maklumat mengenai kehebatan sejarah dan tamadun bangsa sendiri menjadi punca generasi muda semakin tiada jati diri.

Katanya, ini juga disebabkan sikap orang Melayu sendiri yang tidak ambil peduli mengenai kepentingan mengangkat sejarah dan budaya bangsa.

Beliau berkata, generasi muda tidak sedar kehebatan orang Melayu sama ada dari sudut ilmu, persenjataan mahupun ekonomi kerana tiada usaha komunikasi atau penyampaian maklumat yang serius.

Published in Latest News

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat          Foto : Al Azam Razi

ProfSchool

ProfSchool5

BANGUNAN senibina berteknologi tinggi seperti Burj Khalifa di Dubai, Menara Abraj Al Bait di Makkah, Velo Tower di Korea Selatan, Guangzhhou Opera House dan keretapi laju Shanghai Maglev di China adalah antara pembinaan berteknologi tinggi abad ini yang merungkai segala persoalan makna sebenar dalam pengetahuan kejuruteraan sains dan teknologi pada masa kini.

Pembinaan bangunan dan kemudahan infrastruktur ini diiktiraf sebagai contoh pengurusan yang baik sebagai inspirasi dalam kejuruteraan reka bentuk menggabungkan teknologi canggih dan sains.

Dengan menggabungkan teknologi seperti itu bangunan ini berfungsi sebagai ikon global untuk pusat-pusat bandar masa depan bagi negara-negara membangun.

Justeru, Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merancang pelbagai strategi bagi mengukuhkan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah melalui pendekatan baharu dengan memantapkan kurikulum yang menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi.

ProfSchool2

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu, Majlis Profesor Universiti (MPU) Chapter Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) menjalinkan kerjasama strategik menganjurkan Program Prof@School 2018 fasa kedua dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar sekolah dalam pelbagai bidang terutamanya bidang STEM.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, fasa pertama Prof.@School adalah melibatkan sebanyak 76 buah sekolah di seluruh negeri Kelantan membabitkan 60 sekolah menengah dan 16 sekolah rendah.

Beliau berkata, manakala pada fasa kedua tahun 2018 ditambah kepada 24 buah sekolah diseluruh Kelantan dengan menjadikannya 100 buah sekolah yang terlibat dalam Program Prof.@School pada tahun ini.

“Objektif utama program Prof.@School adalah untuk membantu mencemerlangkan pendidikan pada peringkat sekolah dengan membantu sebagai mentor kepada pelajar dan guru dalam bidang kritikal seperti sains, teknologi dan matematik.

ProfSchool3

“Profesor ini turun padang menjadi penceramah motivasi kepada pelajar dan guru dengan membantu guru dalam memperbaiki sistem penyampaian dan kompetensi guru disamping mengadakan program bukan akademik bersama dengan pihak sekolah seperti program pengukuhan ketrampilan pelajar, keceriaan sekolah atau kesukanan,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Prof.@School 2018, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 7 Februari 2018.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Hassan Mohd Osman, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti JPN Kelantan, Tuan Hj. Wan Ismail Wan Daud, Pengarah Pejabat Pengurusan Penyelidikan UMK, Prof. Dr. Jasni Sabri dan Ketua Penolong Pengarah Sains JPN, Tuan Hj. Wan Muhammad Zuri Wan Abdullah.

Prof. Dato’ Dr. Ibrahim, program ini juga membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang dikenalpasti seperti Bahasa Inggeris atau STEM.

ProfSchool4

Tambah beliau, keberkesanan program Prof.@School di peringkat fasa pertama telah berjaya meningkatkan kefahaman ibu bapa dalam pendidik STEM malah minat pelajar kepada bidang STEM juga semakin bertambah.

“Selain itu, program ini juga meningkatkan kesedaran dan komitmen guru dalam mata pelajaran STEM dan sekaligus meningkatkan kesedaran pihak berwajib tentang kepentingan STEM.

“Kita melihat para profesor telah memberi sumbangan besar dalam bimbingan kepada masyarakat dan membantu Negara dalam meningkatkan nisbah pelajar STEM,” katanya.

Sementara itu, Tuan Hj. Wan Ismail, berkata, Program ini merupakan program yang amat unik kerana seluruh sistem pendidikan dan sekolah hingga Universiti, ibubapa dan masyarakat memainkan peranan masing-masing bagi memantapkan sistem pendidikan di masa akan datang.

Katanya, para profesor UMK dan pihak sekolah akan memberi kerjasama dalam melaksanakan program ini sebaik mungkin memandangkan profesor merupakan role model kepada pelajar dan pendidik di peringkat sekolah.

“Kepakaran yang ada pada profesor ini seharusnya digunakan sebagai pakar rujuk dalam memperkasakan bidang kritikal seperti STEM. Ini adalah merupakan sumbangan yang amat besar, jika profesor di UMK dapat membantu melahirkan generasi muda yang berpendidikan STEM di masa hadapan,” katanya.

ProfSchool6

Published in Latest News
Wednesday, 07 February 2018 09:31

HIMSAK TURUN PADANG SANTUNI MASYARAKAT BACHOK

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat         Foto : Al Azam Razi

himsak turun padang

HimsakTurunPadang4SERAMAI 500 mahasiswa Himpunan Mahasiswa Anak Kelantan (HIMSAK) Kebangsaan menyantuni masyarakat setempat dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan di sekitar Bachok sempena Kursus Pemukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1 Malaysia, pada 2 Februari 2018

Pada program itu, mahasiswa HIMSAK turun padang menjalankan aktiviti kesukarelawanan membabitkan Tanah Perkuburan Islam di Kampung Beris Kubur Besar, Kampung Badak dan Kampung Gunung di Bachok.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selaku Ketua UMNO Bahagian Bachok, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Permukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia di Dewan Haji Hussin, Kampung Perupok.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Pengerusi HIMSAK Kebangsaan, Dato’ Mohd. Faizal Daud.

himsak turun padang3

Menurut Dato’ Dr. Awang Adek, mahasiswa perlu memanfaatkan sepenuhnya pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan di negara ini kerana bukan semua pelajar mendapat peluang untuk belajar di universiti dan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Beliau berkata, sebagai anak yang dilahirkan daripada keluarga nelayan dan keluarga susah namun segalanya berubah kerana sistem pendidikan yang baik terdapat di negara kita.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu saya pengajian sewaktu itu sehingga berjaya menerima pendidikan tinggi di Whartoon School, Universiti Pennyslavania sebuah universiti ternama dalam bidang ekonomi.

HimsakTurunPadang5

“Mahasiswa perlu ingat tanggungjawab kepada keluarga kerana mereka meletak harapan tinggi kepada kita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik,” katanya.

Tambah beliau, MARA adalah sebuah organisasi terpenting yang bertindak untuk menyokong dasar pendidikan dan serta aspirasi kerajaan.

“Program-program pendidikan MARA telah melalui proses transformasi bermula di peringkat pendidikan menengah di MRSM hinggalah ke peringkat Universiti.

“Dari aspek pendidikan, sistem sekolah berasrama penuh seperti MRSM Ulul Albad adalah cukup penting dan mendapat sambutan daripada rakyat dan ini akan diperluaskan lagi,”katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Husaini dan Dato’ Mohd Faizal mengagihkan sumbangan dalam bentuk barangan dapur dan keperluan asas kepada 10 keluarga miskin di sekitar Bachok.

himsak turun padang2

Published in Latest News

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat        Foto : Al Azam Razi

mahasiswa agen perubahan kelantan

GOLONGAN mahasiswa perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan di dalam masyarakat khususnya untuk memberi maklumat yang tepat tentang inisiatif kerajaan mewujudkan pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri Kelantan.

HimsakTokPa3Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB. Dato’ Seri Mustapa Mohamed, berkata, mereka sewajarnya memastikan masyarakat dan komuniti memahami tujuan dan objektif kerajaan dalam melaksanakan perubahan pembangunan yang bersifat menyeluruh kepada rakyat dan komuniti.

“Mahasiswa perlu secara berterusan mendidik masyarakat dengan maklumat sebenar,“ katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), di Universiti Malaysia Kelantan (UMK, Bachok, Kelantan, pada 1 Januari 2018.

Pelancaran jentera pilihanraya itu adalah sempena Kursus Kepimpinan dan Pemukiman Khas Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia Himsak selama tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2018 melibatkan kira-kira 500 peserta daripada 20 Universiti Awam (UA) dan dua buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB. Dato’ Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Presiden HIMSAK, Dato’ Mohd. Faizal Daud.

Menurut Dato’ Seri Mustapa selaku Penaung HIMSAK, kewujudan jentera pilihan raya HIMSAK tidak bersifat kepartian kerana kewujudannya adalah tepat pada masanya terutama di dalam suasana politik negara yang bakal berdepan pilihan raya umum ke 14.

HimsakTokPa2

“Kita juga mahu mahasiswa memberi kesedaran dan mengajak golongan mahasiswa yang berasal dari Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Dato’ Seri Mustapa mengulas penganjuran Kursus Kepimpinan dan Pemukiman Khas Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia HIMSAK adalah satu program yang penting dalam usaha untuk mendekati dan mendampingi mahasiswa untuk kita memberi penerangan tentang isu-isu semasa.

“Alhamdulillah, pada hari ini kita besryukur kerana suasana kampus-kampus di universiti sudah berubah keadaannya.

“Pada suatu pada masa dahulu pemimpin pelajar tidak bersama pelajar dan melalui platform HIMSAK adalah usaha untuk menyatupadukan anak-anak Kelantan yang belajar universiti-universiti,” katanya.

Tambah beliau, HIMSAK telah menganjurkan program-program yang berbentuk forum dan dialog Rancangan Memajukan Kelantan (RMK).

“Idea dan juga cadangan daripada mahasiswa untuk membentuk negeri Kelantan seperti yang mereka hasratkan di masa hadapan.

“HIMSAK telah menghimpunkan banyak idea serta cadangan yang akan di bentangkan dalam satu konvensyen di peringkat kebangsaan pada bulan Februari atau Mac untuk membicarakan cadangan-cadangan bagi memajukan Kelantan di masa akan datang termasuklah dari segi konteks TN50,” katanya.

HimsakTokPa4

Published in Latest News

Oleh : Pusat HaL Ehwal Korporat          Foto : Al Azam Razi

 LojiNyahgaram

LojiNyahgaram3HAMPIR 3,000 penduduk di Kampung Senok, Bachok, Kelantan menerima manfaat di bawah Projek Pembangunan dan Pembekalan Sistem Penyahgaraman Air Laut atau Seawater Desalination (SW-DS) menerusi hasil penyelidikan oleh Pusat Kecemerlangan Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Perasmian projek Sistem SW-DS itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), TYT Dato’ Dr. Awang Adek Hussin di Kampung Senok, Bachok, Kelantan, pada 3 Februari 2018.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Dato’ Dr. Daing Mohd Nasir Ibrahim.

LojiNyahgaram5

Penghasilan sistem rawatan air bersih dan selamat ini adalah hasil teknologi penyelidik tempatan yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, melalui geran Translational Research Grant Scheme (TRGS) di bawah Program Penyelidikan Strategik KPT Jaminan Air Kebangsaan.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama 16 orang penyelidik tempatan daripada UTM dan UMT yang mana penyelidik UMT diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni.

Menurut Dato’ Seri Idris, projek DS-WS buat pertama kalinya dibangunkan untuk menampung keperluan lebih 3000 pengguna sehari dengan keupayaan penghasilan air bersih terawat berkapasiti 500,000 liter sehari (500m3/hari).

LojiNyahgaram4

Beliau berkata, melalui pembangunan sistem ini akan menyediakan bekalan air bersih untuk penduduk kampung sekali gus memberi kemudahan kepada masyarakat selepas 45 tahun tidak mendapat bekalan air bersih.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan di bawah geran translasional KPT 2017 bagi projek pembekalan sistem penyahgaraman air laut atau Seawater Desalination (SW-DS).

Menerusi penyelidikan yang dilaksanakan di bawah geran translasional ini, air sungai dan laut yang bercampur di muka kuala dapat digunakan sebagai air minuman kepada penduduk selepas melalui proses nyahgaram menggunakan teknologi membran,” katanya.

LojiNyahgaram2Tambah beliau, kita lihat banyak penyelidikan dibuat di universiti tapi manfaat tak dapat secara terus kepada rakyat jadi melalui geran penyelidikan translasional ini, wang itu terus dapat digunakan untuk kebaikan rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku Ketua Projek Seawater Desalination (SW-DS), Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, amat berharap agar masyarakat setempat dapat memanfaatkan sistem SW-DS yang telah dibangunkan termasuklah menghasilkan produk-produk sampingan seperti air minuman.

Katanya, ini boleh memberikan kelangsungan kelestarian produk kepada penduduk Ini boleh memberikan kelangsungan kelestarian produk kepada penduduk dan sumber air bagi jangka masa panjang.

LojiNyahgaram1“Pemasangan sistem rawatan air ini juga diharapkan menjadi daya tarikan kepada pelancong di sini kerana sistem pemprosesan air laut bagi kegunaan harian ini dapat mendedahkan teknologi baharu bagi rawatan air mentah kepada penduduk setempat dan juga para pelancong.

“Seawater Desalination (SW-DS) merupakan antara kaedah alternatif yang dikenal pasti dapat memastikan sumber air yang mencukupi dan konsisten di Malaysia. Sebagai contoh, Singapura telah mengguna pakai kaedah penyahgaraman air laut sebagai alternatif sumber air mentah di mana 25 peratus keperluan air Singapura diperolehi melalui 4 loji sedia ada,” katanya.

Published in Latest News

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat          Foto : Al Azam Razi

1

himsak

PLATFORM Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) sewajarnya diperluaskan ke seluruh dunia supaya gabungan pelajar anak-anak Kelantan ini dapat menyalurkan kemudahan dan bantuan sekaligus membela nasib mahasiswa yang berada di luar negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Haji Ahmad Jazlan Yaakub, berkata, HIMSAK tidak semestinya dikhaskan kepada pelajar-pelajar di dalam negara sahaja kerana gabungan ini bersifat terbuka dan bukan sahaja melibatkan pelajar di universiti tetapi lepasan graduan, pelajar sekolah menangah dan Pra-Universiti juga boleh menyertainya.

Beliau berkata, HIMSAK adalah satu pertubuhan NGO yang menjaga kebajikan ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bernaung di bawah pertubuhan ini.

“Pertubuhan HIMSAK bukan badan yang menyalurkan bantuan kewangan tetapi sekiranya pelajar memerlukan bantuan maka pihak pengurusan ini tampil kepada ahli-ahlinya untuk membantu untuk ahli yang bernaung dibawahnya.

himsak 3“Justeru itu, apa yang kita mahukan HIMSAK berperanan dapat menghimpunkan pelajar-pelajar di seluruh dunia kerana mereka ini adalah merupakan pemimpin masa depan,” katanya pada majlis bersama mahasiswa sempena Kursus Pemukiman Mahasiswa Kelantan Satu Malaysia, di Laman Monsun Universiti Malaysia Kelantan Bachok, pada 31 Januari 2018.

Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Dr Husaini Omar dan Presiden Himsak, Dato’ Mohd Faizal Daud.

himsak 2

Program itu menghimpunkan 500 pelajar HIMSAK untuk mengikuti Kursus Pemukiman Mahasiswa Kelantan Satu Malaysia, selama tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2018.

Menurut YB Dato’ Hj. Ahmad Jazlan, mahasiswa adalah pemimpin masa depan bukan bermaksud menjadi pemimpin politik tetapi kita mahu melahirkan pemimpin yang mahir dalam pelbagai bidang dan sudut.

Katanya, sekiranya mahasiswa itu menjadi penjawat awam maka ia mampu menjadi pemimpin di peringkat jabatan atau organisasi.

himsak 4“Melalui kursus pemukiman ini pelajar diberi pendedahan tentang isu semasa dan tentang bagaimana cara hidup yang lebih beretika.

“Kita tidak mahu pelajar-pelajar kita ada ilmu pengetahuan tetapi mereka ini dari segi disiplin dan gaya hidup mereka menyimpang jauh daripada adat-adat ketimuran,” katanya.

Tambah beliau, platform ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapatkan motivasi dan perkongsian ilmu daripada pemimpin untuk mahasiswa-mahasiswi universiti awam berkaitan panduan dan nasihat sebagai pembakar semangat untuk menerajui bidang pendidikan di universiti.

Published in Latest News
Page 1 of 7

What our Student say?

Latest Update: 22 February 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search