Latest News

Items filtered by date: October 2018 - Universiti Malaysia Kelantan

277d12a7 9e59 42e5 84f0 d36e4771536a

LANGKAWI 30 OKTOBER I Kesemua 40 pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berdepan detik cemas dalam tragedi jeti runtuh di Pulau Anak Tikus, Langkawi, Kedah, kira-kira jam 1.30 petang, pada 29 Oktober 2018 kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Keseluruhan mangsa merupakan ahli Kelab Eksplorasi (Geosains) yang menyertai program International GeoExploration De Langkawi, terdiri daripada lima pensyarah (tiga lelaki, dua perempuan) dan pelajar (11 lelaki dan 24 perempuan).

185c0b86 48b0 4cf3 b637 b074ba05c1b7Pengarah Program International GeoExploration De Langkawi, En. Arham Muchtar Achmad Bahar, berkata, pada masa kejadian berlaku kesemua pelajar iaitu kira-kira seramai 12 orang pelajar berada di lokasi di jeti tempat runtuh yang terletak di kawasan Pulau Anak Tikus.

Katanya, pada masa berlakunya jeti runtuh itu keadaan masih terkawal dengan paras air laut yang pasang iaitu separas dada di bahagian bawah jeti.

“Kejadian jeti runtuh berlaku pada kira-kira jam 1.30 petang itu sebaik sahaja saya memulakan penerangan tentang kerja lapangan mengenai struktur geologi Pulau Anak Tikus juga dikenali sebagai Pulau Fosil merupakan sebahagian daripada Kilim Geopark terletak di dalam kawasan Pulau Langgung.

“Dalam detik cemas itu, pihak kami dengan serta-merta mengangkat kesemua pelajar yang terlibat ke atas iaitu di kawasan jeti kiri yang tidak runtuh dan kemudian memeriksa keadaan mereka sekaligus memberikan rawatan kecemasan (first aid),” katanya ketika dihubungi di sini.

e5349b8a c41d 4558 a7c3 9a2fda689277Tambah beliau, pada masa kejadian merupakan hari ketiga kajian lapangan yang bertajuk Sedimentologi dan Stratigrafi. (Lokasi Jeti runtuh bertanda bulatan merah iaitu lokasi berkenaan penerangan berkaitan geologi).

“Pihak kami juga telah menghubungi bot yang menunggu kumpulan kami untuk memberitahu bahawa berlakunya kejadian jeti runtuh tersebut.

“Selepas 15 minit bot pertama tiba adalah bot daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan disusuli lima minit kemudian bot daripada Koperasi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan diikuti kira-kira 30 minit kemudian pihak Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba di lokasi.

Operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan LADA.

Dalam kejadian itu, 11 pelajar dilaporkan cedera dan seorang parah telah dihantar ke Jeti Kilim untuk menerima rawatan awal dan digegaskan ke Hospital Langkawi bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, En Arham Muchtar, berkata, daripada jeti Kilim sebahagian pelajar dan pensyarah telah dibawa balik ke homestay.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana kejadian jeti runtuh itu berlaku adalah diluar kawalan kumpulan kami.

Katanya, pihak kami juga turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengurusan awal untuk memberi rawatan awal kepada pelajar iaitu mangsa yang terlibat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kumpulan kami dijangka tiba ke UMK Kampus Jeli dalam masa terdekat walaupun ekspedisi kajian penyelidikan berakhir pada 1 November nanti,” katanya.

Program International GeoExploration De Langkawi yang berlangsung selama seminggu bermula pada 26 Oktober hingga 1 November 2018 di Pulau Langkawi, Kedah.

01cf818f 113e 465d b745 3607e44d4f77Objektif penganjuran ini adalah sebagai salah satu proses pembelajaran di lapangan yang melibatkan subjek Geologi Struktur dan Geoteknik, Sendimentologi, Stratigrafi dan Sejarah Bumi serta Petrologi.

Lokasi Pulau Langkawi dipilih kerana ini adalah kawasan global geopark pertama di Asia Tenggara dan yang ke 52 di dunia yang memiliki nilai geologi yang unik dan nilai sejarah yang tinggi sesuai untuk diterokai.

Program ini adalah berkaitan dengan silibus pelajar tahun tiga jurusan Geosains bagi melakukan penyelidikan geologi mengani formasi-formasi batuan yang terbentuk dan melalui landskap-landskap geologi yang terbentuk di Langkawi.

Antara lokasi menarik bagi penyelidikan geosains ini di Pulau Langkawi ialah Pantai Tenglorak, Gunung Machinchang, Pulau Langgun, Teluk Anak Tikus, Teluk Mempelam, Air Terjun Telaga Tujuh, Teluk Burau, Kisap Thrust Breccia dan Gunung Raya.

5acc5abc 0eab 4552 a2c9 7fb27405f2f7

Published in Latest News

DSC 9162

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : UMKBV

KOTA BHARU 26 OKTOBER I Pelakon, pengacara dan usahawan, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar percaya konsep berkongsi rezeki adalah faktor kejayaan beliau dalam perniagaan sehingga bergelar usahawan berjaya pada hari ini.

Fizo menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger dengan jenama Hot Burger menerusi perkhidmatan francais Hot Burger dengan tagline ‘Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima’, telah berjaya memberi peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat tanpa perlu mengeluarkan modal.

Katanya, perniagaan gerai burger yang diusahakannya sejak beberapa tahun bukan hanya untuk mengejar keuntungan atau kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda dan ibu tunggal.

“Program ini sebagai platform menggerakkan konsep menderma dan memberi dalam kalangan usahawan.

“Perniagaan itu telah berjaya memberi peluang baharu kepada usahawan dan sebanyak 350 gerai Hot Burger di seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

0I1A3431Katanya, program berkenaan adalah inisiatif beliau dan rakan kongsi untuk membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar, belia dan ibu tunggal yang sama seperti konsep program keusahawanan sosial.

Malah, Fizo Omar juga percaya konsep bersyukur adalah amalan terbaik menjemput rezeki seperti dalam Surah Ar Rahman mengingatkan kepada kita bahawa “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”.

Beliau berkata, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi ramai di kalangan kita yang tidak bersyukur dan sebab utama gagal menjemput rezeki ialah kita hanya banyak komplen daripada beryukur nikmat yang diberikan.

“Sebagai usahawan, saya percaya dengan berkongsi rezeki lagi murah rezeki yang kita akan perolehi.

“Selain itu, karekter usahawan yang berjaya adalah memiliki enegri yang kuat berbanding mereka yang tidak berjaya.

“Untuk menjadi usahawan berjaya kita perlu hadirkan energi yang kuat,” katanya pada sesi Ikon Usahawan Berjaya sempena Program Keusahawanan Sosial anjuran UMK Business Ventures Sdn. Bhd., di Hotel Perdana, Kota Bharu, baru-baru ini.

Program Keusahawanan Sosial Tahap 1 (Asas Keusahawanan) yang diadakan pada 26 hingga 28 Oktober 2018 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob.

Pada sesi latihan tahap kumpulan pertama telah dihadiri seramai 30 peserta yang terpilih terdiri daripada 27 pelajar dan alumni penuntut universiti awam di Malaysia termasuk tiga peserta adalah daripada orang awam.P

Program ini melatih para peserta bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan pada masa yang sama memahami konsep usahawan sosial untuk mengumpulkan peserta-peserta yang terpilih dalam kalangan penuntut Universiti Awam iaitu UMK, UPM, UiTM, UM, UKM, UniSZA dan UMT dan juga komuniti.

Program Latihan Tahap 1 (asas) selama 3 hari 2 malam ini memberi pendedahan berkaitan asas perniagaan yang meliputi langkah memulakan perniagaan, pentadbiran perniagaan serta idea perniagaan.

Peserta juga didedahkan dengan pengalaman perniagaan sebenar dari usahawan-usahawan yang dijemput untuk berkongsi pengalaman.

Selain itu, modul-modul yang dirangka untuk latihan Tahap 1 ini adalah meliputi kandungan perniagaan sebagai suatu kerjaya, ikon usahawan berjaya, langkah memulakan perniagaan, maklumat keusahawanan sosial, pentadbiran perniagaan dan idea perniagaan.

0I1A3413

Published in Latest News

isonth

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

KOTA BHARU 24 Oktober I Penemuan teknologi terbaru dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (I.R 4.0) membabitkan automasi dan industri pembuatan berkomputer bakal mengurangkan tenaga manusia dijangka memberi kesan besar dalam budaya dan kehidupan manusia.

Perubahan itu menjadikan pelbagai aktiviti dan pekerjaan kovensional tidak lagi relevan yang mengubah kehidupan manusia dengan ketara sekaligus memberi kesan kepada seni warisan dan budaya dalam mengekalkan identiti serta keasliannya.

Justeru, Seminar Warisan Nusantara Antarabangsa Kali Ketujuh (ISoNH) 2018 anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah platform terbaik bagi memastikan budaya dan warisan negara dapat dipertahankan dalam mendepani revolusi industri 4.0.

Dekan FTKW, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan, berkata, seminar yang bertemakan Nusantara Heritage: Roles of Cultural Heritage in 4.0 Industrial Revolution adalah bermatlamatkan mengumpulkan semua peserta seperti pakar, pendidik, profesional dan akademik dari seluruh dunia untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai isu-isu dalam Warisan Nusantara.

Beliau berkata, fokus utama seminar adalah berkisar kepada perkongsian daripada kepakaran penyelidik untuk mengatasi bagaimana budaya dan warisan negara dapat dipertahankan dalam mendepani revolusi industri 4.0.

“Kita mahu budaya itu dapat dipertahankan selaras dengan budaya dan sejarah geologi di rantau ini khususnya berkaitan warisan serta kepelbagaian budaya yang memberikan persamaan dan perbezaan.

“Melalui seminar ini, kita berharap industri IR4.0 khususnya penggunaan teknologi media sosial seperti Facebook dan Youtube dimanfaatkan untuk mengangkat warisan dan budaya dan secara tidak langsung UMK menjadi rujukan utama dalam warisan di dalam negara,” katanya pada majlis perasmian Seminar Warisan Nusantara Antarabangsa Kali Ketujuh (ISoNH) 2018, di Hotel Crown Garden, Kota Bharu, Kelantan.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Muhammad Nasir Hamzah telah menyempurnakan perasmian seminar dan melancarkan buku bertajuk Teknologi Kreatif dan Warisan, Satu Perpesktif Akademik.

Seminar ISoNH 2018 yang berlangsung selama tiga hari dihadiri 200 peserta dalam dan luar negara membabitkan pembentangan 80 kertas kerja.

Selain itu, panel jemputan daripada luar negara turut hadir iaitu Prof Madya Dr Takara Kurayoshi (he) dari Universiti Ryukyus, Jepun, Dekan Fakulti Seni Reka Universiti Suan Sunanda Rajbhat, Thailand Prof Dr Chutima Maneewattana, Prof Dr Setiawan Sabane dari Universiti Bandung dan Prof Dr Tjetjep Rohandi Rohidi dari Universiti Semarang, Indonesia selain Dekan Pusat Pengajian Pasca Siswazah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Prof Dr Abdul Halim Husein.

Menurut Prof. Madya Ahamad Tarmizi, seminar ini juga penting untuk menghasilkan masyarakat yang lebih mantap dan berpengetahuan dalam bidang Warisan Nusantara khususnya dalam memacu pencerobohan dan pembangunan yang diarahkan kepada masyarakat sosio ekonomi dan global.

Katanya, seminar ini memantapkan lagi peranan UMK sebagai platform akademik yang berusaha menjulang dan mengekalkan budaya warisan negara ke persada antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, ucaptama daripada Prof. Dr. Takara Kurasyoshi mendapat perhatian delegasi yang mengemukakan sebuah buku kompilasi mengenai dokumen penting dalam hubungan antarabangsa Jepun dengan kerajaan Jepun di gagasan Nusantara pada abad ke 15.

Beliau berkata, dokumentasi itu membuktikan bahawa berlakunya hubungan diplomatik antara Kerajaan Ryukyu yang berlaku pada tahun 1424 dan 1867 dalam buku terjemahan bahasa Inggeris bertajuk The Rekidai Hoan yang diterbitkan pada tahun 1969.

“Kandungan dokumentasi kajian itu juga memberi kesan terhadap corak pemerintahan, budaya, muzik tari dan perindustrian.

“Kajian tersebut turut memaparkan hubungan diplomatik kerajaan Ryukyu dengan negara Asia Tenggara termasuk Siam, Melaka, Palembang, Jawa, Pattani dan Annan sehingga mempengaruhi budaya masyarakat di Ryukyu atau kini lebih dikenali sebagai Okinawa,” katanya.

Published in Latest News
Thursday, 18 October 2018 12:23

PESKO 2018 LEBIH MERIAH LEBIH BERIMPAK

0I1A9025

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi & Abd. Halim Hafiz

PENGKALAN CHEPA 17 Oktober I Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kali Ke 8 yang melabuhkan tirainya semalam berjaya mencapai sasaran 10,000 pengunjung sepanjang enam hari berlangsung bermula pada 12 Oktober sehingga 17 Oktober 2018.

Penganjuran PESKO 2018 adalah salah satu pengisian utama sempena Istiadat Konvokesyen UMK.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, berkata, jumlah kehadiran pengunjung lebih ramai berbanding pada tahun sebelum ini kerana penganjurannya lebih tersusun dan terancang dari sudut perancangan program-program yang lebih meriah dan berimpak tinggi kepada mahasiswa-mahasiswi serta masyarakat setempat khususnya.

Beliau berkata, pihak sekretariat PESKO juga melakukan sedikit perubahan pelan tapak niaga yang dilaksanakan secara berpusat di lokasi lebih strategik bagi memudahkan pengunjung untuk menjamu selera sekali gus membeli belah di sekitar tapak jualan.

“Kawasan tapak bunga dan Food Truck ditempatkan paling hadapan dan berdekatan dengan khemah ibubapa/penjaga yang hadir bagi Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-8.

“Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dan istimewa sepanjang berlangsung PESKO turut menjadi faktor penyumbang kepada kehadiran pengunjung seperti Konsert PESKO Megastarz, Fun Ride dan Emoji Run, yang buat pertama kalinya diadakan sewaktu Pesta Konvokesyen UMK berlangsung,” katanya pada majlis perasmian penutup PESKO 2018, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarbangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar dan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum & Pembangunan Pelajar, HEP, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin.

PESKO 2018 juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung dengan 21 slot program selama enam hari seperti Bengkel Kerjaya dan Kemahiran Berkomunikasi, Projek Diskusi Siswa, PESKO Great Talent, Quran Hour dan Malam Tarbiah.

Pengunjung juga turut berpeluang beramah mesra dengan barisan personaliti yang membuat persembahan seperti Hazama, Aepul Drama Band, Khai Bahar, Nizam Laksamana, Shahrul AF, KuchaiMars dan penampilan khas Erudite Band dan Gamelan Le Waris yang dianggotai oleh Mahasiswa dan Mahasiswi UMK yang sedang meningkat naik.

Selain itu, turut diserikan lagi dengan penampilan juara pertama program Gema Gegar Vaganza 2017, kumpulan nasyid popular iaitu UNIC .

Pengunjung juga boleh membeli-belah pakaian, makanan dan produk lain yang turut dijual di lebih 40 gerai yang terdapat di pekarangan Kolej Kediaman Taman Bendahara.

Published in Latest News
Tuesday, 16 October 2018 12:45

GRADUAN UMK GENERASI HARAPAN NEGARA

44070838 1979291048792253 9041206105711050752 o

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi & Abd Halim Hafiz

PENGKALAN CHEPA 14 OKTOBER – Graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) harus memiliki keperibadian dan akhlak yang terpuji seperti jujur, ikhlas dan berintegririti dalam melaksanakan amanah dan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat.

Tengku Pro - Canselor UMK, YBM, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bertitah, sesungguhnya kecemerlangan akademik tidak akan berguna sekiranya perkara itu tidak difahami dan dihayati untuk menjadi seorang graduan yang bernilai kepada gama bangsa serta negara.

Titah baginda, para mahasiswa telah menamatkan satu episod dalam kehidupan kerana fasa baharu telah bermula yang akan dipenuhi dengan cabaran yang memerlukan kebijaksanaan, kematangan, pengetahuan, kemahiran dan jati diri yang utuh.

“Beta mengingatkan gunakanlah segala ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian di universiti untuk memberi khidmat bakti kepada keluaraga, masyarakat, bangsa dan negara.

“Jagalah nama baik keluarga dan universiti kerana anda merupakan generasi harapan negara,” titah baginda selepas mengurniakan ijazah pada hari kedua Istiadat Konvokesyen UMK Ke-8, dari 13 hingga 17 Oktober 2018 di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Kelantan.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Husaini Omar, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

Pada majlis itu, seramai 666 graduan terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan yang berjaya menamatkan pengajian di UMK.

Baginda juga berharap UMK terus mempertingkatkan hubungan dan kerjasama erat dengan pihak kerajaan negeri mahu pun persekutuan demi kecemerlangan UMK sebagai institusi pendidikan tinggi negara.

Titah baginda, UMK seharus menyumbang kepada kesejahteraan dan kebaikan rakyat keseluruhanya kerana kepakaran ada masih banyak ruang yang boleh digerakkan oleh universiti untuk memperkukuhkan lagi insiaitif sedia ada bagi sama-sama memajukan negeri ini.

“Antaranya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan, teknologi pertanian dan penternakan, industri pelancongan tempatan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

“InshaAllah, saya yakin perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya jika konsep sinergi antara kesemua pihak yang disebutkan tadi dapat direalisasikan dengan sebaiknya,” titah baginda.

Published in Latest News

HLM 4707

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Abdul Halim Hafiz

KOTA BHARU I Alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disaran menyumbang kembali kepada UMK dalam kapasiti masing-masing demi manfaat bersama.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, berkata, dengan pengalaman dan kematangan yang dimiliki seniors telah tibalah masanya warga alumni menjadi inspirasi cemerlang kepada pelajar baharu (juniors) anda yang masih menuntut di UMK.

Beliau berkata, secara relatifnya Universiti ini masih muda berbanding sebahagian Universiti Awam (UA) lain di Malaysia, namun usia 11 tahun tersebut bukanlah alasan kepada kita untuk tidak berbuat sesuatu pada hari ini bagi melakar masa depan yang lebih gemilang di masa mendatang.

“Pada tahun ini, UMK meraikan majlis konvokesyennya yang kelapan dan ini menunjukkan bahawa universiti sudah melahirkan lapan generasi alumni.

“Bayangkanlah betapa besar impak yang dapat diberikan oleh lapan generasi ini kepada UMK sekiranya peranan mereka sebagai alumni dijalankan secara fully utilized dan dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya pada perasmian majlis Alumni Meet And Greet 2018, di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan, pada 13 Oktober 2018.

Turut hadir, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), En. Mohd Akhmal Abu Bakar dan Presiden Protem Persatuan Alumni UMK, En. Mohd Saffiri Ibrahim.

Menurut Prof. Dr. Zaliman, jumlah keseluruhan alumni UMK telah mencecah seramai 9, 694 orang menandakan bahawa usrah graduan kita semakin bertambah tahun demi tahun.

Katanya, dengan jumlah keseluruhan itu menjadikan UMK sebagai sebuah Universiti Keusahawanan yang progresif dan berdaya saing dengan universiti-universiti awam yang lain dalam negara kita.

“Para alumni dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada UMK sebagai alma mater dalam konteks kelestarian kewangan sesebuah Universiti sebagaimana yang telah dibuktikan di Amerika Syarikat dan Eropah.

“Saya berpendapat bahawa satu model kemandirian dan kelestarian UMK hendaklah dirangka demi meletakkan peranan alumni pada posisi yang signifikan iaitu dalam konteks jaringan pasaran dan penjanaan endowmen,” jelas beliau.

Justeru, beliau percaya bahawa kepimpinan Persatuan Alumni UMK yang sedia ada berkeupayaan untuk berperanan dalam kapasiti yang saya nyatakan sebentar tadi berbekalkan kelebihan-kelebihan yang ada.

Sementara itu, En. Mohd Saffiri berkata sebagai alumni perlu mengenang jasa universiti serta berusaha menyumbang semula kepada universiti dengan apa cara sekalipun.

Katanya, melalui program seperti ini adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan penghargaan dan kesetiaan kepada Universiti yang telah memberi peluang untuk memperolehi ilmu.

“Alumni juga perlu berfikir di luar kebiasaan selain ingin mengapai cita-cita untuk berjaya dalam kerjaya di luar sana,” jelasnya.

Beliau berkata, tempoh belajar di UMK selama empat tahun bagi graduan pra-siswazah dan beberapa tahun bagi pelajar pasca siswazah adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

“Banyak kenangan pahit manis dan suka duka terpahat di dalam sanubari siswazah.

“Bukan mudah untuk mendapatkan segulung ijazah tak kiralah sama ada sarjana muda, sarja ataupun doktor falsafah cabarannya tetap ada. Namun, tanpa cabaran dan semangat serta kecekalan yang jitu tidak mungkin kita dapat menamatkan pengajian kita di Universiti ini,” katanya.

Tambah beliau, oleh itu hargailah jasa pensyarah, profesor serta staf UMK kerana tanpa mereka siapalah kita pada hari ini.

Published in Latest News

43951494 1977588265629198 5834221959285571584 o

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Al Azam Razi

PENGKALAN CHEPA 13 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meraikan 2,721 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada 13 sidang Istiadat Konvokesyen yang berlangsung pada hari ini sehingga 17 Oktober (Rabu).
Seramai 10 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 55 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 2,618 graduan Ijazah Sarjana Muda.


Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, berkata, dengan berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Ke-8 hari ini menunjukkan dari segi enrolmen pelajar, UMK kini mempunyai seramai 8,875 orang pelajar yang mengikuti pengajian di lapan fakulti yang melibatkan 24 program pengajian di peringkat Sarjana Muda.


Beliau berkata, fakulti pengajian merangkumi ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Kota, Kampus Bachok dan Kampus Jeli yang mana turut melibatkan pelajar di peringkat Sarjana, MBA, DBA dan Doktor Falsafah.


“Kebolehpasaran graduan UMK atau Graduate Employability secara keseluruhan berdasarkan data pengesanan graduan 2017 mencatatkan 68.6 peratus yang mendapat pekerjaan (selepas 6 bulan bergraduat).


“Peratusan ini termasuk graduan yang menjalankan pekerjaan sendiri, melanjutkan pengajian dan meningkatkan kemahiran,” katanya pada Istiadat Konvokesyen Ke-8, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Menurut Prof. Dato; Dr. Husaini, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) berperanan menghasilkan graduan perubatan veterinar yang kompeten dan bercirikan keusahawanan dimana sejak 2014 sehingga September 2017.


“FPV telah pun menghasilkan seramai 149 doktor perubatan veterinar dengan kebolehpasaran graduan yang membanggakan iaitu 100 peratus,” katanya.


Sementara itu, beliau memberitahu bahawa pemantapan sistem penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui penggunaan pelbagai strategi e-pembelajaran atau e-learning.
“Pada tahun 2018 merupakan detik kejayaan UMK apabila menduduki tempat kedua dalam pembelajaran teradun (Blended Learning) daripada 20 Universiti Awam.


“UMK juga menggondol emas terbanyak apabila memenangi Enam Emas, Tiga Perak dan Enam Gangsa menerusi kategori Invention, Innovation And Design On E-Learning dan juga Outstanding e-Learning Product Award 2018 dalam International Carnival On E-Learning yang berlangsung di UIAM pada bulan September lalu.


Prof. Dato’ Dr. Husaini juga berbangga dengan pencapaian pasukan MOOC UMK yang telah mengendalikan Bengkel Pembangunan MEDLIT MOOC di Chulalongkorn University, Srinakharinwirot University di Thailand, serta University of Social Science and Humanities dan Academy of Journalism & Communication di Vietnam.


Katanya, dalam aspek keusahawanan UMK sebagai universiti berteraskan keusahawanan, penglibatan pelajar dalam syarikat perniagaan di kampus sentiasa ditekankan dan telah menunjukkan peningkatan.


“Sehingga kini, berdasarkan pangkalan data E-SSU sehingga Ogos 2018, seramai 694 pelajar telah terlibat dengan perniagaan semasa dalam pengajian dengan pendaftaran sebanyak 367 buah syarikat.


“Menerusi program latihan dan pembangunan keusahawanan pelajar yang turut dijalankan, usaha ini diharap dapat meningkatkan bilangan graduan usahawan yang akan dihasilkan selepas menamatkan pengajian,” jelasnya.


Prof. Dato’ Dr Husaini berkata dalam usaha merancakkan agenda keusahawanan, UMK telah menganjurkan program Social Business Forum pada april 2018 yang lalu, dengan harapan mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan di mana syarikat yang diuruskan secara social business ini dapat berkembang dengan baik.

Beliau mahu pelajar-pelajar yang dihasilkan adalah pelajar atau graduan yang mencipta pekerjaan dan bukan lagi semata-mata mengharapkan peluang pekerjaan yang sedia ada sahaja.
“Sehubungan itu, pihak kementerian pendidikan juga telah mengiktiraf UMK sebagai pusat keusahawanan sosial atau Social Enterprise Centre (SEC) pertama di Malaysia yang bakal menyumbang kepada pemantapan aspek Social Business di Malaysia dengan peruntukkan geran padanan sebanyak RM1 juta beserta pelancaran Dana Keusahawanan Sosial (DKS) berjumlah RM2.6 juta,” katanya.

Tambah beliau, dari aspek penyelidikan dan inovasi, UMK turut memberi penekanan kepada penyelidikan yang berimpak kepada dunia akademik dan masyarakat melalui penumpuan terhadap pelbagai bidang tujahan mengikut kepakaran di Universiti.
Katanya, sehingga September tahun ini sebanyak 26 geran penyelidikan bernilai RM1 juta diperoleh melibatkan geran kerajaan, agensi luar dan antarabangsa.

“Aktiviti penyelidikan turut menyumbang kepada universiti dalam meraih anugerah dan pengiktirafan. Pada tahun ini UMK terus meraih beberapa kejayaan yang membanggakan dengan memenangi enam Emas dan Enam Perak di ITEX 2018.
“Kejayaan ini memberi motivasi kepada staf dan juga pelajar siswazah untuk terus berusaha dengan lebih baik di masa akan datang,” katanya.

Published in Latest News

44032514 1977576358963722 7174738233698287616 o

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Al Azam Razi dan Abdul Halim Hafiz

PENGKALAN CHEPA 13 OKTOBER I Pemangku Sultan Kelantan, Yang Maha Mulia (YMM), Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra mahu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bergerak dengan lebih berkesan dalam mencapai agenda kecemerlangannya selaras dengan status autonomi yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Baginda selaku Canselor UMK bertitah, pengiktirafan ini menunjukkan UMK telah bersedia menggalas tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan tadbir urus institusi, kewangan, sumber manusia dan akademik berada pada landasan yang tepat.
Titah baginda, kewujudan UMK sejak 11 tahun mendokong aspirasi sebagai Universiti berteraskan keusahawanan dengan memiliki peranan yang amat penting dalam mengasah bakat dan minda mahasiswa mendepani cabaran masa hadapan yang semakin mencabar serta kompleks.


“Beta percaya dengan komitmen dan kesungguhan pihak Universiti terus berusaha membawa UMK ke peringkat yang lebih cemerlang dan mampu bersaing dengan Universiti dalam dan luar negara,” titah baginda di Istiadat Konvokesyen UMK ke-8, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, hari ini.


Turut berangkat, Tengku Temenggong Kelantan selaku Pro Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia (YBM), Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Tengku Laksamana Kelantan, YBM Tengku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Bentara Kanan Dato’ Ahmad bin Yaakob, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.


Pada Istiadat Konvokesyen Ke 8 hari ini, UMK meraikan seramai 2,721 graduan yang menerima ijazah masing-masing dalam 13 sidang istiadat konvokesyen yang bermula pada hari ini sehingga Rabu.


Daripada jumlah tersebut, seramai 10 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 55 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 2,618 graduan Ijazah Sarjana Muda.


Selain itu, YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra juga berkenan menganugerahkan Anugerah Diraja kepada graduan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, Dr. Ng Kian Ying dan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian, Darwisy Shahidy Baharudin.
Sementara itu, bagi Anugerah Canselor, Yagacillan A/L Asogan graduan Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian dan Nur ‘Adilatul Fitry Jamaluddin graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian.

Manakala Anugerah Naib Canselor, Sarmila A/P Rathamanalan (Sarjana Muda Sains Gunaan - Sumber Asli), Teoh Xiu Pei (Sarjana Muda Sains Gunaan - Penternakan), Natasha Yussof (Sarjana Muda Keusahawanan – Perdagangan), Yew Ching Ryu ( Sarjana Muda Keusahawanan – Pelancongan), Nur Syakirin Zulhaimi – Doktor Perubatan Veterinar) dan Noraidah Hoo@Mohd Amir (Sarjana Muda Sains Gunaan – Teknologi Bahan).


Bagi Anugerah Prihatin Komuniti PUSPANITA diberikan kepada graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains), Nur ‘Adilatul Fitry Jamaluddin, Anugerah Keusahawanan Komersial di raih oleh Darwish Shahidy Baharuddin dan NurSyahmina Baharuddin iaitu graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).


Dalam pada itu, YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertitah, UMK sewajarnya menjadi peneraju ke arah kecemerlangan hub pendidikan di Kelantan dengan mengembalikan Kelantan sebagai pusat pendidikan terulung di dalam Negara.
Baginda bertitah, perkara ini boleh dilaksanakan melalui kepakaran yang ada pada Universiti yang mampu menjadi rujukan semua pihak berkepentingan untuk memajukan pembangunan keusahawanan, teknologi pertanian dan penternakan, industri pelancongan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.


Titah baginda, kewujudan UMK dalam tiga kampus utama mampu menjayakan agenda pembangunan negeri sekiranya ia disenergi dengan semua pihak dan dapat direalisasikan dengan sebaiknya.


“Beta amat gembira UMK turut mendapat pengkitirafan antarabangsa dengan wujudnya Pusat Sumber Digital MOOC di UMK hasil kerjasam Erasmus+ melalui projek Media Literacy Competence For Social Change By European Union.


“Selain itu, kerjasama persefahaman akademik dengan universiti luar negara se[perti Universiti Of Seoul, Korea Selatan dalam aspek pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar serta penubuhan American Corner oleh Kedutaan Amerika Syarikat di UMK,” titah baginda.


Baginda juga berbangga dengan pencapaian UMK dalam memperkasakan Program Keusahawanan Sosial yang dianjurkan pada April 2018 dimana wujdunya kerjasama strategik antara industri dalam negara dan luar negara.


“Beta percaya program Social Business ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan di mana syarikat yang diuruskan secara Social Business ini dapat berkembang dengan baik,” titah baginda.

Published in Latest News

1

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

KOTA BHARU 2 Oktober I Selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyebarluaskan kepakaran penyelidik kepada industri, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) menganjurkan Hari UMK Bersama Industri di Hotel Grand Riverview, di Kota Bharu, Kelantan.

Program sehari itu adalah anjuran Pejabat Jaringan Industri dan Kolaborasi (ILCO) dan Pejabat Perundingan, Harta Intelek & Pengkomersilan (CICO) turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), Institut Perusahaan Kecil Dan Sederhana (ISME) serta Pusat Penyelidikan Keusahawanan & Inovasi Global(GERIC).

4

Penyertaan membabitkan 71 industri merangkumi pelbagai bidang perniagaan seperti pembuatan perabut, pemprosesan makanan, percetakan, pengeluaran batik, pembuatan seni kreatif tradisional, penyediaan khidmat kreatif dan penyediaan makanan ternakan hadir pada program ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar berkata, program ini adalah insiatif UMK dalam mendapatkan kerjasama positif dengan pihak industri menerusi jalinan hubungan baik dalam mempergiatkan kepakaran dalam menanggani permasalahan yang berlaku di industri.

Beliau berkata, program ini bermatlamat mengalakkan jalinan kerjasama antara Universiti dengan Industri dalam penyelidikan, perundingan dan pengkomersialan dalam memastikan pemindahan penyelidikan kepada komuniti berjaya dilaksanakan.

“Bagi memastikan jalinan kerjasama ini dapat berlangsung, seramai 75 orang penyelidik telah menghadiri program ini dan penglibatan ini adalah dari semua fakulti untuk ketiga-tiga kampus UMK.

“Melalui program ini membuka peluang kepada industri untuk melibatkan penyelidik dalam peluang-peluang kerjasama di peringkat universiti seperti perundingan, geran padanan dan pengkomersialan,” katanya pada majlis perasmian Hari Bersama Industri.

Turut hadir, Pengarah MITI, En. Nik Mohd Fahim Muhaimin, Pengarah Jalinan Industri dan Komuniti, Dr. Mohd Hafiz Jamaludin dan Timbalan Pengarah Aktiviti KeusahawananUMKEI, Encik Wan Mohd Yusuff Wan Ibrahim.

Sementara itu, Dr. Mohd Hafiz berkata, program ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, taklimat kepakaran Universiti, taklimat geran Public Private Research Network (PPRN) dan pameran inovasi.

Katanya, pelbagai peluang jalinan kerjasama dalam dijalankan memandangkan UMK mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian, seni kreatif, keusahawanan dan perniagaan serta teknologi kejuruteraan.

“Program ini adalah platform kepada penyelidik untuk memahami kehendak industri bagi memastikan penyelidikan yang akan dihasilkan mampu dipindahkan kepada industri dan secara tidak langsung mendekatkan penyelidik dengan industry dalam profram khidmat komuniti seperti pemindahan teknologi dan lain-lain.

“Program ini juga membantu universiti dalam pengumpulan maklumat jumlah industri yang terdapat di Kelantan dan seterusnya digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti penempatan Latihan Industri kepada pelajar UMK, “ katanya.

Dalam pada itu, taklimat geran dan tatacara pengisian permohonan PPRN telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Unit Keusahawanan & Public Private Research Network (PPRN), Tuan Mohd Nizam Tuan Mustapa.

Published in Latest News

HLM 2369

JELI 2 Oktober I Dalam usaha melestarikan pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja untuk kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Politeknik Jeli, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Kelantan menganjurkan program OSH4U & OSHTVET, bertempat di Dewan Serbaguna UMK Kampus Jeli, Kelantan.

Program yang mendapat penyertaan seramai 200 pelajar tahun akhir UMK pelajar Politeknik itu telah disempurnakan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Lt. Kolonel Prof. Dr. Zaliman Sauli.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kelanta, Ir Abdul Aziz Bin Salim, Timbalan Pengarah Politeknik Jeli, En. Mohd Noor Salleh dan Ketua Unit Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekejaan UMK, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail.

HLM 2359Menurut Prof. Dr. Zaliman, penganjuran program ini adalah bertujuan sebagai langkah awal untuk menerapkan ilmu pengetahuan, kesedaran dan kemahiran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada pelajar sebelum menceburkan diri ke alam pekerjaan.

Katanya, pendedahan awal ini juga dapat membuka peluang serta nilai tambah untuk digunapakai apabila menempuh alam pekerjaan kelak.

“Mengikut peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 15, adalah menjadi tanggungjawab universiti dan lain-lain pusat pengajian (sebagai majikan) untuk memastikan pengetahuan dan kepentingan budaya kerja selamat dikongsikan kepada semua bakal pekerja,” jelas beliau.

Beliau berharap melalui program seperti ini serta penyertaan dari semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi dapat membantu para pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar

“Pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan amatlah penting dalam membina generasi pekerja yang berkualiti dan mementingkan aspek keselamatan di tempat kerja,” katanya.

Published in Latest News

What our Students say?

Latest Update: 25 April 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search