Latest News

Items filtered by date: January 2019 - Universiti Malaysia Kelantan

0I1A1387

Oleh : Noor Alizam Shafie
Foto : Al Azam Razi & Ab Halim Hafiz Ab . Aziz

KOTA BHARU 15 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan terus memperkasakan agenda keusahawanan sebagai agenda utama dan penting bagi menjadikan universiti ini lebih menonjol dan terus relevan sebagai institusi keusahawanan di tanah air.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, selain itu universiti juga perlu meningkatkan keupayaan struktur tadbir urus, mekanisme dan ekosistem yang jelas meliputi seluruh warga Universiti dengan penjenamaan UMK sebagai universiti keusahawanan negara.

0I1A1326Beliau berkata, tindakan agresif perlu diambil untuk menjadikan universiti ini mampu memberi impak kepada pembangunan ekonomi setempat.

“Selaras dengan itu, pihak universiti perlu menggandakan usaha sistem tadbir urus yang mencerminkan struktur organisasi yang menjamin saling kebergantungan dan semangat kerja sama antara satu sama lain.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan, penjanaan pendapatan atau kelestarian kewangan adalah salah satu pra-syarat Universiti Keusahawanan.

“Ini satu kewajipan yang memerlukan strategi yang mantap yang perlu dipatuhi oleh warga Universiti khususnya berkaitan isu pengurusan kewangan (value for money),” katanya kepada media di program Syarahan Perdana UMK dan Majlis Persaraan Prof. Dato’ Dr. Hj. Ibrahim Che Omar, di Hotel Perdana, pada 15 Januari 2019.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, Ahli AGE Council UMK, Tan Sri (Dr). Mohd. Nadzmi Salleh, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Zulkifli Mohd Zan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim akan bersara wajib pada 8 Februari 2019 selepas 12 tahun berkhidmat di UMK bermula pada 1 Mei 2007 sehingga 8 Februari 2019.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selama tiga tahun bermula dari 16 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2019.

Sebelum itu, beliau pernah telah dilantik sebagai Pengarah UMK Kampus Jeli pada tahun 2012 -2016 dan menyumbang kepada pembangunan fizikal dan ekonomi UMK Kampus Jeli.

Prof. Dato’ Dr. Ibrahim juga pernah dilantik Dekan Pengasas Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (2007 hingga 2012) sebelum berpecah kepada dua (2) fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Sains Bumi.

0I1A1417

Published in Latest News

UMK 7635

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto : Abdul Halim Hafiz

UMK 7768

PASIR PUTEH 13 Januari I Budaya Kerja Berkualiti, Intergriti dan Team Work adalah asas penting untuk mencapai kecemerlangan organisasi dengan memastikan matlamat visi, misi dan objektif mencapai sasaran.

Justeru, Bahagian Governan dan Kualiti Pejabat Pendaftar UMK menganjurkan Bengkel Transformasi Pengurusan Pejabat Pendaftar 2019 membabitkan tujuh bahagian dengan penglibatan seramai 90 staf telah di adakan di Tok Aman Bali Resort, Pasir Puteh, Kelantan, pada 10 Januari 2019.

Staf yang terlibat terdiri daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Govenan dan Kualiti, Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Islam UMK dan Bahagian Pentadbiran Kampus Jeli.

Menurut Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar, En. Mohd Zulfadli Mat Hussin, bengkel ini menjadi salah satu medium interaksi staf terlibat untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat bertujuan menambahbaik pengurusan dan operasi Pejabat Pendaftar;

Beliau berkata bengkel ini menjadi medium perbincangan berkaitan dengan sasaran tahun 2019 dan pencapaian keseluruhan Pejabat Pendaftar bagi tahun 2018.

“Selain itu, penetapan KPI dan SKT turut diadakan agar selaras dengan kehendak Visi serta Misi Universiti dan menjadi medium bagi perancangan inisiatif di bawah transformasi peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengurusan semua bahagian Pejabat Pendaftar,” katanya.

Tambah En. Mohd Zulfadli, bengkel ini juga diadakan sesi refleksi pencapaian 2018, pembentangan perancangan KPI 2019 dan sesi transformasi budaya kerja (team building).

UMK 8069

Published in Latest News

merokok

Oleh    : Pusat Hal Ehwal Korporat
Illutrasi : Nur Fadzli Abu Hassan

PENGKALAN CHEPA 13 Januari I Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MMPUMK) menyambut baik cadangan oleh Kementerian Kesihatan untuk meluaskan lagi kawasan larangan merokok di institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti.

Rata-rata warga Universiti Awam (UA) menyokong 100 peratus cadangan ini untuk dipertimbangkan oleh kementerian bagi melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.

Yang Dipertua MPPUMK, En. Muhammad Ikhram Ahmad Shafri berkata, perintah larangan merokok di kawasan kampus perlu dikuatkuasa serta merta seperti penguatkuasaan larangan merokok di bangunan Parlimen dan premis menjual makanan pada tahun ini

Katanya, perkara ini kerana adalah penting kerana kita mahu mewujudkan persekitaran yang sihat dan harmoni di kawasan Universiti.

“Justeru, larangan ini penting bagi melindungi pelajar di Universiti terutamanya yang tidak merokok.

“Kita tahu ramai mahukan prasarana yang sihat atau dalam kata lain tempat menuntut ilmu perlu lah dalam keadaan sihat,” katanya.

Beliau turut yakin para pelajar di UA bersetuju dan menyokong larangan ini dikuatkuasa serta merta.

“Ini kerana para perokok juga sedia maklum bahawa aktiviti ini mampu mengganggu keselesaan pelajar lain malah merokok juga mampu memberi impak yang tidak sihat kepada pelajar.

"Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan perumpaan ini tepat ditujukan kepada perokok kerana kita sedia maklum bahawa ada kalangan pelajar yang tidak tahan dengan bau asap rokok,” jelasnya.

Menurut En. Muhammad Ikram, selain suasana yang tidak menyenangkan asap rokok juga memberi memberi kesan yang buruk kepada pelajar dan mengakibatkan penyakit-penyakit melibatkan pernafasan seperti sesak nafas dan asthma.

“Oleh demikian kita tidak mahu perkara perkara seperti ini berlaku kepada pelajar dan pihak MPP bersetuju dengan larangan ini kerana kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok.

“Kami berharap mengharapkan agar aktiviti yang kurang sihat ini dapat dijauhkan dari suasana sihat di Universiti sama ada dari kalangan pelajar yang merokok dan pihak pihak yang terlibat dengan Universiti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar berkata agenda Kemnterian Kesihatan adalah langkah tepat bagi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih yang kondusif.

"UMK sudah lama mengeluarkan arahan larangan merokok dalam kawasan pengajian dan tiada aktiviti merokok secara terbuka dikenal pasti setakat ini," katanya.

Katanya UMK juga mengambil pendekatan mengenakan tindakan tatatertib selain memberi amaran keras kepada pelajar gagal mematuhi larangan berkenaan.

Published in Latest News

ABH 2873

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Abdul Halim Hafiz

BACHOK 8 Januari I Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) mengambil insiatif menyediakan kemudahan pengangkutan kepada dua pelajar Kelainan Upaya (OKU) bagi menghadiri peperiksaan Akhir Semester September 2018/2019.

Kemudahan itu disediakan kepada dua pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif dan Teknologi (FTKW) iaitu Siti Nurfarah Hanim Azman dan Nur Aida Razani untuk berulang-alik dari Kolej Kediaman IBS UMK Bachok ke dewan peperiksaan .

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, kemudahan pengangkutan ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh Universiti bagi memberi kemudahan kepada pelajar OKU.

ABH 2892 1Katanya, kemudahan ini untuk memudahkan pergerakan pelajar kurang upaya menghadiri peperiksaan berdasarkan jadual peperiksaan yang ditetapkan.

“Pelajar daripada golongan OKU ini sentiasa diberi keutamaaan khususnya berkaitan hal ehwal pelajar dan kebajikan untuk memberi keselesaan kepada golongan istimewa ini, “ katanya.

Dalam pada itu, HEPA sedang menimbang untuk menaiktaraf kemudahan atau Mesra OKU dengan bercadang mewujudkan lif khas untuk kegunaan pelajar OKU di setiap bangunan makmal, bilik kuliah dan pejabat pentadbiran.

Selain itu, kemudahan prasarana itu turut membabitkan laluan berbumbung (Metal Deck Covered Walkway) dari asrama ke bangunan kuliah, makmal, pejabat untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang berkerusi roda.

“Kemudahan itu juga membabitkan tambahan cecondong (concrete ramp) untuk pengguna berkerusi roda disetiap bangunan, handrail bagi setiap laluan cecondong (mild steel hollow handrail).

“Kerjasama dengan pihak Pejabat Pembangunan Universiti UMK dan fakulti di setiap kampus adalah penting bagi menjayakan hasrat dan usaha ini untuk memberi kemudahan terbaik kepada OKU,” katanya.

Sementara itu, Siti Nurfarah Hanim anak kelahiran Besut, Terengganu, merakamkan ucapan terima kasih kepada pejabat HEPA di atas inisiatif menyediakan kenderaan khas untuk kami berdua.

Katanya, melalui kemudahan ini membuktikan pihak universiti mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan berharap pejabat HEPA dapat meningkatkan lagi infrastruktur kepada golongan OKU bagi memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar sepertinya untuk meneruskan pengajian dengan lebih selesa.

“Dengan adanya kemudahan prasarana untuk OKU, pelajar daripada golongan ini dapat belajar dengan lebih baik dan tiada gangguan.

“Universiti mesra OKU adalah penting kerana kemudahan atau prasarana ini adalah untuk kegunaan pelajar di masa hadapan supaya mereka dapat menuntut ilmu dengan selesa,” jelasnya.

Beliau menambah, pada awalnya saya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampus tambahan pula perlu naik dan turun lif untuk menghadiri kuliah.

“Biar pun serba kekurangan, saya perlu berdikari kerana saya tekad untuk belajar meskipun dilahirkan sebagai OKU dan ini bukan pengakhiran bagi saya untuk mengharungi cabaran walau berdepan pelbagai kesukaran.

“Saya mahu buktikan bahawa golongan OKU boleh berjaya dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang normal jadi apa pun rintangan dan halangan saya mesti kuat tambahan pula terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

Manakala rakannya, Nur Aida, pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, turut bersyukur kerana pihak HEPA UMK begitu menyokong dan prihatin terhadap nasib golongan OKU.

Beliau yang merupakan anak jati Kelantan sangat-sangat bersyukur dapat sambung belajar di UMK kerana memperoleh peluang belajar di kampung sendiri dan akan memanfaatkan peluang yang ada untuk belajar dengan sebaik mungkin.

“Saya menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berharap universiti dapat memberi kemudahan kepada golongan OKU dengan meningkatkan prasarana dan infra yang lebih baik.

“Universiti Mesra OKU adalah sangat penting kerana ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat luar terutamanya golongan istimewa ini untuk menuntut ilmu dengan selesa,” katanya.

ABH 2903 1

Published in Latest News

49645529 2104155452972478 6533609709302185984 n

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Azam Razi

PENGKALAN CHEPA 7 Januari I Prof Dr Noor Azizi Ismail, 50, memulakan tugas secara rasmi sebagai Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pejabat Canseleri, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 7 Januari 2018.

Beliau yang merupakan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, tiba tepat pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh Mantan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan pengurusan tertinggi universiti.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar.

Hadir sama, Bendahari UMK, Puan Junaidah Badar dan Ketua Pustakawan, En. Azman Hashim.

50291356 2104152309639459 4655041282329018368 nTerdahulu, Prof. Dr. Noor Azizi merekodkan kehadiran, di blok bangunan Pusat Komputeran Dan Informatik, sebelum diiringi ke pejabatnya di tingkat satu bangunan Pejabat Canseleri untuk menghadiri majlis menerima nota serah tugas daripada Prof. Dato’ Dr. Husaini.

Majlis ringkas penyerahan nota serah tugas di adakan di Bilik Mesyuarat Esekutif.

Prof Dr Noor Azizi dilantik sebagai Naib Canselor UMK berkuatkuasa pada 7 Januari 2019 selamat tiga tahun sehingga 2022.

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1969 merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Sistem Maklumat Perakaunan dari University of Memphis, Amerika Syarikat.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Perakaunan dan Sistem Maklumat pada 2004 dari Loughborough University, United Kingdom.

Pelantikan sebagai Naib Canselor UMK adalah berdasarkan kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian ketika memegang jawatan pentadbiran utama di pelbagai peringkat.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Prof. Dr. Noor Azizi memulakan kerjaya sebagai pensyarah jurusan sistem maklumat perakaunan di UUM dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Kolej Perniagaan UUM dan Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business UUM.

Pernah mendapat pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa antaranya, Lecturer Excellence Award daripada SAS Institute pada 2008, anugerah Kepimpinan Inovatif pada 2011, Anugerah Kepimpinan Pendidikan pada 2013 daripada CMO Asia’s Best B-School dan terbaharu pada 2018 menerima Movers & Shakers Award daripada Asia HRD Awards.

Justeru, kementerian berharap supaya pelantikan itu akan menyumbang kepada kesinambungan pencapaian dan kecemerlangan UMK dalam mencapai visi dan misi sebagai universiti yang berfokuskan keusahawanan.

Dalam pada itu, kementerian juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Husaini atas khidmat bakti, kepemimpinan serta kepakaran sepanjang memegang jawatan sebagai Naib Canselor UMK.

49707205 2104156766305680 4419331097712656384 n

Published in Latest News
Monday, 07 January 2019 17:17

JENAZAH AMIRAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

49560054 2403613669865776 1645293626252591104 n

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Abdul Halim Hafiz

KOTA BHARU 7 Januari I Jenazah graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Allahyarhamah Amirah Mohd Zahari, 25, selamat disemadikan pada pukul 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Belukar Cherang, Kampung Pasir Badak, Ketereh, sebaik sahaja selesai solat jenazah di kediaman keluarganya pagi tadi.

UMK 6753

Allahyarhamah Amirah yang menghidap penyakit gangguan saraf meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pasir Badak, Ketereh selepas hampir sebulan keluar dari Wad 3 Utara, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, pada 13 Disember lalu.

Kira-kira hampir 100 ahli keluarga dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allayarhamah Amirah.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar turut menziarahi keluarga Amirah.

Noriah Mamat, 55, ibu Allahyarhamah Amirah berterima kasih kepada semua pihak termasuk UMK yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah sehingga selesai.

Katanya, pihak kami sekeluarga tidak dapat membalas jasa baik semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah yang telah kembali ke rahmatullah sebaik kesihatannya semakin lemah pada petang kelmarin.

Noriah berkata, sejak dibenarkan keluar hospital pada bulan lalu kesihatan Allahyarhamah Amirah agak beransur baik dan berselera untuk menjamah makanan.

Katanya, namun sejak empat hari kebelakangan ini Allahyarhamah kurang berselera untuk makan.

“Keadaan Allahyarhamah semakin serius serta kritikal kira-kira jam empat petang sehinggalah kira-kira jam 6.20 petang Allahyarhamah dengan mudah meninggalkan kami sekeluarga.UMK 6779

Noriah berkata, mengulas mengenai Istiadat Konvokesyen Mini UMK pada 13 Disember lalu Allahyarahamah Amirah melahirkan rasa gembira dan majlis itu amat bermakna dan menggembirakannya.

“Allahyarhamah ada menyuarakan rasa gembira dengan majlis itu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK (Seksyen Kaunseling, Kerjaya & Alumni HEPA), Encik Mohd Hafiz Rosli berkata Allahyarhamah Amirah merupakan salah seorang graduan UMK yang cemerlang serta aktif menyertai pelbagai aktiviti anjuran Universiti semasa di UMK.

Katanya, pemergian beliau satu kehilangan buat Universiti dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat," katanya.

UMK 6787

Published in Latest News
1
 
Oleh: Pusat Hal Ehwal Koprorat
Foto: Al Azam Razi
TUMPAT 6 Januari I UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Pejabat Jaringan Industri Dan Komuniti (ILCO), Pejabat Timbalan Naib Canselori Penyelidikan dan Inovasi dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) serta Pejabat Jajahan Tumpat melancarkan Program Pemerkasaan Keusahawan Komuniti peringkat jajahan Tumpat yang bermatlamat untuk menghasilkan indikator dan instrumen kemiskinan baharu yang lebih komprehensif.
2Program ini akan memberi tumpuan kepada penubuhan Makmal Jaringan Sosial (SNL)  untuk kajian “Pemetaan Kemiskinan di Kelantan ini yang bertindak menguruskan kemiskinan secara berfokus, melaksanakan pemetaan potensi dan menghubungkan potensi dengan kepakaran warga UMK sebelum melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu kepada peserta.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, pelaksanaan makmal SNL Tumpat, Kelantan adalah untuk melaksanakan program berimpak lestari dalam bentuk pemindahan ilmu berasaskan prinsip pemerkasaan psikologi (tranformasi minda), pemerkasaan ekonomi (mikro kredit) dan pemerkasaan modal insan tani (program bimbingan pertanian berfokus).
Katanya, kerjasama projek makmal SNL ini membabitkan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan UMK.
“Ini juga melibatkan tiga fasa iaitu pemetaan potensi komuniti, majlis perasmian Makmal Jaringan Sosial dan program pemerkasaan serta pemindahan ilmu untuk meneroka elemen keadilan sosial berkaitan pengurusan kemiskinan.
“Untuk makluman, INSPEK telah berjaya mewujudkan empat buah SNL, iaitu SNL Sungai Rual, Jeli (Orang Asli), SNL Tok Bali Pasir Puteh (Nelayan), SNL Desa Alam Shah (projek pemerkasaan Asnaf Majlis Agama Islam Kelantan dan Lembaga Zakat Selangor)  dan SNL Pohon Nenasi, Bachok (Projek DiRaja),” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Keusahawanan Peningkatan Sosio-Ekonomi Melalui Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025 (KMK) dan Makmal Jaringan Sosial (SNL) Peringkat Jajahan Tumpat 2019, di Dewan Bunga Teratai, Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan, pada 5 Januari 2019.
Perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, YB Tn. Haji Adanan Hassan.
Turut hadir, Ketua Jajahan Tumpat, En. Rosnazli Hj. Amin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Hj. Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah INSPEK, Prof. Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail dan Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, En. Mohd Akhmal Abu Bakar.
3Pada majlis itu, YB Hj. Adanan turut menyampaikan Penyampaian Bantuan Keusahawanan Tadahan Rahmat kepada usahawan dan penyampaian sijil penerima bantuan pertanian program pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian dan aktiviti hiliran tahun 2018.
Sementara itu, Prof. Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal berkata, makmal SNL adalah memanifestasikan pendekatan InsPeK yang menekankan “impak komuniti” dari setiap penyelidikan yang dilakukan khususnya melalui program pemindahan ilmu. 
Katanya, produk Keusahawanan di SNL Geting Tumpat yang dilancarkan untuk peringkat UMK di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan yang mana sebelum ini SNL hanyalah dilancarkan di empat (4) lokasi lain di bawah seliaan InsPeK. 
“Pelancaran SNL kali ini dilaksanakan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK yang melibatkan pusat kecemerlangan penyelidikan (Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dan Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre(GERIC)), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UMK dan Pejabat Jaringan Industri dan Kolaborasi. 
“Sungguhpun dilancarkan di peringkat UMK, konsep melaksanakan SNL adalah masih sama yang mana melibatkan dua (2) tahap, iaitu Pemetaan potensi komuniti dan Program Pemerkasaan dan Pemindahan Ilmu.
“Uniknya pemetaan potensi komuniti ini ialah penumpuan khusus kepada keusahawanan yang dilaksanakan oleh golongan B40 di SNL Geting, Tumpat, “ katanya.
Prof. Madya Dr. Wan Amir Za berkata produk keusahawanan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan sumber laut dan budaya setempat. 
“Ini termasuklah produk unik di kampung Geting, Tumpat seperti Ikan Bekok. 
“Penilaian awal InsPeK mendapati usahawan B40 di SNL Geting Tumpat mempunyai potensi yang besar dari aspek penghasilan produk yang diperlukan dalam pasaran. 
“Namun kekangan yang ketara ialah mereka berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan produk yang diyakini dari aspek makluman kandungan nutrisi, pembungkusan yang menarik serta sesuai dengan kehendak pembeli dan keupayaan untuk menembusi pasaran,” jelasnya.
Tambahnya, sebagai contohnya, produk ikan bekok merupakan makanan tradisional yang masyhur di Tumpat dan mempunyai permintaan yang tinggi. 
“Namun, produk ini hanya tertumpu di sekitar Tumpat sahaja dan pendekatan pemasarannya juga masih menggunakan pendekatan konvensional. 
“Keadaan ini berlaku disebabkan oleh keterhadan pengetahuan pemasaran, pembungkusan yang kurang sesuai dan imej produk tersebut belum dicipta untuk pasaran yang lebih besar,” katanya.
 
4
Published in Latest News

49947849 2101421419912548 5642881157658836992 o

PENGKALAN CHEPA 6 Januari I MANTAN Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, PROFESOR DR. NOOR AZIZI ISMAIL dilantik sebagai NAIB CANSELOR Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang BAHARU menggantikan Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar. 

Pelantikan  Profesor Dr. Noor Azizi Ismail sebagai Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selama tiga tahun berkuatkuasa mulai 7 Januari 2019 sehingga 6 Januari 2022.

Prof. Dr. Noor Azizi merupakan profesor dalam bidang Perakaunan dan Sistem Maklumat. Beliau memulakan khidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1995 sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi pada Julai 2017. 

Ketika di UUM beliau telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran. Antara jawatan utama yang pernah disandang beliau ialah Dekan Penyelidikan dan Pascasiswazah (2 tahun), Dekan Sekolah Perniagaan Siswazah (5 tahun) sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Beliau terlibat secara langsung dalam proses memperolehi akreditasi antarabangsa untuk UUM seperti ABEST21 (Jepun), AMBA (UK) dan AACSB (US) semasa menjadi Dekan Sekolah Perniagaan Siswazah.

Prof. Dr. Noor Azizi juga cemerlang  dalam penyelidikan, penerbitan dan perundingan serta mempunyai jaringan luas dengan industri. Sepanjang  berkhidmat di UUM beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali serta anugerah industri oleh SAS bagi kategori Lecturer Excellence Award.

Manakala di peringkat antarabangsa beliau pernah menerima anugerah Innovation Leadership Award (2011) dan Education Leadership Award (2013) oleh CMO Asia’s Best Business School Award. Terbaru beliau dianugerahkan Movers & Shakers Award (2018) oleh Asia HRD Awards.

Beliau pernah mengikuti kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Harvard Business School, Kellogg School of Management dan Australian Institute of Management. 

Pelantikan beliau adalah menerusi surat dari Menteri Pendidikan, YB. Dr. Maszlee Malik selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (6) Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan.

Sempena pelantikan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato' (Dr.) Hussamuddin Hj Yaacub, merakamkan ucapan tahniah dan syabas diatas pelantikan Prof. Dr. Noor Azizi sebagai Naib Canselor baharu UMK.

Beliau percaya dengan pengalaman ketika berkhidmat di Jabatan Pendidikan Tinggi yang menjadi tempat rujukan kepada semua Universiti di Malaysia akan membawa inspirasi dan perspektif baharu kepada UMK khususnya dalam pembangunan akademik, pembangunan insaniah, kebolehpasaran graduan selari dengan agenda Universiti berteraskan Keusahawanan

“Selain itu, bidang tugas serta pengalaman luas dalam pentadbiran universiti sebelum ini dan kelayakan cemerlang juga dapat mempertingkatkan lagi imej dan prestasi UMK,” katanya.

Sementara itu, Dato' (Dr.) Hussamuddin, turut mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas kepimpinan dan sumbangan oleh Prof. Dato’ Dr. Husaini, selaku mantan Naib Canselor UMK diatas khidmat bakti kepada pembangunan akademik khususnya dalam memperkasakan agenda keusahawanan menerusi penubuhan Pusat Keusahawanan Sosial di UMK.

Justeru itu, pihak pengurusan tertinggi universiti dan warga UMK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan sumbangan Prof. Dato’ Dr. Husaini.

Prof. Dato’ Dr. Husaini mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Prof Dr. Noor Azizi sebagai Naib Canselor UMK yang baharu.

Beliau menyeru semua warga UMK memberi sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada Naib Canselor yang baharu untuk kecemerlangan UMK bagi kesejahteraan dan kegemilangan seluruh warga UMK.

Published in Latest News

What our Students say?

Latest Update: 15 Jan 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search