Latest News

Items filtered by date: July 2019 - Universiti Malaysia Kelantan

Foto I Aiman Syazwan

KOTA BHARU 29 Julai I Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2, Kota Bharu, Kelantan bersama dalam Pelancaran Program Keusahawanan Kanak-Kanak: Pembelajaran dan Penyelidikan Berasaskan Inkuiri sempena Majlis Penutup “I love English with UMK,” Prof@School, Universiti Malaysia Kelantan.  Majlis Penutup program ini telah dirasmikan oleh Y. Brs. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Kelantan. 

Program  “I love English with UMK”  telah disempurnakan dengan jayanya bermula dari 17 April; 19 Jun; 17 Julai; dan 29 Julai 2019. Tumpuan utama adalah dalam Aktiviti pengukuhan pemahaman dan penulisan mata pelajaran Bahasa Inggeris kepada 65 murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada bulan September, 2019 ini. 

Program ini dilihat telah memberi pelbagai dorongan, minat dan motivasi murid-murid untuk memperbaiki tahap pembelajaran dan pemahaman Bahasa Inggeris demi kecemerlangan akademik masing-masing.

Pihak Universiti juga mengucapkan tahniah, kepada para guru-guru dan ibu bapa terutamanya pihak Guru Besar SK Kedai Buloh 2 telah yang memberi sokongan moral kepada anak-anak dalam menjayakan program ini. Seorang profesor, dua orang pensyarah dan 7 graduan Universiti Malaysia Kelantan turut menjayakan program ini.

Published in Latest News

5

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat II Foto I Al Azam Razi

BACHOK 27 Julai I Inovasi menjadi pemacu kepada pembangunan satu-satu organisasi. Menyedari pentingnya inovasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan kursus pendek bertajuk Innovation in Times of Uncertainty.

Kursus yang diadakan di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, disampaikan oleh Ketua Pegawai Strategi dan Inovasi Sime Darby Plantation Berhad (SDPB), Dr. Shariman Alwani. Seramai 80 orang staf daripada Gred 41 ke atas daripada kumpulan pentadbir akademik dan bukan akademik telah hadir pada program tersebut.

Beliau telah berkongsi pengalaman dan strategi inovasi yang dilaksanakan oleh SDPB. Kursus ini mendapat perhatian para peserta apabila banyak soalan dikemukakan kepada penceramah di sesi soal jawab.

Menurut Dr. Shariman, perkembangan dunia organisasi memerlukan sumbangan idea-idea baharu bagi menghadapi cabaran sedia ada dan bakal mendatang. Kami di SDPB sentiasa terbuka untuk menerima idea-idea baharu khususnya daripada generasi muda kami.

“Amat menakjubkan idea yang dikemukakan amat luarbiasa,” katanya.

1

Published in Latest News
IMG 8970
 
KOTA BHARU 27 Julai  I Universiti Malaysia Kelantan ( UMK) muncul juara keseluruhan  dalam Kejohanan Tenpin Boling PKS -  Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan  Kelantan 2019, di KB Land, Kompleks Sri Mutiara, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. 
 
Trio campuran  tenpin boling UMK   (2 lelaki 1 wanita) dibarisi oleh En. Mohd Hafriez Aiman Ibrahim, En Mohd Nazree Abu Bakar dan Pn Siti Suhaila Mohd Nawi.
 
Sementara itu, UMK turut membawa pulang piala juara individu keseluruhan yang dimenangi oleh En Mohd Hafriez Aiman.
 
Kejohanan ini disertai oleh 72 pemain yang mewakili 24 industri/organisasi di seluruh Negeri Kelantan. 
 
Dengan kemenangan itu membolehkan UMK  membawa pulang piala juara kumpulan, hadiah berupa barangan eletrik dan sijil penyertaan.
Published in Latest News

0I1A7435SHAH ALAM 24 Julai I Gandingan mantap Izwan Yaakub dan Firdaus Amzar membolehkan skuad Futsal Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mara ke separuh akhir dengan menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 3-0 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Anak buah kendalian Ketua Jurulatih, Anizan Daud dan dibantu oleh Noriman Jaafar itu mempamerkan aksi cemerlang pada separuh pertama pusingan suku akhir menerusi tiga gol yang masing-masing dijaringkan oleh Izwan Yaacub seawal minit kedua dan keempat.

Manakala gol ketiga pada minit ke-8 oleh Firdaus Amzar.

0I1A7444Pengurus Pasukan Futsal UMK, En. Mohd Khir Amin Zakarya, menyifatkan pasukan UMK berjaya menguasai permainan pada separuh masa sehingga mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan dengan serangan bertali-arus.

Pada separuh masa kedua MPS bertindak balas menyerang benteng UMK namun penjaga gol,Ezihan Syafihi bertindak cemerlang bertahan serangan balas lawan daripada dibolosi.

Sementara itu, Khir Amin berharap anak buahnya dapat beraksi lebih baik bila berdepan dengan pasukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada perlawanan separuh akhir esok (Khamis) pada jam 8.00 pagi.

0I1A7481

Published in Latest News

0I1A7052SHAH ALAM 23 Julai I Perasmian Karnival Sukan Badan Berkanun (2019) kali ke 11 berlangsung dengan meriah malam tadi dengan penyertaan seramai 5,000 atlet membabitkan 63 agensi kerajaan di seluruh Malaysia.

Simbolik perasmian SUKANUN 2019 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari dengan nyalaan obor bagi kemuncak kejohanan sukan yang bermula pada 19 hingga 26 Julai 2019.

Majlis tersebut telah diadakan di Stadium UITM, Shah Alam, Selangor.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed merangkap Timbalan Yang Dipertua PBBM, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Haris Kasim dan Naib Canselor UITM, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraii Kassim

Pada edisi kali ini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi tuan rumah.

0I1A6893Acara dipertandingkan adalah bola sepak sembilan sepasukan (terbuka), bola sepak 9 sepasukan (veteran), bola jaring, badminton berpasukan, tenis berpasukan, golf berpasukan, catur berpasukan, bola tampar lelaki dan wanita, tenpin boling berpasukan lelaki dan wanita, futsal lelaki dan wanita, sepak takraw antara regu, boling padang lelaki dan wanita, dart berpasukan, ping-pong berpasukan, karom berpasukan, petanque terbuka, hoki sembilan sepasukan, tarik tali dan olahraga.

Kontingen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kekuatan atlet seramai 122 orang menyasarkan satu pingat emas, perak dan gangsa menerusi tujuh acara sukan yang dipertandingkan di Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2019.

Acara sukan boling padang, petanque dan bola sepak padang (veteran) menjadi harapan utama menyumbang pingat tetapi dalam masa sama empat acara sukan lain berpeluang mencipta kejayaan untuk menyumbang pingat.

0I1A6901

Published in Latest News
Tuesday, 23 July 2019 01:07

PING PONG UMK JUARA KUMPULAN

0I1A6412SHAH ALAM 22 Julai - Walaupun julung kali Pasukan Ping Pong UMK menyertai acara Ping Pong Berpasukan Karnival Sukan Badan Berkanun ( SUKANUN), dengan semangat UMK Boleh, pasukan ping pong mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga mampu menjuarai kumpulan selepas menumpaskan  semua pasukan yang berada dalam kumpulan B iaitu BSN dan Tourism.

Menurut Pengurus Pasukan, En Amirul Firdaus Zilah, sememangnya keputusan yang dicapai pada hari ini merupakan sesuatu keputusan di luar jangkaan memandangkan ini kali pertama Ping Pong UMK menyertai SUKANUN dan berada dalam kumpulan yang sama dengan Naib Juara Ping Pong Berpasukan SUKANUN edisi lepas iaitu BSN dan pasukan kuat seperti Tourism.

Bagaimanapun, kata beliau lagi, dengan kesungguhan dan kerja keras dalam latihan, kemenangan dalam dua perlawanan pertama ini dapat dicapai seterusnya menduduki tangga teratas dalam kumpulan B.

0I1A6435Pada perlawanan pertama yang diadakan di sebelah pagi, Ping Pong UMK berjaya membenam pasukan pilihan BSN dengan keputusan kemenangan 3 berbalas 2. Manakala di sebelah petangnya, momentum kemenangan dapat terus dikekalkan dengan kemenangan juga 3 berbalas 2 ketika menentang Tourism.

Menurutnya lagi, siri kemenangan dan pencapaian menjadi juara kumpulan ini akan menjadi tonik terbaik pasukan menjelang pusingan kedua yang akan bermula pada petang 23 Julai 2019 yang mana pesaing seterusnya akan ditentukan menerusi undian.

Pasukan Ping Pong UMK berharap kemenangan akan dapat terus dicapai seterusnya layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir kejohanan ini yang pertama kali disertai pada tahun ini.

Published in Latest News

Pada 18 Julai 2019 (Khamis), satu mesyuarat kolaborasi di antara National Institute Occupational Safety & Health (NIOSH) Wilayah Pantai Timur dan Universiti Malaysia Kelantan ( UMK)melalui CMeOSH telah diadakan bagi membincangkan kerjasama dan kolaborasi serta berkongsi maklumat dan idea berkaitan latihan dan kursus dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), disamping meningkatkan kerjasama antara NIOSH dan UMK. 

WhatsApp Image 2019 07 21 at 10.03.50 AMDelegasi NIOSH diketuai oleh En. Hisyamuddin Bin Mohamad, Pengurus NIOSH Wilayah Pantai Timur bersama dengan dua iringan staf NIOSH iaitu En. Md. Alfie Syahreen Bin Haris dan En. Muhamad Hafizan Bin Ghazali. NIOSH adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang ditubuhkan pada tahun 1992. Objektif penubuhan NIOSH adalah berdasarkan kepada empat teras utama iaitu latihan, penyebaran maklumat, penyelidikan dan pembangunan, serta khidmat rundingan berhubung dengan perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. 

Semoga kerjasama yang terjalin dapat memastikan sebarang cabaran dan masalah dalam menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dapat ditangani dikalangan warga UMK khasnya. Selain itu, dengan harapan kolaborasi ini dapat memberikan impak kepada komuniti dan masyarakat setempat di wilayah pantai timur khususnya dalam memastikan budaya KKP dapat diterapkan dengan lebih meluas. 

Sehubungan itu, pihak CMeOSH menyeru kepada semua warga UMK untuk bersama-sama dalam menyokong hasrat UMK dalam memastikan budaya KKP ini dapat ditingkatkan. Semoga dengan semangat ini, dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia khususnya. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.

Published in Latest News

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat | Foto : Al Azam Razi

0I1A6469SHAH ALAM 22 Julai I Skuad bimbingan Mohd Zulhusmie Mohd Nasir layak pusingan kedua acara bola sepak veteran Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) hari ini selepas mencatat dua kemenangan dan tewas satu kali.

Walaupun terpaksa bekerja keras pada pusingan pertama skuad bola sepak veteran berjaya memastikan kemenangan berpihak kepada UMK untuk layak ke peringkat seterusnya.

Mohd Zulhusmie merakamkan terima kasih kepada pemain dan pengurusan dengan semangat kesukanan yang dipamerkan pada ketiga-tiga perlawanan.

0I1A6588Katanya, perlawanan pertama UMK berjaya mengutip tiga mata pertama dengan mengejutkan pasukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan jaringan 2 - 1.

Skuad UMK yang diketuai Aziz Pa'adek cemerlang mengemudi barisan pertahanan dari mudah dibolosi pihak lawan.

Sementara itu, jaringan pertama oleh Zulkifli Abd Ghani dihasilkan menerusi aksi cemerlang dengan tandukan yang bergaya hasil dari hantaran pemain tengah, Ruzaha.

0I1A6579Pada perlawanan kedua, UMK berjaya menewaskan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jaringan 4-0.

Manakala pada perlawanan penentuan juara kumpulan UMK tewas kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dengan jaringan 3 - 0.

Mohd Zulhusmie akan memastikan anak buahnya kekal cergas dan fokus untuk perlawanan pada pusingan kedua.

Katanya, kekal dengan semangat juang yang tinggi dan tidak sesekali memandang rendah kebolehan pasukan lawan.

Published in Latest News
Monday, 22 July 2019 08:24

UMK BURU PINGAT DI MASUM 2019

4 1

PENGKALAN CHEPA. 22 Julai I Masa bermain kita bermain masa belajar tetap kita belajar. Kita mahu para pelajar kita cemerlang dalam pelbagai cabang bidang.

Anda semua adalah stakeholder dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa komited dan universiti sentiasa akan menyokong para pelajarnya contohnya pada hari ini, saya mewakili UMK membawa hasrat agar anda semua pulang dengan kecemerlangan," demikian pesanan yang dititipkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Beliau berkata demikian di majlis Penyerahan Bendera Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2019 anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan UMK.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, En. Shaipuddin Muhammad dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Pn. Jamilah Binti Taib,

MASUM 2019 berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula 23 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019.

Kekuatan kontigen UMK seramai 115 atlet dan urusetia. Acara yang disertai pula ialah bola baling, taekwando, olahraga, pencak silat, catur, boling padang, petanque dan bola tampar.

"Mana tahu mana bakat anda akan bawa pergi ke arena antarabangsa. UMK sentiasa mendoakan kejayaan anda semua," katanya lagi mengakhiri ucapan semangat.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Published in Latest News
Sunday, 21 July 2019 09:45

AYUH TEAM UMK SELAMAT BERJUANG

WhatsApp Image 2019 07 19 at 11.12.00 AM
 
Bachok 20 Julai I Kontinjen pasukan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan pencapaian lebih baik pada penyertaan Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2019 dengan membawa pulang pingat emas pada kejohanan sukan dwi tahunan itu.
 
Ketua Kontinjen UMK, En. Mohd Akhmal Abu Bakar, berharap atlet yang mengambil bahagian pada sukan kali ini mampu membawa pulang pingat emas kepada universiti.
 
Beliau berkata, kita meletakkan harapan kepada atlet agar dapat berjuang sebaik mungkin.
 
“Kita mahu para atlet fokus kepada pertandingan  dan kosongkan fikiran serta melupakan sementara tugasan di pejabat supaya  bermain dengan tenang menghadapi perlawanan di Sukanun 2019, “ katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UMK ke SUKANUN 2019, di Laman Monsun, UMK Bachok, pada 19 Julai 2019.
 
Turut hadir, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Encik Shaipuddin Muhammad dan Timbalan Pendaftar, En. Mohd Adzwan Kamaruzaman.
 
Menurut En. Mohd Akhmal, penyertaan ini membuka lebih ruang kepada pembangunan sukan di UMK dan menjadi pasukan yang dikenali dengan taraf lebih cemerlang di arena sukan SUKANUN dan Universiti Awam.
 
Sementara itu, En. Shaipuddin berkata, kontinjen UMK akan diwakili 122 atlet dan pegawai untuk mewakili acara sukan pada kejohanan tersebut.
 
Katanya, acara sukan tersebut adalah bolasepak (veteran), futsal, petanque, ping pong, boling padang, badminton dan tenpin bowling.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Published in Latest News
Page 1 of 3

What our Students say?

Latest Update: 14 October 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search