Latest News

Items filtered by date: August 2019 - Universiti Malaysia Kelantan

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.06.06 AM

BACHOK 29 Ogos 2019 I Warga akademik dan pentadbiran Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (FTKW, UMK) mempunyai cara tersendiri dalam meraikan semangat Hari Kebangsaan dengan menganjurkan Hari Warisan dengan memakai busana Melayu dan berbaju Melayu lengkap.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan peluang kepada ahli akademik dan pentadbiran FTKW UMK ini menyelami secara mendalam roh pemakaian Busana Melayu yang penuh dengan falsafah keilmuan dalam konteks etika pemakaian yang sebenar.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.06.06 AM 1Menerusi program ini semua staff akademik dan pentadbiran diwajibkan memakai busana warisan samaada ketika menghadiri mesyuarat dan menjalankan tugas rasmi seharian. Pada akhir program satu sesi fotografi pemakaian busana warisan telah diadakan.

Sambutan di kalangan ahli akademik dan pentadbiran sangat memberansangkan dan semua yang terlibat menyatakan program ini dapat membina jati diri masing - masing dalam usaha memelihara, memulihara dan memartabatkan warisan budaya bangsa. Program ini juga merupakan program yang julung kalinya dianjurkan sejak penunnuhan FTKW di UMK.

Menurut Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK, Prof Madya Ahamad Tarmizi Bin Azizan, beliau sempat mempengerusikan dua mesyuarat utama di Fakulti iaitu Mesyuarat Fakulti dan Mesyuarat ICCTH 2019 dengan mengenakan busana Melayu. Pada awalnya semua yang terlibat agak kekok kerana jarang memgenakan pakaian warisan dan hanya memakai dalam majlis khusus, seperti Majlis Perkahwinan dan Adat Istiadat.

Namun menerusi program ini usaha pihak Fakulti untuk memartabatkan warisan budaya dapat dizahirkan dan ianya selaras dengan slogan FTKW iaitu PEMERKASAAN WARISAN MENERUSI TEKNOLOGI KREATIF DAN KEUSAHAWANAN.

Program ini juga merupakan satu aktiviti dan agenda untuk mempromosikan konsep Walk The Talk bagi memelihara dan memulihara Warisan Budaya menerusi pemakaian Busana Warisan dalam memperkukuhkan Slogan FTKW UMK dan sambutan kemerdekaan Malaysia ke 62 peringkat fakulti.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.06.07 AM

Published in Latest News

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.40 AM

PENGKALAN CHEPA 29 Ogos I Penganjuran Kongres SosioEkonomi oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Yayasan Bina Lestari merupakan satu permulaan kepada kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memperkasakan ekonomi Negeri Kelantan.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, UMK sememangnya mampu untuk menjadi platform kolaborasi dalam bersama membangunkan sosioekonomi negeri Kelantan.

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.39 AMKatanya, ini termasuklah menyediakan tempat yang kondusif untuk kita bekerja bersama serta menjadi pakar rujuk dalam pembangunan sosioekonomi negeri Kelantan.

“UMK mempunyai kepakaran dan kerangka khusus yang boleh dimanfaatkan semua. Antara kepakaran tersebut meliputi pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pelancongan, perhutanan, sosioekonomi, pembangunan insaniah, bio-kejuruteraan, pertanian dan ekonomi digital.

“Contohnya dalam konteks untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan, UMK mempunyai sistem sedia ada yang terbukti berkesan. Begitu juga dalam usaha menguruskan kemiskinan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Kongres SosioEkonomi 2019, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Sementara itu, 75 resolusi penting bagi pembentukan pembangunan sosioekonomi dicapai hasil daripada perbincangan Meja Bulat sempena Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 bertemakan Inklusiviti Memperkasakan Kelantan.

Resolusi tersebut adalah hasil perbincangan meja bulat daripada 83 ahli termasuk pensyarah dari pelbagai universiti, wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri: pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.

Daripada kesemua resolusi itu, tujuh bidang fokus utama diberi tumpuan iaitu Pertanian Dan Makanan, Perkhidmatan Dan Pelancongan, Perhutanan Dan Perlombongan, Pembuatan, Industri Kecil Dan Sederhana, Guna Tenaga Dan Tadbir Urus Serta Pendidikan.

Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail telah menyerahkan dokumen resolusi kongres yang dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr Arham Abdullah, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal yang mewakili kerajaan negeri.

Antara kandungan resolusi itu meliputi cadangan dalam sektor perhutanan dan perlombongan adalah pembangunan ladang buluh untuk pekebun kecil serta mewujudkan makmal analisis mineral di UMK manakala bagi sektor guna tenaga dan tadbir urus pula adalah pemerkasaan intitusi zakat melalui penubuhan Lembaga Zakat Kelantan dan Perbadanan Wakaf Kelantan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Foto I Al Azam Razi

WhatsApp Image 2019 08 30 at 10.04.37 AM

Published in Latest News

WhatsApp Image 2019 08 29 at 11.36.31 AM

 

UMK MENANG BESAR DI PERTANDINGAN E-LEARNING 2019 (IUCEL2019)


KUCHING I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar kejayaan besar apabila meraih anugerah utama pada International University Carnival on E-Learning (IUCEL2019) bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 21 hingga 22 Ogos 2019.


WhatsApp Image 2019 08 29 at 11.36.30 AMAnugerah tersebut dimenangi menerusi projek 'Best Facilitator E-Learning Award' yang dimenangi oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Akademik (PKPA), Prof. Madya Dr. Suria Baba dan projek 'Outstanding E-Learning Mobile Apps Award' oleh Pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI), En. Ahmad Zaki Amiruddin dan Cik Amanee Abdul Hai.


Pada IUCEL 2019, UMK telah menghantar sebanyak 20 penyertaan ke pertandingan ini melalui penyelarasan oleh PKPA.


Lebih membanggakan, UMK juga telah merangkul tujuh pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa.


Tujuh pingat Emas disumbangkan melalui projek ‘English Language Problem-Based Learning Via Minecraft:Hacking The Traditional Lesson Plans’ oleh Nor Hanim Mustafa, ‘Augmented Reality In Special Education Classroom’ oleh Dr. Tan Tse Guan, ‘The Perception Of Read And Write (Me) Qr Codes In Reading And Writing Module’ oleh Lena Ramamurthy, Penghayatan Dan Keberkesanan Penggunaan Multimedia Dalam Kursus Magnum Opus Melayu di UMK Kelantan oleh Nordiana Ab Jabar, projek V.E.L.T (Vocabulary Enhancement Tool) oleh Mohd Yusri Mohd Naser, ARmaya: Alternative Reading Platform by Integrating Augmented Reality and Virtual Reality in Mobile Application oleh Anuar Mohd Yusof dan projek STEMpreneur in Robotics and Computational Thinking oleh Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim Kasim. WhatsApp Image 2019 08 29 at 11.36.29 AM 1


Pingat perak dimenangi menerusi tiga projek yang diketuai oleh Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim iaitu Evidence-Based Teaching And Supervision Using MOOC, Heropreneurship on MOOC and E-Campus at UMK dan Startup Using Quadruple Helix Model Using E-Campus.


Turut meraih pingat perak ialah “Mobile Learning Framework: Gamification Of Language Teaching And Learning (Ng Siew Foen), produk S.O.A.R Model: Shifting From “Classroom Management” To “Classroom Leadership” oleh Roslizawati Che Aziz, Immersive Learning Experience On Portfolio Design Through Online Course oleh Tengku Fauzan Tengku Anuar, Interactive Physical Activity Education Program (IPAEP) oleh Ahmad Faezi Ab.Rashid, The Effectiveness Of E - Almunawwar As An Interactive Tool For Learning Arabic Language In UMK oleh Wan Ab Aziz Wan Daud dan Writer: An Academic Writing Platform.


Manakala pingat gangsa, dimenangi oleh projek GOFIT: An Integrated Online Platform For Free Independent Traveller- An Aid In Tourism Classroom (Nurzehan Abu Bakar), Keberkesanan Penggunaan MOOC Falsafah Ilmu Di UMK (Zuriati Mohd Rashid), Interactive Approach In Learning Waste Management And Pollution Prevention Course (Noor Syuhadah Subki) dan produk Blends Of Augmented Reality And Infographic In Laboratory Practical Experience oleh Tan Li Peng.


Sempena IUCEL 2019, Pusat Antarabangsa dan Pemasaran bergandingan bersama Bahagian Pentadbiran Akademik turut hadir bersama untuk menyertai karnival ini sebagai pemamer dalam usaha mempromosi program-program pengajian di UMK.


WhatsApp Image 2019 08 29 at 11.36.30 AM 1Kumpulan petugas diwakili oleh Prof Madya Dr Ahmed Thalal Hassan (wakil rantau Timur Tengah, Albania,Turki dan Bosnia) Cik Izunarida Zakaria dan Puan Norlia Abd Rahman.


UMK layak untuk merasa bangga dengan kemenangan besar ini dan mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah mengharumkan nama universiti ke peringkat serantau. Kemenangan ini adalah bukti kemampuan kapasiti dan kompetensi pensyarah di UMK dalam menerajui 'E-learning' yang bertepatan dengan generasi industri revolusi 4.0.


Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Mohd Hafriez Aiman Ibrahim

WhatsApp Image 2019 08 29 at 11.36.31 AM 1

Published in Latest News

6ce7aaf7 9cb7 4304 a193 3e4681cd3c84

PENGKALAN CHEPA 27 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kongres Sosioekonomi Negeri Kelantan 2019 bermula hari ini hingga 29 Ogos 2019.

Kongres dua hari ini bertemakan Inklusiviti Memperkasakan Kelantan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Y.B.M Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

5db9f1cc dcae 4470 86c9 33455edd5ae3Dalam pada itu, ucaptama Kongres Sosio Ekonomi Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin bertajuk Inklusiviti Dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Kelantan.

Kongres ini akan memberi keutamaan kepada usaha UMK untuk menggembleng gagasan para pakar untuk bersama memberi pandangan demi kemakmuran negeri Kelantan.

Titah Tengku Temenggong, YBM Tan Sri Dato’ Hj. Mohd Rizam berkata, kongres ini adalah sebagai penyediaan platform untuk bekerja bersama antara pelbagai pihak, khususnya antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.

Titah beliau, kerjasama berdasarkan kepada potensi yang ada di Kelantan yang tidak dapat dimaksimumkan manfaatnya.

“Saya percaya bahawa potensi yang ada pada Kelantan adalah amat besar. Buktinya, bagaimana modal insan rakyat Kelantan yang diaspora sifatnya telah bersama menyumbang kepada pembangunan di luar Kelantan. Lihatlah bagaimana mereka di perantauan, mereka menjadi ikon dari pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pentadbir dalam pelbagai agensi, terkenal sebagai tokoh korporat, ikon keusahawanan dan sebagainya,” katanya pada ucapan perasmian di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ (Dr.) Husammuddin Yaacub, Naib Canselor UMK, Prof . Ts . Dr. Noor Azizi Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, YM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Mohd Nazri Mat Noor.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan merangkap Pengerusi Pelaksana Kongres Sosio Ekonomi Negeri Kelantan, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail dan Pengerusi Yayasan Bina Lestari merangkap Pengerusi Pelaksana Bersama, En. Wan Muhammad Izzudin Wan Sulaiman.

bf4a76e5 8559 4aff b16e 8da2a242e69aTitah Tengku Temenggong, kita maklum UMK bukan sahaja mempunyai kekuatan dari aspek penyediaan program akademik dari fakulti pengajian yang signifikan kepada industri tetapi universiti ini juga mempunyai institut yang mampu memberi impak kepada komuniti seperti Institut Keusahawanan dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK).

Titahnya, dari sisi yang lain, bagi melonjakkan UMK lebih jauh, adalah menjadi hasrat saya agar kerajaan Persekutuan dan negeri Kerajaan turut membantu melengkapkan keperluan UMK dari pelbagai sudut.

Turut berlangsung, forum bertajuk Potensi dan Inklusiviti Sosioekonomi Negeri Kelantan. Panel jemputan terdiri daripada Pengarah UPEN, YM Dato’ Tengku Kaya Perkasa Dr. Tengku Mohamed Faziharudean, Profesor Ekonomi, UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah Pembangunan Ekuiti, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, En Abdul Halim Abdul Aziz, Pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd, Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Pengarah Institut Keusahawanan (UMKEI), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Mohamad.

Turut diadakan ialah sesi perbincangan meja bulat melibatkan tujuh sektor, Bicara CEO bersama Pengarah Urusan, Technoriant Sdn Bhd.Dato’ Bruce Lim Aun Choong dan Syarahan Perdana oleh Pengarah MCMC, Dr. Ahmad Nasruddin Atiqullah Fakrullah.

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Al Azam Razi & Ab Halim Hafiz Ab Aziz

ee4d8bc4 1232 4ac3 bfea e9dc0c882f7a

Published in Latest News

WhatsApp Image 2019 08 24 at 2.42.29 PM

KOTA BHARU 22 Ogos I Bengkel Program Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bukan sahaja berjaya mengenalpasti permasalahan (problem statement) industri tetapi dapat membantu meningkatkan tiga kali ganda produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro industri.

Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Penyelidikan Dan Penyelarasan Dasar, Cawangan Perancangan Strategik, Unit Penyelidikan PPRN, KPM, Dr. Siti Fazriah Raja Mohamed, berkata program PPRN bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan melalui jaringan kerjasama universiti dan industri.

Katanya, menerusi bengkel ini banyak pertanyaan dan kekeliruan berjaya dirungkaikan melalui taklimat secara terus untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku.

“Ini adalah pendekatan terbaik daripada pihak universiti. UMK adalah IPT (Institusi Pendidikan Tinggi) pertama yang telah menjemput pihak KPM menyampaikan taklimat secara terus kepada penyelidik dan memberikan konsultasi khas untuk projek yang tertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada 50 usahawan dan 60 penyelidik UMK yang menyertai bengkel PPRN 2.0 anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNCPI) melalui Pusat Jaringan Industri Universiti Universiti (CUIC) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMK dengan kerjasama KPM di Hotel Jewels Kota Bharu, Kelantan, pada 21 Ogos 2019.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts Dr. Arham Abdullah, Pengarah Pusat Jaringan Industri Universiti (CUIC), Prof . Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak dan Timbalan Pendaftar CUIC, Pn Alifah Adnan.

PPRN merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada KPM dan PPRN merupakan antara inisiatif Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Sementara itu, Prof . Madya Dr. Wan Mohd Faizal berkata, melalui bengkel ini kita telah berjaya menghasilkan 12 potensi permasalahan antara lain berkai dengan bidang pertukangan emas, perlombongan, penternakan, pemprosesan makanan dan hospitaliti untuk permohonan baharu.

Katanya, pengenalpastian projek baharu ini adalah usaha kerjasama akademia dan industri untuk mendapatkan geran PPRN 2.0.

Beliau berharap para penyelidik UMK merebut peluang ini memanafaatkan peluang ini. Universiti ini mempunyai ramai selari dengan matlamat UMK untuk membantu pihak industri /syarikat di sekitar negeri Kelantan memperolehi manfaat bagi memajukan perniagaan terutama melalui geran PPRN yang ditawarkan.

“Ini adalah selaras dengan peranan Universiti untuk komuniti dan UMK sebagai Universiti Keusahawanan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
Foto I Aiman Syazwan

Published in Latest News

0I1A8164PUTRAJAYA 24 Ogos 2019 | Peluang semakin terbuka luas kepada bakal graduan dari Indonesia melanjutkan pengajian mereka di mana-mana universiti awam Malaysia khususnya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hasil pemeteraian persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pengembangan Pendidikan (LPP), Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia, di Putrajaya, pada 23 Ogos 2019.

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, berkata, UMK sentiasa bersedia menawarkan tempat kepada pelajar daripada Indonesia yang berhasrat untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di lapan fakulti.

0I1A8111Beliau menyifatkan, kerjasama ini juga memberi peluang kepada UMK untuk mempromosi dan mengenengahkan UMK sebagai sebuah pusat pembelajaran tinggi yang ulung dan menarik lebih ramai pelajar luar negara untuk melanjutkan pendidikan mereka di UMK.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan di negara ini, UMK akan memberi penekanan terhadap aspek keusahawanan yang menjadi subjek fokus dalam pemantapan kendiri pelajar dalam perlbagai disiplin pengajian. Selain itu, UMK akan memberi tumpuan kepada pembangunan pelajar dan kemahiran insaniah dan pengalaman pembelajaran termasuk di peringkat global,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Lembaga Pengembangan Pendidikan (LPP), Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.

0I1A8272Sebanyak 18 institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat dalam MoU itu antaranya UMK, Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Majlis MoU itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malek dan Gabenor Provinsi Nusa Tenggara Barat Indonesia, Dr. H. Zulkieflimansyah

MoU UMK dan LPP NTB itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Direktor LPP NTB, Irwan Rahadi.

Melalui MoU tersebut, Majlis Dekan Pengajian Siswazah Universiti telah merangka pakej khas untuk para pelajar LPP NTB yang berminat melanjutkan pengajian ke negara ini.

0I1A8233Menurut YB Dr. Maszlee, MoU itu akan meningkat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan tinggi.

“Keutamaan objektif kerjasama ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Indonesia ke Malaysia,” katanya.

Menurut beliau lagi kerjasama pendidikan ini akan menjadi perintis kepada kerjasama lain dengan negara rantau Asia Tenggara.

0I1A8179

Published in Latest News
Tuesday, 20 August 2019 08:43

SUMBANG BAKTI KOR SISPA UMK KEPADA KOMUNITI

WhatsApp Image 2019 08 19 at 10.07.04 PM

Oleh I Pusat Hal Ehwal Korporat
Foto I Al Azam Razi

SERDANG 19 Ogos I Penglibatan mahasiswa di dalam pasukan beruniform, kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) bukan sahaja mampu mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin dengan ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills) malah menjadi platform terbaik kepada mereka untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan.


WhatsApp Image 2019 08 19 at 10.07.04 PM 1Justeru, bersempena dengan Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), seramai 27 pegawai kadet Kor SISPA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai Program Jom Sihat dan Lestari Bersama Komuniti yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, YB. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud.


Menurut Ajutan Kor Sispa UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, program ini berbentuk rekreasi dan riadah sambil bergotong-royong membersihkan kawasan di 20 kawasan sekitar yang terletak di zon kampus UPM di Serdang.


Katanya, program ini melibatkan 1000 Kor SISPA daripada semua IPT dengan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan penglibatan anggota melalui aktiviti kesukarelawanan terutamanya dengan komuniti setempat selaras dengan pembangunan sahsiah anggota badan beruniform khususnya Kor Sispa.


Selain daripada Program Gotong-royong Komuniti Perdana, turut diadakan aktiviti lain seperti Kayuhan Hidup sihat MPSJ 2019, Fun Run dan Cabutan Bertuah.

WhatsApp Image 2019 08 19 at 10.07.03 PM

Published in Latest News

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat Foto I Al Azam Razi

18 Ogos I Seramai 27 pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dikurniakan pangkat Leftenan Muda (PA) pada Majlis Pertauliahan Kor SISPA Institut Pengajian Tinggi Awam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, hari ini.

Pada majlis itu juga, seramai 758 kadet Kor SISPA dari 20 Universiti Awam di seluruh negara berjaya menamatkan latihan dan menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda daripada Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari.

Turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Pesuruhjaya APM Malaysia, Datuk Roslan Wahab.

Majlis Penganugerahan pangkat ini melengkapkan silibus yang telah ditetapkan selama tiga tahun untuk melayakkan anggota Kor SISPA dianugerahkan pangkat tersebut.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob selaku Komandan Kor SISPA UMK, berkata, penglibatan mahasiswa menganggotai Kor SISPA ini berjaya meluaskan pengalaman dan membentuk pelajar mempratikkan ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills).

Katanya, penglibatan pelajar selama empat hari berkampung di sini akan membantu mereka khususnya untuk penyelarasan Kor SISPA diperingkat Universiti dengan menganjurkan pelbagai aktiviti, program dan majlis pada masa akan datang.

"Saya yakin pentauliahan ini dapat memacu Kor Sispa ke peringkat yang lebih cemerlang dan secara tidak langsung membantu semua anggota memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara dan universiti,” katanya.

Dalam pada itu, Ajutan Kor SISPA UMK, En Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib berkata, ini merupakan pentauliahan kali keempat sejak penubuhan Kor Sispa UMK iaitu melibatkan seramai 162 orang secara keseluruhan.

Katanya, Kor SISPA UMK bermula pada tahun 2010 melalui penyertaan pertama pada Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA yang diadakan di UiTM, Shah Alam, Selangor.

"Hasil daripada penglibatan secara serius dalam program Kor SISPA dan melalui sokongan Pengurusan Tertinggi UMK, penubuhan Kor SISPA UMK telah diluluskan pada 31 Disember 2011 oleh APM, “ katanya.

Sementara itu, Leftenan Muda, Nur Azila Suriadi telah berjaya menerima anugerah PKS Terbaik UMK. Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) Dengan Kepujian di Universiti Malaysia Kelantan.

Nur Azila menyifatkan ilmu dan pengetahuan diperoleh semasa latihan adalah amat mencabar tetapi menyeronokkan.

Beliau percaya pentauliahan pangkat hari ini akan menyuntik komitmen yang tidakberbelah bahagi kepada universiti untuk menjadikan Kor SISPA UMK yang terbaik di kalangan UA lain.

"Walaupun terpaksa berkorban masa contohnya cuti Hari Raya Aidiladha lalu untuk hadir kursus yang ditetapkan, saya gembira. Saya percaya ilmu kepimpinan, disiplin, kerja berpasukan serta jati diri yang diperolehi lebih penting,” katanya.

Pada majlis itu, pasukan Kor SISPA turut menyertai Pertandingan Kawad Kaki, Road Accident Management (RAM) dan SISPA Challenge.

Published in Latest News

5 1

PUTRAJAYA 10 OGOS I Pelbagai program dan usaha Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam menzahirkan kumpulan graduan usahawan mendapat kekaguman Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Bahkan komitmen UMK dalam pembangunan komuniti usahawan yang tidak hanya memfokus kepada para graduannya semata-mata disokong dan digalakkan oleh MED. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha nya Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dipertemuan meraikan kunjungan hormat deligasi UMK yang diketuai oleh Naib Canselor nya Prof Ts Dr. Noor Azizi Ismail.

Turut hadir ialah pegawai utama agensi yang bernaung di bawah MED seperti Bank Rakyat, Tekun Nasional, SMEcorp, SME Bank, Institut Koperasi Malaysia, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

"MED menyambut baik proposal kerjasama ini dan saya sangat menyokong untuk setiap agensi kami yang ada di sini pada pagi ini untuk melihat aspek mana yang boleh disegerakan agar nanti pelaksanaan menjadi lebih kemas dan lebih berimpak," katanya.

3Sehubungan dengan itu Datuk Wan Suraya positif untuk bekerjasama dengan UMK bagi penganjuran Malam Anugerah Keusahawanan Sosial (MAKS) yang dijangkakan berlangsung selewat - lewatnya awal 2020. MAKS adalah salah satu proposal yang dikongsikan oleh UMK kepada MED.

Prof Ts Dr. Noor Azizi menyifatkan kunjungan hormat ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama dalam skop yang lebih besar kerana MED dan UMK membawa aspirasi yang sama di bawah payung keusahawanan.

"Komitmen positif yang ditunjukkan oleh MED akan merealisasikan inspirasi Dasar Keusahawanan Negara 2030," katanya.

Menurut beliau lagi, MED memberi penekanan kepada kepentingan meningkatkan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan asnaf.

“Selain itu, dasar MED juga memartabatkan industri halal di Negara ini dan perkara ini sambut baik oleh UMK. Ini selaras dengan penubuhan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) mempunyai ekosistem dalam membangunkan projek golongan B40 dan asnaf,” katanya.

Tambah beliau, ini termasuklah peranan Institut Keusahawan UMK (UMKEI) yang memberi penumpuan khusus kepada beberapa projek industri halal yang boleh di perkasakan lagi melalui kerjasama UMK-MED.

“DKN 2030 meletakkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan ini adalah selari dengan kewujudan UMK sebagai sebuah universiti yang berteraskan keusahawanan. Oleh itu amatlah bertepatan sekali kerjasama erat antara agensi- agensi kerajaan ini di dapat perkasakan” katanya.

Menyentuh mengenai MAKS Pengarah Institut Keusahawanan NUMK-EI, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata MAKS adalah anugerah berprestij yang di rancang pada tahun hadapan bermatlamat untuk memartabatkan keusahawanan sosial di negara ini.

“Ini disambut baik oleh MAGIC, iaitu sebuah organisasi yang menjadi pendokong keusahawanan sosial di negara ini.

2

Published in Latest News

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat      Foto I Al Azam Razi

0I1A9401BACHOK 7 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) komited untuk menarik lebih ramai pelajar luar negara menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di universiti ini bersandarkan kepada bidang pendidikan keusahawanan yang menjadi teras utama. Seramai 7 Rektor dan 1 wakil Rektor bersamaan dengan 13 delegasi dari 8 buah universiti di Indonesia telah mengunjungi UMK di Kampus Bachok bagi majlis menandatangani MoU, mesyuarat khas bersama pengurusan kanan UMK dan Forum bertema Pendidikan Keusahawanan. 

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, bidang keusahawanan pada hari ini dilihat semakin berkembang pesat dan relevan selaras dengan keadaan semasa ekonomi.
Justeru, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh UMK untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dengan menyasarkan pelajar dari benua Afrika, China, Indonesia, Thailand.

“Selain daripada jurusan pendidikan keusahawanan, UMK juga memiliki kelebihan jurusan lain termasuk program Sains Bioteknologi, Perubatan Veterinar, Hospitaliti dan Kewangan Islam,” katanya.

0I1A9478Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan tiga buah universiti daripada Indonesia, di Bilik Seminar 2, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.
Prof. Ts. Dr. Noor Azizi telah menyempurnakan majlis menandatangani MoU dengan Universitas Mercu Buana Yogyakarta, yang diwakili oleh Rektornya Dr. Alimatus Sahrah; Universitas Muhammadiyah Riau diwakili oleh Rektornya iaitu Dr H. Mubarak dan Universitas Islam Malang diwakili Rektor Prof Dr H.Maskuri Bakri.

Terdahulu, UMK telah menandatangani MoU dengan tujuh buah universiti yang terkemuka di Indonesia pada bulan lepas antaranya ialah Universitas Nadhlatul Ulama Surabaya, Universitas Muslim Indonesia Makassar, Univesiti Muhamaddiyah Makassar, Universitas Sains Al-Qur’an, Wonosobo, Universitas Bengkulu, , Universitas Islam Bandung, Universiti Hasyim Asy’Ari dan Universiti Sains Al-Quran.

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, penerapan atribut keusahawanan kepada graduan UMK menjadikan universiti ini berbeza dengan universiti lain.

0I1A9608“Keyakinan pelajar-pelajar antarabangsa ini jelas menunjukkan kualiti yang terdapat di UMK sebagai salah satu universiti terbaik dalam bidang keusahawanan di negara ini.


“Saya percaya, sasaran kita seramai 1000 pelajar antarabangsa akan tercapai untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Kerjasama dengan 10 buah universiti terkemuka di Indonesia ini akan merangkumi kerjasama penawaran program akademik untuk prasiswazah dan pascasiswazah, program mobiliti untuk staf dan pelajar, peluang biasiswa untuk staf dan pensyarah universiti Indonesia melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah PhD di UMK dan penubuhan geran penyelidikan bersama antara UMK dengan universiti rakanan daripada Indonesia.

0I1A9613Selain itu, bagi meraikan kehadiran rektor-rektor universiti Indonesia yang mengunjungi UMK hari ini, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) juga bersetuju untuk menawarkan geran penyelidikan sebanyak RM 10, 000 (matching grant) kepada setiap universitas yang menyertai perbincangan tadi.

Kerjasama ini diharap dapat merangkumi juga penerbitan jurnal dan buku bersama antara UMK dengan universiti rakanan daripada Indonesia disamping merancang program latihan bagi meningkatkan kemahiran staf dan pelajar.

0I1A9328

Published in Latest News
Page 1 of 2

What Our International Students Say?

Latest Update: 12 December 2019

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search