Latest News

Items filtered by date: May 2020

WhatsApp Image 2020 05 22 at 1.03.14 PM

KOTA BHARU 22 Mei I Tidak sampai 24 jam disiarkan di laman Facebook Rasmi UMK, drama pendek bertajuk Raya Cara Kita (Rayo Caro Kito) telah mencecah tontonan lebih 40,000 penonton dengan hampir 1000 perkongsian selepas ditayangkan termasuk di semua platform media sosial Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 22 Mac 2020.

Drama pendek terbitan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) membawa mesej yang cukup jelas kepada masyarakat tentang tanggungjawab kita dalam memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi arahan Kerajaan agar tidak merentas negeri untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri ini. Pada masa yang sama mempromosikan UMK yang menuju ke arah global dengan menyelitkan UMK KL di dalam skripnya.

Drama Raya Cara Kita digerakkan sepenuhnya oleh warga UMK bermula dari barisan pelakon, kru penggambaran dan kru editing. Penampilan istimewa pelakon Echu Pok Ya Cong Codei menggambarkan pengiktirafan UMK kepada penggiat seni sepenuh masa itu.

Naib Canselor UMK, Prof Dato' Ts Dr. Ts. Noor Azizi Ismail berkata mesej dan objektif drama pendek ini ini jelas supaya masyarakat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tidak merentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri selain mengetengahkan nilai murni sambutan hari raya di dalam situasi Norma Baharu.

Katanya, perkara yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri telah berlaku apabila negeri Kelantan kembali mencatat 1 kes baharu yang membabitkan seorang wanita yang merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung untuk bersalin selepas tempoh 32 hari negeri ini berada dalam Zon Hijau.

Mesej filem pendek jelas mendidik masyarakat walaupun tidak pulang ke kampung tetapi kita masih boleh meraikan semangat berhari raya dengan cara kita sendiri,” katanya.

Filem pendek ini juga sebagai salah satu platform publisiti dan promosi dalam meningkatkan visibility UMK apabila ia turut dikongsi oleh rakan-rakan dari negara jiran iaitu Thailand.

Tambah beliau, rata-rata komen penonton positif walaupun pertama kali UMK menerusi PKK menghasilkan drama pendek sempena Hari Raya Aidilfitri.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 22 at 1.03.14 PM 1

Published in Latest News

WhatsApp Image 2020 05 11 at 1.47.55 PM

PROFESOR Ts. Dr. Zaliman Sauli, antara nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tugas beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMK cukup membuatkan namanya dikenali oleh semua lapisan pelajar UMK. Lebih-lebih lagi ketika ini dengan kemunculan wabak Covid-19, gerak langkah Prof Zaliman semakin laju dalam memastikan pelajar UMK yang masih berada di kolej kediaman tidak menjadi mangsa Covid- 19 ini.

Sejak hari pertama, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa iaitu pada 18 Mac 2020 beliau adalah antara orang yang paling sibuk memastikan pergerakan dan keselamatan pelajar UMK yang berada dibawah tanggungjawab pentadbirannya iaitu Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Beliau mengorbankan masa dan istirehat selama dua bulan ini bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya dengan mendapat kerjasama baik dari beberapa pasukannya iaitu Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Bahagian Keselamatan Universiti.

Bermula seawal 7.30 pagi kelibat beliau sudah pun muncul berada di Bilik Gerakan Covid 19 di aras bawah Kolej Kediaman untuk memastikan 1,000 pelajar yang terkandas di kampus dan luar kampus berada dalam keadaan selamat.

Tiada istilah jemu atau bosan yang keluar dari mulutnya biarpun berdepan dengan rutin harian yang sama iaitu menjaga makan minum, kesihatan dan kebajikan pelajar terpelihara sejak PKP yang memasuki fasa keempat.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, sesungguhnya tugas ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar. Berhadapan dengan wabak yang masih belum ditemui penawar mustajab menjadikan minit-minot masa yang dilalui penuh debaran. Bagi beliau dan pasukannya para pelajar ini sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.

Antara aspek utama yang perlu dipantau ialah kebajikan pelajar. Bukan sahaja keperluan makan minum tetapi kesihatan mental dan fizikal mereka juga perlu diberi perhatian. PKP ini membataskan pergerakan yang biasa maka surah tentu para pelajar yang berjauhan darioada ibu bapa masing-masing akan cepat tertekan.

“Bagi saya serta staf, apa yang kami lakukan ini adalah untuk kepentingan pelajar maksudnya tiada istilah jemu atau merasa bosan walaupun menghadapi proses dan rutin yang sama setiap hari.

“Selain itu, pelajar-pelajar juga digalakkan mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat serta sentiasa mengikuti kelas atau kuliah secara atas talian,” katanya.

Pada masa sama, HEPA UMK juga mengambil kaedah atau pelan pengurusan risiko bagi penularan pandemik Covid 19 secara pro aktif dengan mengatur strategi pengurusan kesihatan dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP berlangsung.

“Pendekatan itu selari dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya setiap Universiti Awam (UA) mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif bagi pengurusan pelajar dalam mengekang wabak Covid -19.

Katanya, sejak penularan wabak COVID-19,
pihak universiti telah mengambil langkah-langkah yang ketat supaya pelajar-pelajar dan staf yang bertugas ini tidak terkena wabak Covid-19.

“HEPA dengan kerjasama Pusat Kesihatan dan Bahagian Keselamatan Universiti sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar dan juga staf yang bertugas. Staf yang datang bertugas perlu menjalani proses saringan kesihatan seperti pemeriksaan suhu badan serta tidak mengalami simptom-simptom seperti batuk dan selsema.

“Jadi apabila mereka berhadapan dengan pelajar-pelajar, kedua-duanya berada dalam keadaan selamat. Begitu juga dengan pelajar, kita sentiasa pantau jika ada yang tidak sihat seperti demam dan selsema akan terus dirujuk kepada pusat kesihatan untuk melihat tahap kesihatan mereka,” katanya ketika ditemui pada Ops Hantar Pelajar Fasa II bagi Zon Tengah dan Zon Selatan di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 8 Mei 2020.

Seramai lebih 700 pelajar UMK telah dihantar pulang ke destinasi masing-masing sejak 30 April lepas.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, UMK turut menyediakan topeng muka dan mulut serta cecair pembasmi kuman dan kerap memberikan penerangan berkenaan kaedah penjagaan kesihatan serta kebersihan diri.

Selain itu, beliau tidak menafikan sepanjang tempoh PKP itu antara cabaran dihadapi ialah tarikh penguatkuasaan PKP bermula sebelum puasa iaitu fasa satu, kedua dan ketiga dan apabila memasuki fasa keempat ini tempoh PKP berada dalam bulan Ramadan.

“Secara tidak langsung, ianya mungkin akan memberi lebih cabaran kepada pihak HEPA yang setiap hari perlu menguruskan pelajar termasuklah menyediakan makanan untuk berbuka puasa dan bersahur.

“Manakala bagi pelajar-pelajar bukan Muslim disediakan makanan tengahari,” katanya.

Beliau berkata wabak yang melanda seluruh dunia sekarang ini adalah perkara yang memang tidak dijangka. Beliau tidak menafikan ada ketikanya beliau didatangi rasa bimbang jika mana-mana pelajar UMK menjadi mangsa Covid-19. Ia adalah perjalanan penuh suspen tetapi sangat berharga.

Katanya, musibah ini berbeza dengan lain-lain bencana seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya kerana wabak ini adalah pandemik global melibatkan keseluruhan masyarakat sehingga seluruh dunia tidak selamat. Apatah lagi belum ditemui penawar yang mujarab.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menjaga pelajar-pelajar sejak hari pertama PKP yang bermula pada 18 Mac yang lalu. Pada peringkat awalnya ramai pelajar yang telah pulang ke kampung masing-masing sebelum PKP.

“Pelajar di UMK secara keseluruhannya berjumlah 1000 orang pelajar terdiri dari pelajar di Bachok, UMK Kampus Kota dan Kampus Jeli.

“Pada peringkat awal, kami perlu mendapatkan maklumat lengkap keberadaan pelajar terutamanya mereka yang tinggal di luar kampus. Bagi pelajar-pelajar yang berada di dalam kampus, kita tidak ada masalah yang besar kerana mereka sentiasa berdaftar dengan kita. Bagi pelajar yang tinggal di dalam Kampus Bachok, pihak UMK telah pindahkan mereka hampir 100 orang pelajar ke Kampus Kota,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tempoh PKP pihak Universiti akan memastikan kontraktor yang membekalkan makanan tengahari dan juga makan malam kepada pelajar setiap hari.

“Manakala bagi pelajar yang tinggal di luar kampus sekitar Kampus Bachok dan Kampus Kota, pihak universiti membekalkan makanan kering untuk dimasak seperti beras, minyak, telur, sardin dan pelbagai lagi. Kita mendapat maklumbalas daripada pelajar-pelajar ini yang mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang keperluan makan minum mereka semasa berada dalam tempoh PKP fasa pertama lagi serta tentang kesihatan mereka,” katanya.

Sementara itu, sejak 30 April fasa pertama penghantaran pulang pelajar telah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu termasuk melepasi saringan kesihatan dan melakukan proses nyah kuman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Bharu terhadap bagasi, bas dan van.

Sehingga kini, UMK telah melaksanakan enam operasi penghantaran pulang penuntutnya iaitu peringkat Zon Timur, Zon Selatan Fasa I dan II, Zon Tengah I dan II dan peringkat seterusnya pada 10 Mei ke Sarawak.

Dalam pada itu, pihak Universiti
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membenarkan pelajar IPTA dan IPTS pulang ke kampung halaman mereka bersama-sama dengan keluarga.

“Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad di atas usaha yang berterusan pihak KPT bersama dengan pihak MKM, PDRM dan KKM menguruskan serta mencari kaedah untuk menghantar pulang pelajar ke kampung halaman dalam keadaan sihat dan selamat.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 11 at 1.47.54 PM

Published in Latest News

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.38 PM 1

KOTA BHARU 8 Mei I Sembilan buah bas digunakan bagi misi penghantaran pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ops Hantar Pelajar UMK yang mula bertolak dari UMK Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa kira-kira jam 9 malam tadi.

Operasi penghantaran pelajar-pelajar itu disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan, YDH SAC Abdullah Muhammad Piah.

Prof. Ts. Dr. Zaliman berkata, pergerakan bas itu membawa 190 pelajar UMK termasuk seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) dan dua pelajar Lincoln College University bagi perjalanan ke destinasi Zon Selatan.

Katanya, kaedah penghantaran pulang pelajar berlangsung dengan teratur serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Proses itu termasuklah membuat pemeriksaan suhu badan atau saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan proses sanitasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu,” katanya.

Prof. Ts. Dr. Zaliman turut memaklumkan pergerakan pulang pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dijangka berlangsung pada 10 Mei 2020.

Sementara itu, rata-rata pelajar UMK yang ditemui melahirkan rasa gembira selepas dapat pulang ke rumah masing-masing sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lalu.

Pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Sdr. Mohd Hafizuddin Azmi, berkata beliau sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bertemu keluarga di kampung selepas lebih sebulan berada di kampus.

Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UMK yang bertungkus-lumus menguruskan perjalanan kami untuk pulang dengan selamat.

“Selain itu, kami juga berterima kasih kepada petugas barisan hadapan UMK yang menguruskan makan minum pelajar yang terkandas sepanjang PKP di kampus,” katanya yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Manakala Muhamad Afiq Haikal, berasal dari Johor Bharu yang mengikuti pengajian di FKP berterima kasih kepada pihak universiti yang tidak kenal penat lelah dalam hal ehwal menjaga kebajikan kami sejak hari pertama PKP lagi.

“Kami akan memastikan setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dapat dipatuhi sebelum dan selepas tiba di rumah.

"Kami menghargai peranan frontliner UMK khususnya PKU yang berusaha untuk mengekang rantaian COVID-19, termasuk menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh PKP ini," katanya.

Bagi Nurul Shafinah Abdul Hamid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan menarik nafas lega akhirnya kerajaan telah membenarkan pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

"InshAllah, kami semua boleh pulang dan dapat berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga di kampung.

“Terima kasih pada KPT dan UMK yang telah menguruskan penghantaran pulang kami semua hingga selamat tiba ke destinasi masing-masing,” katanya.

Sehingga kini UMK berjaya menghantar pulang seramai 705 pelajarnya daripada jumlah lebih kurang 900 orang pelajarnya kerana PKP.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.36 PM 1

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.36 PM

WhatsApp Image 2020 05 07 at 2.34.37 PM 1

Published in Latest News

KOTA BHARU 4 May | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) students are advised to adhere to precautionary measures during the Movement Control Order (MCO) despite being in their hometown.

UMK Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi said students should also practice safe social distancing, which is at least one meter away and maintain good hygiene by regularly washing their hands with disinfectants.

He also said students should always wear a mouth and nose cover for any outdoor activity.

"Students are also encouraged to continue their online learning and stay at home throughout the MCO implementation period," he said after reviewing the Third Phase Ops Hantar Pelajar students process to the North Zone destination, at the Dewan Keusahawanan, UMK City Campus, Pengkalan Chepa, on May 3.
Also present were the Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli and Director of the University Health Centre (PKU), Dr. Aswan Ismail.

Meanwhile, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi said Ops Hantar Pelajar which had entered Phase Three involved 180 students for the Northern Zone involving Kedah, Perlis and Penang.

“The number includes students from the Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) and private colleges.

"Tonight's bus movement uses a smart sharing (reciprocal) method whereby our students board the bus service provided by another higher education institution (IPT) from the Northern Zone, Universiti Utara Malaysia (UUM), which has just arrived in Kelantan," he said.
Therefore, he said coordination between these universities is important as this reciprocal method is beneficial to both parties.

“The same method is used for traveling to the Central and Eastern Zones where students from Selangor and Kuala Lumpur will board the UMK bus to return to Kelantan.

"So, this is the result of close cooperation between public universities and the support of all parties to keep our children safe," he said.

In the meantime, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, expressed his appreciation to the Office of Student Affairs and Alumni (HEPA) in collaboration with the PKU and the UMK Student Representative Council which has made the process of sending the students smooth.
“Overall, I am pleased with the preparations tonight that comply with the Standard Operating Procedure (SOP). These include the cooperation of the PDRM, the Kota Bharu Fire and Rescue Office who conducted student bus and luggage sanitation processes.

"The university also provides food for students during iftar/dinner before the scheduled bus movement departs at 9pm," he said.

The management and citizens of UMK pray that all students arrive safely at their destination and that they’re able to sit with their families to enjoy pre-dawn (suhoor) meal together.

By I Corporate Communication Centre

Published in Latest News

0I1A1086

MENJENGUK PELAJAR YANG PULANG, WALAU SUDAH BERSAMA KELUARGA, PELAJAR PERLU PATUH PADA PKP

KOTA BHARU 4 Mei |Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinasihatkan mematuhi langkah-langkah pencegahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun sudah berada di kampung masing-masing.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata, pelajar juga perlu mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) yang selamat iaitu berada dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter dan menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan pembasmi kuman.

Katanya, selain itu pelajar juga perlu sentiasa memakai penutup mulut dan hidung untuk sebarang aktiviti di luar rumah.

“Pelajar juga disarankan untuk meneruskan pembelajaran secara dalam talian dan terus berada di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya selepas meninjau proses Ops Hantar Pelajar Fasa Ketiga ke destinasi Zon Utara, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 3hb Mei.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Aswan Ismail.

Sementara itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata Ops Hantar Pelajar yang telah memasuki Fasa Ketiga membabitkan seramai 180 pelajar bagi Zon Utara melibatkan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Jumlah itu termasuk pelajar-pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan kolej swasta.

“Pergerakan bas pada malam ini menggunakan kaedah perkongsian pintar (timbal balik) dimana pelajar kita menaiki khidmat bas yang disediakan oleh rakan institusi pengajian tinggi (IPT) lain dari Zon Utara iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu tiba ke Kelantan,” katanya.

Justeru, beliau berkata koordinasi antara universiti ini amat penting kerana kaedah timbal balik ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kaedah sama juga digunakan untuk perjalanan untuk Zon Tengah dan Zon Timur dimana pelajar dari Selangor dan Kuala Lumpur akan tumpang bas UMK untuk balik ke Kelantan.

“Jadi, ini ialah hasil kerjasama erat antara universiti awam dan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan anak-anak pulang dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, merakamkan ucapan penghargaan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama PKU dan Majlis Perwakilan Pelajar UMK yang telah memastikan proses penghantaran pelajar berjalan lancar.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan urusan persiapan pada malam ini yang mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan. Ini termasuk kerjasama dari PDRM, Pejabat Bomba Dan Penyelamat Kota Bharu yang menjalankan proses sanitasi bas dan bagasi pelajar.

“Pihak universiti juga menyediakan edaran makanan berbuka/makan malam untuk pelajar sebelum pergerakan bas yang dijadualkan bertolak tepat jam 9.00 malam,” katanya.

Pihak pengurusan dan warga UMK mendoakan semua pelajar selamat tiba ke destinasi masing-masing dan sekiranya ada rezeki mungkin untuk bersahur bersama keluarga.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

0I1A0925

0I1A0976

0I1A0985

0I1A1079

Published in Latest News

BACHOK 2 May I Coopmart Koperasi UMK Berhad customers can not only shop for basic necessities at low prices but also have the opportunity to shop while donating to charity through the Uncang Ramadan package project provided throughout this month.

Director of Cooperative UMK Berhad, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail said the concept of Ramadan packages was an 'upgrade' from the Fair Price Sales (JHP) campaign that had been implemented since the Movement Control (MCO) order.

He said Coopmart Co-operative UMK introduced a buy and donate package by introducing the 'Uncang Ramadan' package following the successful promotion of JHP which received an overwhelming response from customers.

“The Uncang Ramadan project is open to anyone who wants to donate. Initially, our target was not only the UMK community but also open to the public benefactor since there were inquiries and requests. Coopmart Koperasi UMK Berhad will provide and distribute the package to those in need as requested by the donor or the donor can distribute it himself.

"Customers can choose to buy a daily package of RM50 worth of rice, wheat, vermicelli, cooking oil, sugar and sardines," he said.

According to him, the package would help the donors get the goods at a very reasonable price while at the same time helping the current MCO to distribute basic goods to the target group.

“After a week of launching the Coopmart Co-operative UMK received a 300-pack order from donors for an estimated RM12,000.00. This donation pack will be distributed to the asnaf and B40 groups,” he said.

He added that to make it convenient for customers, UMK Cooperative also provided delivery services and hoped that this 'Uncang Ramadhan' package would continue to receive generous contribution while giving donations from UMK members and the public.

Meanwhile, the Faculty of Entrepreneurship and Business (FKP) has taken the initiative in collaborating with the UMK Cooperative to promote the donate while buying from the UMK Cooperative Fair Price Store (KHP) goods to be distributed to the people in need project.

This noble effort is to help those who are less fortunate during Ramadan and the current MCO challenges by buying basic necessities at very reasonable prices.

According to the Director of the Uncang Ramadan Project, Prof. Dr. Razli Che Razak, the initiative was organised using the Faculty Whatsapp group platform and social media to support the UMK Cooperative and also assist the surrounding community in responding to UMK efforts under the theme "University with the community".

He, who is also the Dean of the Centre for Postgraduate Studies, said the project was the brainchild of FKP lecturers to reap the rewards of the month of Ramadan for donating and giving.

“Thankfully the programme not only received a great response from faculty staff but also received support from UMK alumni as well as the outside community who contributed.

"InshaAllah, this charity project during the month of Ramadan is expected to help boost the sales of the Co-operative and at the same time help the poor community," he said.

Donors can book through the online bank account or Bank Islam Malaysia Berhad UMK 03036010049349. For inquiries and bookings for the Uncang Ramadan project, please contact the Cooperative UMK Berhad through Pn. Azianis Mohd Noor or Ms Nur Afiqa at 010-93139787 / 014-5332187.

By I Corporate Communication Centre

Published in Latest News

images

BACHOK 27 April I Penggunaan Pangkalan Data Atas Talian dan Perkhidmatan Maya yang diselaraskan oleh Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) mencatatkan peningkatan ketara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Pustakawan, En Azman Hashim, berkata, analisis data yang berakhir pada 15 April 2020 menunjukkan peningkatan ketara penggunaan akses pangkalan data atas talian melalui platform proksi utama MyAthens.

Beliau berkata, Pangkalan Data Atas Talian dan Perkhidmatan Maklumat Maya yang diselaraskan oleh PPI terus beroperasi sepanjang tempoh PKP yang menjadi platform rujukan utama warga UMK.

“Jika sebelum PKP, PPI beroperasi melalui semua Perpustakaan di semua kampus, namun kali ini, PPI secara konsisten terus menyediakan perkhidmatan dan sumber rujukan maklumat atas talian.

“Pangkalan Atas Talian dan Perkhidmatan Maya menjadi wadah utama bagi warga UMK untuk mendapatkan bahan rujukan dan sokongan bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan sejak 18 Mac 2020 lagi iaitu bermula pada tempoh fasa pertama PKP,” katanya.

Menurut beliau, platform peralatan sokongan penerbitan seperti Grammarly dan Turnitin menunjukkan penggunaan yang ketara dengan peningkatan akses 3 kali ganda iaitu daripada 65 akses kepada 203 akses.

“Begitu juga peningkatan hampir 43 peratus penggunaan bahan bacaan digital umum seperti Majalah dan Surat Khabar atas talian melalui platform Pressreader yang membantu pengguna untuk meningkatkan pengetahuan semasa dan pengetahuan baru.

“Peningkatan akses ini disokong oleh oleh promosi kemudahan koleksi bahan digital yang disediakan, perlaksanaan mod pembelajaran sepanjang dan penambahan aktiviti penulisan penerbitan seperti yang disarankan dan diterapkan oleh Universiti,” katanya.

En. Azman berkata, peningkatan capaian pengunjung ke media sosial rasmi PPI juga meningkat sebanyak 53.19 peratus semasa PKP, iaitu sebelum PKP 10726 akses kepada 16431 akses semasa PKP.

“Ini termasuk peningkatan akses kepada Portal Perpustakaan yang mencatatkan peningkatan 63.44 peratus sebanyak 63.44% iaitu 7,916 akses sebelum PKP kepada 12,938 semasa PKP manakala peningkatan akses kepada repositori perpustakaan pula sebanyak 17.79 peratus semasa PKP, iaitu 14,952 akses sebelum PKP manakala 17,512 adalah akses semasa PKP.

“Pihak PPI dari awal telah menggiatkan usaha promosi semua medium termasuk sosial media dan mengaktifkan perkhidmatan secara maya setiap masa untuk memastikan keperluan maklumat dan pengetahuan semua warga universiti dapat dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, Pustakawan PPI, En. Amirul Firdaus Zilah berkata, peningkatan penggunaan atas talian ini disokong oleh hebahan PPI yang mempromosi dan memaklumkan kepada pengguna sumber rujukan maklumat digital yang boleh diakses untuk dijadikan sebagai rujukan.

“Hasilnya pihak PPI mendapati kebanyakan pakej maklumat termasuk pangkalan data utama berkaitan penyelidikan dan pembelajaran yang terdapat dalam koleksi perpustakaan mencatatkan penggunaan yang tinggi sepanjang tempoh ini.

“Selain itu PPI telah mengadakan pelbagai siri kelas pendidikan pengguna secara atas talian terutama kelas penggunaan pangkalan data data dengan kerjasama vendor terlibat yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna,” katanya.

Tambah En. Amirul, tidak kurang 70 peserta telah mengikuti setiap latihan Webinar yang dijalankan menggunakan pelbagai medium persidangan maya seperti WEBEX, Zoom dan Google Meet.

Malah, semua pustakawan boleh dihubungi oleh pengguna untuk mendapat konsultasi rujukan maklumat dan bahan rujukan yang diperlukan.

Beliau menjangkakan peningkatan penggunaan pangkalan data atas talian dan perkhidmatan maya ini, yang mana akan menjadi normal baharu ( new normal ) bagi warga universiti termasuk selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Sehubungan itu, PPI berharap warga UMK terus menggunakan segala kemudahan koleksi rujukan digital dan perkhidmatan maya yang disediakan bagi tujuan pengajaran, pembelajaran penerbitan dan penyelidikan terutama dengan perkembangan terbaharu iaitu pelanjutan tempoh PKP sehingga 12 Mei 2020,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat dan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK

Published in Latest News

WhatsApp Image 2020 05 02 at 7.32.48 PM

BACHOK 2 Mei I Pelanggan Coopmart Koperasi UMK Berhad bukan sahaja boleh berbelanja mendapatkan barang keperluan asas pada harga murah malah berpeluang berbelanja sambil beramal untuk bersedekah melalui projek pakej Uncang Ramadan yang disediakan sepanjang bulan mulia ini.

Pengarah Koperasi UMK Berhad, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail berkata, konsep pakej uncang Ramadan adalah 'upgrade’ daripada kempen Jualan Harga Patut (JHP) yang dilaksanakan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Katanya, Coopmart Koperasi UMK memperkenalkan pakej untuk membeli sambil menderma dengan memperkenalkan pakej ‘Uncang Ramadan ekoran kejayaan promosi JHP yang menerima sambutan luar biasa dari pelanggan.

“Projek Uncang Ramadan terbuka kepada sesiapa yang ingin menderma. Pada awalnya sasaran kita hanyalah komuniti UMK tetapi dibuka juga kepada dermawan awam kerana ada pertanyaan dan permintaan. Coopmart Koperasi UMK Berhad akan menyediakan dan mengagihkan pakej tersebut pada golongan-golongan yang memerlukan seperti diminta oleh penderma atau penderma boleh mengagihkan sendiri.

"Pelanggan boleh memilih untuk membeli pakej set keperluan harian berharga RM50 untuk pakej beras, gandum, bihun, minyak masak, gula dan sardin,” katanya.

Menurutnya, menerusi pakej tersebut dapat membantu para penderma untuk mendapatkan barangan pada harga yang sangat berpatutan dan juga dalam masa yang sama membantu penderma semasa PKP ini untuk mengagihkan barangan asas kepada golongan sasaran.

“Selepas seminggu dilancarkan pihak Coopmart Koperasi UMK telah menerima tempahan sebanyak 300 pek dari penderma dengan anggaran sebanyak RM12,000.00. Pek sumbangan ini akan agihkan pada golongan asnaf dan B40,” katanya.

Tambah beliau, untuk memberi kemudahan kepada pelanggan pihak Koperasi UMK turut menyediakan khidmat penghantaran dan berharap pakej ‘Uncang Ramadhan’ ini terus mendapat sumbangan berbelanja sambil bersedekah dari warga UMK dan orang ramai.

Sementara itu, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah mengambil insiatif dengan berkolaborasi dengan Koperasi UMK untuk mempromosikan projek berbelanja sambil menderma dengan membeli barangan Kedai Harga Patut (KHP) Koperasi UMK untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang sangat memerlukan.

Usaha murni ini adalah untuk membantu mereka yang kurang mampu dalam menghadapi Ramadhan dan cabaran semasa PKP
dengan membeli barangan keperluan asas dengan harga yang sangat berpatutan.

Menurut Pengarah Projek Uncang Ramadan, Prof.Dr Razli Che Razak, inisiatif ini digerakkan menggunakan platform group Whatsapp Fakulti dan juga media sosial untuk menyokong Koperasi UMK dan juga membantu masyarakat sekitar dalam menyahut usaha UMK di bawah tema “Universiti bersama masyarakat”.

Beliau yang juga Dekan Pusat Pengajian Siswazah berkata, projek ini diusahakan untuk para tenaga pengajar di FKP merebut pahala pada keberkatan bulan Ramadan untuk menyumbang sambil bersedekah.

“Alhamdulillah program ini bukan sahaja mendapat sambutan dikalangan staf fakulti malah turut mendapat sokongan dari pihak alumni UMK dan juga masyarakat luar yang turut menyumbang.

“InshaAllah, projek sedekah ini sepanjang bulan Ramadan ini diharap dapat membantu meningkatkan jualan Koperasi dan dalam masa yang sama membantu masyarakat yang kesusahan,” katanya.

Penderma boleh membuat tempahan menerusi dalam talian atau akaun Bank Islam Malaysia Berhad UMK 03036010049349. Untuk pertanyaan dan tempahan projek Uncang Ramadan boleh hubungi pihak Koperasi UMK Berhad melalui Pn. Azianis Mohd Noor atau Cik Nur Afiqa ditalian 010-93139787/ 014-5332187.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 02 at 7.33.19 PM 1

WhatsApp Image 2020 05 02 at 7.33.19 PM

Published in Latest News

What Our International Students Say?

Latest Update: 22 September 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search