Latest News

Items filtered by date: September 2020

1

PENGKALAN CHEPA 26 September 2020, Kelantan perlu mempergiatkan pakej pelancongan domestik seperti konsep pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism)  dalam usaha memartabatkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK),  Prof. Dr. Khairil Wahidin Awang berkata, usaha itu perlu diambil memandangkan negeri ini kaya dengan khazanah alam sekitar dan budaya warisan yang memberi keunikan kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Kebimbangan isu penularan Covid 19, yang belum ditanggani sepenuhnya menyebabkan sektor pelancongan mengalami penyusutan jumlah kedatangan pelancongan antarabangsa yang amat ketara.

“Industri pelancongan antara sektor ekonomi yang amat terkesan  berikutan pandemik Covid 19 namun dengan langkah peralihan kepada sektor pelancongan domestik serta suntikan ekonomi fisikal kerajaan dan kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan aktiviti di luar rumah melalui PKPP pada Jun 2020 lepas telah serba sedikit sebanyak membuahkan hasil.

“Sehubungan itu pakej pelancongan domestik perlu diperbanyakkan dan dipergiatkan lagi,” katanya pada Program #BERSAMATOLONGKELANTAN dalam Memperkasa Pelancongan dan Ekonomi Negeri Kelantan anjuran Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dengan Kerjasama FHPK,di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 26 September 2020.

Program julung kali diadakan itu telah disempurnakan oleh Tengku Laksamana Kelantan, YBM Tengku Abdul Halim Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.Turut berangkat, Tengku Puan Laksamana Kelantan, YAM Dato’ Seri Diraja Sharifah Azwan Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Turut berlangsung ialah sesi dialog #BERSAMATOLONGKELANTAN antara YBM Tengku Laksamana Kelantan dengan 155 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta masyarakat bagi mendapat kesepakatan dalam meningkatkan lagi ekonomi negeri khususnya melalui sektor pelancongan.

Menurut Prof. Dr. Khairil Wahidin, pihak FHPK telah berbesar hati untuk bekerjasama dalam memartabatkan industri pelancongan di negeri ini dan melalui platform ini ianya membantu merapatkan hubungan diantara universiti, agensi kerajaan, pemain industri dan NGO untuk memajukan ekonomi setempat.

Katanya, dalam era pasca Covid 19 yang amat mencabar ini seharusnya kita bergembeleng usaha, berganding bahu, untuk bersama mencari idea, melaksanakan inisiatif bagi merancakkan semula sektor pelancongan negeri dan ekonomi negeri Kelantan.

Program itu turut mendapat sokongan artis tempatan, Zarul Umbrella serta kehadiran selebriti media sosial atau dikenali sebagai Instafamous dan Youtuber seperti Rhys William (Mat Salleh Cari Makan), Poyie Gasi, Piya, Que Yahya dan ramai lagi.

54

Sumber I Pusat Komunikasi Korporat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

Nama I Puan Jamilah Taib

Tel I  019-281 8220

Emel I This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Nama I Syarimie Wosley

Tel I 019 9681001

Emel I This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6

Published in Latest News

WhatsApp Image 2020 09 22 at 4.38.54 PM

30 PKS KOR SISPA UMK DITAULIAH PANGKAT LEFTENAN MUDA (PA) 

 
KANGAR 19 September I Seramai 30 Pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kompeni 5 menerima watikah pentauliahan Pegawai Leftenan Muda (PA) Kor Sispa pada Majlis Pentauliahan Kor Sispa Peringkat Kebangsaan (Kor Sispa) Kali Ke-11 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra, Perlis, hari ini.
 
Turut menerima watikah pentauliahan ialah seramai 252 pegawai kadet  Kor Sispa dari UniMAP, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam dan Puncak Alam, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman serta Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
 
Majlis pentauliahan Pegawai Muda ini adalah untuk penyampaian watikah pangkat sebagai Leftenan Muda (PA) yang telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Tuanku Canselor UniMAP.
 
Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 
Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab, Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob selaku Komandan Kor SISPA UMK serta Pegawai Bersekutu UMK.
 
Menurut Prof. Mohd Rafi, majlis hari ini adalah bagi mentauliahkan semua PKS UMK kompeni 5 ke pangkat Letftenan Muda Pertahanan Awam (PA). 
 
Katanya, mereka yang ditauliahkan ini telah melengkapkan silibus yang telah ditetapkan selama tiga tahun untuk melayakkan mereka dianugerahkan pangkat tersebut.
 
“Saya berharap PKS akan terus membantu UMK khususnya untuk penyelarasan Kor Sispa diperingkat Universiti dalam semua aktiviti, program dan majlis universiti pada masa akan datang.
 
“Malah,  sumbangan mereka tidak akan berakhir di sini dan kita berharap PKS ini akan terus memacu Kor Sispa ke arah lebih cemerlang serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.
 
Sempena majlis pentauliahan berkenaan, para peserta PKS turut melibatkan diri bersama-sama masyarakat setempat dalam aktiviti Program Tanggungjawab Sosial Korporat, iaitu kempen menjadikan ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’ melalui gotong royong membersihkan kawasan PPRT Kampung Tok Kuning, Kangar pada 18 September 2020.
 
Sementara itu, Lt. M (PA) Wan Siti Aminah Wan Shamsuddin merupakan penuntut Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) UMK telah dipilih sebagai PKS Terbaik bagi tahun 2020.
 
Anak kelahiran Besut, Terengganu itu teruja dan terkejut dengan penganugerahan tersebut kerana tidak menyangka sepanjang tiga tahun menyertai badan beruniform Kor Sispa itu berjaya menerima PKS terbaik.
 
Katanya, pencapaian ini adalah berkat dari sokongan keluarga terutama ibunya yang banyak memberi dorongan.
 
“Selain itu, jurulatih dan rakan-rakan juga banyak membantu saya mengharungi cabaran-cabaran sepanjang tiga tahun dalam tempoh latihan.
 
“Saya percaya, pelajar kena bijak bahagi masa jika mahu menyertai aktiviti ko kurikulum kerana aktiviti sukarelawan Kor Sispa hanya dilakukan pada hari minggu dan tidak melibatkan waktu kelas.
 
”Ini membolehkan saya melakukan aktiviti selepas tamat kelas manakala ketika di dalam kuliah perlu fokus pada pembelajaran,” jelasnya yang bercita-cita untuk menjadi pegawai kesihatan.
 
Tambahnya, melalui penglibatan luar dalam badan beruniform khususnya Kor Sispa akan membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan sikap kepimpinan serta berdikari.
 
“Kita juga dapat memberi sumbangan kepada masyarakat melalui aktiviti kesukarelawan dengan membantu orang lain,” ujar anak bongsu dari 13 adik beradik itu.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2020 09 22 at 4.38.53 PM

Published in Latest News

b1

Pada 14 September 2020, Bengkel Libat Urus Bersama Universiti Awam berhubung Buku MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education (EIE) yang dianjurkan oleh Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan telah diadakan bertempat di Putrajaya dan dihadiri oleh 70 peserta yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Akademik, Pengarah Pusat Keusahawanan, Pengarah Pusat Kecemerlangan Akademik dan Pengarah Pusat Mahasiswa dan Inovasi dari Universiti Awam seluruh Malaysia. YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Semula Kurikulum dan Program Keusahawanan Universiti Awam berkuatkuasa pada bulan Mei 2020. Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) telah mewakili Dato’ Naib Canselor UMK untuk mengetuai delegasi jawatankuasa khas dari UMK ke bengkel ini telah merakamkan penghargaan kepada pihak Kementerian yang memberi kepercayaan kepada pihak UMK untuk menerajui jawatankuasa khas pembangunan EIE. “Panduan ini akan menjawab persoalan bagaimana pendidikan keusahawanan diterapkan dalam kurikulum akademik” ujar Prof. Ts. Dr. Arham.

b2Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi yang merupakan ketua fasilitator memastikan setiap peserta mendapat penjelasan terbaik berkenaan kandungan draf EIE daripada jawatankuasa yang telah dilantik. Buku MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education (EIE) merupakan panduan yang disediakan untuk memacu perubahan ekosistem dan landskap pendidikan keusahawanan di IPT seluruh Malaysia yang lebih beritegrasi dan relevan kearah industri keusahawan masa sekarang dan hadapan. Buku ini memapaparkan amalan-amalan terbaik dalam pendidikan keusahawanan, kemahiran dan ilmu keusahawanan yang diperlukan oleh pelajar, pendekatan pembelajaran keusahawanan, kaedah pengukuran serta aspek tadbir urus yang dianggap melengkapi bagi mewujudkan satu ekosistem dan lanskap pendidikan keusahawan yang padu.  Buku ini juga menggariskan perbezaan penekanan pendidikan keusahawanan terhadap tiga (3) kumpulan pelajar yang berbeza iaitu dari program keusahawanan, program berkaitan perniagaan, dan program selain dari keusahawanan dan perniagaan. EIE akan menjadi sebuah buku garis panduan bagi institusi pengajian tinggi dalam usaha menerapkan pengetahuan keusahawanan yang lengkap ke dalam kurikulum pendidikan tinggi di Malaysia selari dengan aspirasi sistem pendidikan negara untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja holistik dan seimbang malah berciri keusahawanan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Keusahawanan’ tulen menjelang 2030.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman serta mendapatkan maklumbalas daripada wakil Universiti Awam (UA) berkaitan kandungan buku EIE dan kesesuaiannya untuk digunakan oleh institusi awam dalam menyemak dan membangunkan pendidikan keusahawanan dan bagaimana penerapan boleh dibuat dalam struktur kurikulum akademik yang pelbagai bidang. Wakil-wakil UA telah memberikan maklumbalas yang sangat positif dan menyambut baik inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan melalui Buku EIE dalam usaha memartabatkan agenda keusahawanan siswa dan mentransformasi program akademik seterusnya meningkatkan kebolehpasaran (employability) graduan melalui aktiviti keusahawanan.

b3

Published in Latest News

WhatsApp Image 2020 09 07 at 3.08.41 PM

7 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) and the Ministry of National Unity (MNU) have identified several scientific studies to be carried out comprehensively in an effort to formulate a unity and integration agenda at the national level.


Minister of National Unity, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique said, UMK is the second university after Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) which helps the MNU for the implementation of a comprehensive study based on facts.


She said this cooperation is expected to help the ministry formulate more approaches including national unity policy.


"Through this cooperation, MNU hopes that the study conducted by UMK can help in the development of the draft National Unity Action Plan (PTPN) 2021-2025 which will be presented at the end of this year," she said at the Launching Ceremony of PTPN Kelantan State Feedback Session and Signing Ceremony Agreement of Understanding (MoU) between MNU and UMK at Dewan Keusahawanan UMK, City Campus, Pengkalan Chepa, Kelantan, today.


According to YB Datuk Halimah, this feedback session was held in all states to gather input on the people's understanding of the ideals of the Rukun Negara as well as the proposed programme that can be implemented to achieve the goal of unity.


Meanwhile, UMK and the Ministry of National Unity (MNU) have signed a Memorandum of Understanding (MoU) to form cooperation involving unity activities and national integration organised jointly.


The MoU was signed by the Vice-Chancellor of UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail while MNU was represented by the Secretary-General of the Ministry of National Unity, Datuk Wan Suraya Wan Radzi and witnessed by the Minister of National Unity, YB. Datuk Halimah Mohamed Sadique and Menteri Besar of Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato' Hj. Ahmad Yakob.


Also present, the Chairman of the Community Unity, Culture, Heritage and Tourism Committee, YB Major (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah and Senior Division Secretary, Ministry of National Unity, Puan Zahariah Mohd Sarif.


Through the MoU, UMK will be the main driver of cooperation involving national unity and integration activities in the state of Kelantan.


According to Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, this MoU collaboration makes UMK and MNU as strategic partners in implementing activities related to national unity and integration.

He said UMK is very proud of the trust given by the MNU to carry out cooperation in the field of research and publications related to unity which will contribute to efforts in increasing unity and preserve community harmony.


Through the MoU, the University also benefits in the field of human capital development through the placement of students and staff of UMK to obtain guidance, improve new knowledge and skills regarding aspects of unity management at MNU.


"Both parties will also together increase social capital through the implementation of programmes and activities organised jointly to further strengthen the spirit of unity and goodwill in the community," he said.
According to Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, the draft National Unity Action Plan (PTPN) 2021 - 2025 is the MNU's strategic plan to implement the National Unity Policy to ensure harmony, happiness and well-being among Malaysians, including in the state of Kelantan.


“Therefore, this feedback session is important to receive suggestions or views of the community in this state before being presented to the government.


"The geographical position of Kelantan, makes the unity between the races in this state special compared to other states,” he said.

By I Corporate Communications Centre

Published in Latest News

WhatsApp Image 2020 09 06 at 9.32.05 PM

PENGKALAN CHEPA 6 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengenalpasti beberapa kajian ilmiah untuk dilaksanakan secara menyeluruh dalam usaha merangka agenda perpaduan dan intergrasi di peringkat nasional.

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, UMK adalah universiti kedua selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membantu KPN bagi pelaksanaan kajian menyeluruh berdasarkan fakta.

Katanya, kerjasama ini diharap dapat membantu kementerian merangka lebih banyak pendekatan termasuk dasar perpaduan negara.

"Melalui kerjasama ini juga KPN berharap kajian yang dijalankan oleh UMK dapat membantu berhubung pembangunan draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 yang akan dibentangkan pada penghujung tahun Ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Sesi Maklum Balas PTPN Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KPN dan UMK di Dewan Keusahawanan UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

Menurut YB Datuk Halimah, sesi maklumbalas ini diadakan di semua negeri bagi mengumpul input tentang kefahaman rakyat mengenai cita-cita Rukun negara selain cadangan program yang boleh dilaksanakan bagi mencapai tujuan perpaduan.

Sementara itu, UMK dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membentuk kerjasama melibatkan aktiviti perpaduan dan integrasi nasional yang dianjurkan secara bersama.

MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail manakala KPN diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Wan Suraya Wan Radzi serta disaksikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB. Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Besar Kelantan,  YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Dato’ Hj. Ahmad Yakob.
 
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Perpaduan Negara, Puan Zahariah Mohd Sarif.
 
Menerusi MoU itu, UMK akan menjadi penggerak utama kepada kerjasama membabitkan aktiviti perpaduan dan intergrasi nasional di negeri Kelantan.
 
Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, kerjasama MoU ini menjadikan UMK dan KPN sebagai rakan strategik dalam melaksanakan aktiviti berkaitan perpaduan dan intergrasi nasional.
 
Katanya, UMK amat berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh KPN bagi menjalankan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan penerbitan berkaitan perpaduan yang akan menyumbang kepada usaha-usaha meningkatkan kesepaduan dan memelihara keharmonian komuniti.

Menerusi MoU itu, Universiti turut mendapat manfaat dalam bidang pembangunan modal insan melalui penempatan pelajar dan kakitangan UMK untuk mendapatkan bimbingan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran baharu berhubung aspek pengurusan perpaduan di KPN.

“Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama meningkatkan modal sosial melalui pelaksanaan program dan aktiviti yang dianjurkan secara bersama bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan muhibah dalam komuniti,” katanya.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021 – 2025 ini adalah perancangan strategik KPN untuk melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional demi memastikan keharmonian, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk di negeri Kelantan.
 
“Justeru, sesi maklumbalas ini adalah penting untuk menerima cadangan atau pandangan masyarakat di negeri ini sebelum dibentangkan kepada kerajaan.
 
“Kedudukan geografi Kelantan, menjadikan perpaduan antara kaum di  negeri ini istimewa berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Published in Latest News

What Our International Students Say?

Latest Update: 22 September 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search