Latest News

UMK MENANG ENAM ANUGERAH SENI MAKUM 2019 BACHOK

WhatsApp Image 2021 01 03 at 4.08.59 PM

3 Disember I Walaupun penularan pandemik COVID-19 masih belum berakhir, namun Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus mampamerkan kecemerlangan dalam memartabatkan kebudayaan, kesenian dan warisan negara apabila berjaya merangkul enam anugerah utama pada Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2019.

UMK berjaya membawa pulang Anugerah Bonang Emas Lelaki (Perak) yang dimenangi oleh pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Muhammad Nur Faizuddin Mohd Fuad, Anugerah Bonang Emas Perempuan (Perak) dimenangi oleh pelajar Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) iaitu Intan Noor Shaziera Ridzuan dan Anugerah Gambang Mustika Gangsa (Persatuan Seni Terbaik) diwakili oleh kumpulan Lestari Warisan (Le'Waris).

Selain itu, UMK turut memenangi Anugerah Gendang Sari MAKUM 2019 dimenangi oleh staf dari Seksyen Kebudayaan, Pusat Sukan dan Kebudayaan UMK iaitu En. Shaipuddin Muhammad, Cik Raja Fadhilah

Raja Ahmad dan Pn. Noor Hayati Zakaria dan Anugerah Lambang Sari MAKUM 2019 dimenangi oleh En. Wan Mohd Arizuddin Wan Mohd Nor, Pn. Nik Nurul Hidayah Nik Mat, Pn. Noor Amiera Saila Ramlee dan En. Nik Mohd Fatihah Nik Mat.

UMK turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gong Kencana Perak iaitu anugerah yang mengiktiraf pusat tanggungjawab yang paling aktif dalam pembangunan mahasiswa dalam bidang seni dan budaya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Zaliman Sauli berbangga dengan pencapaian cemerlang yang dipamerkan oleh barisan mahasiswa UMK dan juga kakitangan Seksyen Kebudayaan UMK.

Katanya, biarpun UMK adakah universiti berfokuskan bidang keusahawanan namun UMK sentiasa menyediakan peluang dan fasiliti kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang berminat dengan seni budaya untuk menzahirkan minat dan bakat mereka dalam bidang tersebut sebagai aktiviti kokurikulum tambahan.

"UMK turut tidak asing dalam melahirkan pelajar yang turut menjurus kepada bidang seni yang mana secara realitinya telah memenangi beberapa pertandingan yang berfokuskan kepada bidang seni dan kebudayaan,” ujarnya lagi.

Beliau berharap, UMK mampu meneruskan kecemerlangan ini pada ASM akan datang untuk terus bersaing dengan 20 universiti awam (UA) lain.
“ASM adalah penilaian dan pengiktirafan oleh MAKUM ini berdasarkan kepada pencapaian kejayaan dan kecemerlangan oleh universiti-universiti Malaysia dalam pertandingan-pertandingan dan festival-festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2019,” katanya.

Anugerah ASM 2019 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selaku mantan Sekretariat MAKUM telah rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Majlis ini julung kali diadakan secara atas talian menerusi Facebook Rasmi MAKUM pada 30 Disember 2020.

Oleh I Pusat Sukan dan Kebudayaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

WhatsApp Image 2021 01 03 at 4.09.00 PM

Read 73 times
Rate this item
(1 Vote)

What Our International Students Say?

Latest Update: 11 Januari 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search