Latest News

UMK DAN PRINCESS OF NARADHIWAS UNIVERSITY (PNU) THAILAND TANDATANGAN MOA SECARA MAYA

Friday, 30 October 2020 11:55

WhatsApp Image 2020 10 28 at 5.37.46 PM

BACHOK 28 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Princess Of Naradhiwas University (PNU) Thailand tidak menjadikan ancaman pandemik Covid-19 sebagai halangan dalam menjalinkan kerjasama pendidikan. Buktinya hari ini kedua pihak telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) secara maya bagi kerjasama akademik.


Majlis menandatangani MoA bagi pihak UMK telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, pada 28 Oktober 2020 yang disiarkan secara sidang maya. Manakala PNU yang diwakili oleh Presidennya, Prof. Madya Dr. Rossukon Sangmanee menandatangani MoA berkenaan di universiti mereka.


MoA itu turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob dan Timbalan Presiden PNU, Penolong Profesor Dr. Supath Srisawas. Hadir sama, Dekan Pusat Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Razli Che Razak dan Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, Prof. Madya Dr. Ng Siew Foen.


WhatsApp Image 2020 10 28 at 5.37.50 PMMenurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, kerjasama antara UMK dan PNU adalah salah satu contoh terbaik dalam mempamerkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Thailand sejak berabad lamanya.


Beliau amat berbangga diatas kepercayaan PNU kerana telah memilih UMK untuk melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa.


“UMK menerusi Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menerima tujuh permohonan dari staf akademik PNU untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD.


“Pihak UMK berharap kerjasama strategik antara UMK dan PNU menjadi pemangkin kepada UMK untuk menerima lebih ramai lagi pelajar antarabangsa khususnya dari negara Thailand,” katanya.


Sementara itu, Prof. Dr. Mohd Rafi berkata, UMK menerima kemasukan tujuh pelajar antarabangsa dari PNU untuk melanjutkan pengajian PhD di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (enam pelajar) serta Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (1 pelajar) untuk kemasukan sesi 2020/2021.


“Untuk makluman, sehingga kini UMK telah memiliki pelajar antarabangsa dari 17 buah negara iaitu dari China, Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, Maldives, Senegal, Ghana, Nigeria, Bangladesh, Ethiopia, Somalia dan banyak lagi.


“Kami berharap kerjasama antara UMK dan PNU menjadi satu keutamaan kepada kami untuk mencapai sasaran dengan mempunyai lebih ramai pelajar antarabangsa pada masa akan datang,” katanya.


Pada majlis sama, turut berlangsung forum akademik bertajuk Towards Strengthening Global Partnership bersama tiga panel iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi, Dekan PPS, Prof. Dr. Razli dan Pembantu Presiden PNU, Mr. Alee Jehlae yang disiarkan secara langsung menerusi Webinar yang boleh ditontoni menerusi Facebook Rasmi UMK


Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 10 28 at 5.37.49 PM

UMK ANJUR SESI TAKLIMAT PENGAJIAN SEPARUH MASA KEPADA ANGGOTA PDRM

Monday, 26 October 2020 16:39

WhatsApp Image 2020 10 26 at 4.38.49 PM

KOTA BHARU 25 Oktober I Dalam usaha menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan pekerja, Malaysian Graduate School Of Entrepreneurship And Business (MGSEB) bersama-sama Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) telah mengadakan sesi Taklimat Pengajian Separuh Masa di UMK kepada 60 anggota PDRM, di Dewan Tun Salleh, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), Kota Bharu, Kelantan, pada 22 Oktober 2020.


Sesi taklimat selama dua jam itu dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Peringkat Kontinjen Kelantan diadakan bertujuan untuk mendapat maklumat tepat berkaitan peluang pendidikan kepada anggota PDRM untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan di peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah di UMK.


Program pengajian prasiswazah yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan).


Sementara itu, program pascasiswazah di peringkat sarjana dan kedoktoran, MGSEB menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).


WhatsApp Image 2020 10 26 at 4.38.49 PM 1Antara pengisian utama iakah sesi penerangan dan sesi soal jawab yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Pengarah UMKCEE, Prof. Madya Ts. Dr. Zuraimi Abdul Aziz dan Pengarah MGSEB, Dr. Dzulkifli Mukhtar.


Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH SAC Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen, YDH SUPT Zulkifli Mat Deris dan Pegawai Turus Pentadbiran Kontinjen Kelantan, YDH DSP Mohamad Ismail Jamaluddin.

 

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 10 26 at 4.38.50 PM 1

Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan

Tuesday, 20 October 2020 11:46

WhatsApp Image 2020 10 20 at 11.37.37 AM

KOTA BHARU 19 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dan Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan dan bidang keusahawanan berasaskan kepakaran dan fokus masing-masing khususnya kepada rakyat di Negeri Kelantan.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah manakala Kerajaan Negeri pula diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajah Mumtaz bt. Md Nawi dan disaksikan Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa), Pn. Ilvira Mohd Dasuki.

Majlis menandatangani MoU adalah sempena Majlis Perasmian Penutup Hari Kebajikan Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu, pada 19 Oktober 2020.

Sehingga kini beberapa aktiviti bersama telah dilaksanakan, antaranya ialah melaksanakan sebahagian dari projek “Lembah Barakah: UMK- Kelantan Bersama Melangkah ke Hadapan”. MoU ini turut menekankan keperluan petukaran kepakaran antara UMK dan UKeKWa. Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan berasaskan kepakaran bersama ialah, Pemetaan Ekosistem Wali dan Kerabat Komuniti Miskin di Kota Bharu Kelantan. Juga beberapa aktiviti yang melibatkan peningkatan kepakaran dalam penyelidikan dan pembinaan kapasiti komuniti di negeri Kelantan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Page 1 of 150

What Our International Students Say?

Latest Update: 19 Oktober 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search