Latest News

PEMANGKU RAJA KELANTAN BERKENAN RASMI SEMINAR PERANAN RAJA-RAJA MELAYU MENYATUKAN RAKYAT

Tuesday, 07 August 2018 15:54

38493470 2299827280244416 7354024397859979264 n

KOTA BHARU 7 Ogos I Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan berangkat ke majlis Seminar Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd. Amar Nik Abdullah, Timbalan Yang Di Pertua MAIK, Dr. Haji Nik Mohd Azlan Abd. Hadi dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar.

Sementara itu, YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Tuanku Canselor UMK turut berkenan melancarkan buku Sejarah Kesultanan Melayu Kelantan.

Baginda bertitah dalam ucapannya, bahawa penganjuran seminar ini berkaitan dengan Institusi Kesultanan Melayu atau kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang telah dicetuskan oleh baginda sendiri sejak beberapa lama sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum (PRU) Ke 14 .

Titah baginda, Institusi Kesultanan atau kedudukan Raja-Raja Melayu merupakan salah satu pancang kenegaraan yang utama dan terdapat enam perkara utama sebagai wasiat raja-raja Melayu yang telah dikanunkan dalam perlembagaan persekutuan.

“Telah diperakui bahawa perkara-perkara tersebut ada hubungannya dengan warisan peradaban bangsa Melayu namun harus disedari bahawasanya hal ini sudah bertukar menjadi kepentingan dalam konteks dan konsep kenegaraan Malaysia.

“Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu menjadi lambang perpaduan serta tunjang kepada kesatuan dan persatuan bangsa Malaysia baharu dimana bangsa ini dalam perjalannya menunju taraf menjadi bangsa moden yang sedang melangkah ke arah negara maju,” titah baginda.

Dalam pada itu, YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertitah dengan menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di negeri Kelantan tanpa mengira keturunan etnik dan kaum kembali kepada akar sejarah dan tamadun nusa bangsa.

38612184 2299832256910585 2208879694395211776 nTitah baginda, dalam konteks memahami sejarah negara dan tamadun bangsa ini hendaklah usaha-usaha dan langkah diambil bagi memperkenalkan sejarah negeri-negeri Melayu amnya dan negeri Kelantan khasnya kepada para pelajar sejak awal lagi.

“Usaha ini perlu diambil sejak mereka berada di bangku sekolah menengah dengan tujuan supaya mereka menjadi arif dan tidak jahil dengan sejarah negeri mereka sendiri.

“Ini kerana apabila mereka mengerti sejarah maka timbul perasaan cinta dan sayang mereka kepada bangsa bangsa dan negara mereka sendiri dan sekaligus apabila ini tertanam dalam jiwa mereka maka kita tidak perlu berkempen dan menjalankan propaganda bagi membangkitkan semangat patriotisme setiap kali bulan kemerdekaan,” titah baginda.

Sementara itu, baginda berharap masyarakat menolak isu-isu perbezaan dan tuntutan –tuntutan berasaskan kaum yang dilaungkan dan perlu dihentikan untuk mengelakkan berlakunya perpecahan yang ketara di kalangan kita.

Baginda bertitah, jika sesebuah negeri atau negara tidak dibina dengan landasan ilmu atau sekadar cuma mengikut selera lidah pimpinan secara Ad-hoc maka tentu jurang polarisasi kaum akan bertambah luas.

“Lihatlah betapa kukuhnya perpaduan bangsa di negara-negara yang mengamalkan sistem beraja kerana raja itu lambang perpaduan dan kesatuan nilai fikrah bangsa dan umat.

“Ambil iktibar daripada Jepun, Thailand, England, Sweden, Norway dan Denmark,” titah baginda lagi.

Justeru, baginda turut bertitah bahawa konsep persekutuan dan tonggak-tonggak utama serta perlembagaan perlu dididik di kalangan rakyat khususnya generasi muda.

“Mereka tidak ada atau kurang pengetahuan tentang perlembagaan dan sejarah negara sendiri padahal perlembagaan sewajarnya menjadi subjek wajib merentasi fakulti dan kurikulum di pusat-pusat pengajian tinggi.

“Bahkan sudah sampai masanya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengadakan kursus khas perlembagaan, konsep rukun negara dan dasar-dasar sosial serta sebagainya kepada wakil-wakil rakyat,’ titah baginda.

38738305 2299832273577250 7746854510617690112 n

UMK TAWAR PROGRAM AKADEMIK PENGAJIAN SARJANA MUDA SEPARUH MASA

Sunday, 29 July 2018 09:11

HC2A3892

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN mengambil langkah ke hadapan dengan menawarkan pengajian sarjana muda separuh masa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dengan menyediakan syarat kemasukan secara lebih mudah.

Pengarah Pengarah Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) Prof. Dr. Mohamed Dahlan Ibrahim berkata, mod pengajian Program pengajian itu membuka ruang kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran peringkat ijazah pertama tanpa pendidikan formal.

Beliau berkata, program ini dibuka untuk pengambilan sesi pengajian September 2018/2019 dengan menawarkan program Sarjana Muda Keusahawan (Perdagangan) dengan Kepujian, Sarjana Muda Keusahawan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian,Sarjana Muda Keusahawan (Peruncitan) dengan Kepujian dan Sarjana Muda Keusahawan (Pelancongan) dengan Kepujian.

HC2A3880“Syarat Kemasukan dan Keperluan Khas Program adalah dengan kelulusan   SPM/ MCE/ SPVM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi atau Diploma.

“Manakala mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik di atas, boleh memohon dengan syarat lulus APEL A* di mana program ini diselia oleh UMK serta empunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan,” katanya.

Justeru, beliau mempelawa calon-calon berkelayakan untuk mengikuti program Pengajian Ijazah Sarjana Muda secara separuh masa dengan permohonan pendaftaran boleh dibuat secara atas talian.

“Permohonan dibuka dari Mei hingga 2 Ogos 2018 di bawah Pusat Pendidikan Luar UMK atau UMKCEE,” katanya.

Penubuhan UMKCEE adalah sebagai platform untuk membangun dan melaksanakan pendidikan sepanjang hayat dan dalam usaha menjana pendapatan kepada universiti.

Pihak UMKCEE kini giat mengadakan pendaftaran dan tawaran ini juga tebuka kepada Staf dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut 09 771 7050 (En Zainuzi) dan 09 771 7053 ( En Azrul)

HC2A3875

250 PENYAIR TERNAMA DUNIA GEGARKAN PENTAS UMK

Monday, 23 July 2018 09:04

aa2f5415 f422 4388 966b fcd7fdd9107c

BACHOK I Perkampungan Budaya atau Teniat yang terletak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok bertukar riuh dengan suara padu daripada 250 delegasi penyair dan deklamator ternama dari 12 buah negara yang berkongsi pentas pada program Apresiasi Seni sempena Konvensyen Penyair Dunia 2018 (KONPEN 2018) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Julai 2018.

Pentas UMK yang menutup tirai himpunan para tokoh dan penyair ternama bertaraf dunia sempena KONPEN 2018 yang diadakan selama tiga hari di HR Resort, Pantai Chap disertai oleh penyair Itali, Taiwan, Korea Selatan, India, Russia, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Timor Leste.

 A3A4831KONPEN 2018 telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMK merangkap Penaung Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman manakala program Apresiasi Seni telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Turut hadir, Presiden PENYAIR Malaysia, Dr A Rahim Abdullah dan Pengarah KONPEN 2018, Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim.

Program julung kali diadakan ini turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), UMK, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Majlis Daerah Bachok dan Polis Kelantan.

Menurut Prof. Madya Ahamad Tarmizi, penganjuran program ini adalah bersifat antarabangsa sebagai satu platform untuk memaklumkan bahawa dunia kepenyairan ini adalah salah satu warisan nusantara yang harus dipertahankan.

Justeru, FTKW melalui Program Pengajian Warisan yang mendokong peri pentingnya warisan melalui empat buah bidang di bawahnya iaitu Kesusasteraan Warisan, Warisan Budaya, Seni Persembahan dan Muzik.

“Keempat-empat bidang yang ditawarkan di bawah progran ini merangkumkan aspek-aspek warisan untuk didedahkan kepada pelajar.

“Selain Program Pengajian Warisan, FTKW menawarkan Program Teknologi Kreatif yang turut mengkreasikan warisan sebagai asas dan pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkenaan dengan aspek-aspek warisan di dalam pembelajaran mereka,” katanya.

UMK berhasrat program ini dijadikan acara tahunan dalam melestarikan kegemilangan puisi melayu dan mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai untuk melaksanakan program seumpama ini.

eb34b6ba 8c54 4375 85e4 0324b1a6b135

What our Students say?

Latest Update: 18 October 2018

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search