Latest News

500 PESERTA MERIAHKAN LARIAN PERDANA 10 TAHUN UMK

Monday, 01 May 2017 12:12

larian10tahun

LARIAN Perdana bersempena Sambutan 10 Tahun Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapat sambutan hebat apabila lebih 500 peserta hadir menyemarakkan larian anjuran Pusat Ko-Kurikulum, Pejabat Hal Ehwal bertempat di UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, pada 29 April 2017.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu 10 kilometer, 5 kilometer dan dan Fun Run 2.4 kilometer bermula di UMK Kampus Bachok yang telah disempurnakan pelancaran Flagg Off oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif.

Sebelum itu, kira-kira 500 peserta yang diketuai oleh Prof. Dato’ Abdul Aziz bersama-sama bersenamrobik sebelum memulakan larian pada kira-kira 8.30 pagi

Menurut Prof. Dato’ Abdul Aziz, larian perdana yang julung kali diadakan ini mendapat penyertaan daripada beberapa agensi yang dijemput di sekitar daerah Bachok termasuk penyertaan berkumpulan dan individu daripada negeri Perak, Selangor, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, program ini adalah medium terbaik dalam memperkenalkan UMK yang sinonim dengan 10 tahun penubuhannya di samping mengeratkan hubungan antara warga Institut Pengajian Tinggi dan pelbagai agensi kerajaan di sekitar kampus UMK Bachok.

“Sehubungan itu, program ini memberi peluang kepada universiti menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan idea kreatif dan inovatif serta mempromosikan UMK sejajar dengan penubuhannya sekaligus membudayakan gaya hidup sihat di kalangan staf dan masyarakat.

"Larian ini juga sekaligus memberi kesempatan kepada peserta berlari sambil mengambil mengenal Kampus Bachok,” katanya.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UMK,  En. Zulkifli Mohd Zan, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, En. Mohammad Nizamuddin Abdul Rahim dan Pegawai Belia dan Sukan, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.

Pertandingan ini juga melibatkan beberapa agensi yang dijemput di sekitar daerah Bachok antaranya Institut Kemahiran Belia Negara Daerah Bachok, Pejabat Pendidikan  Daerah Bachok, Pusat Giat Mara Bachok, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, Kolej Vaksional Bachok, Sekolah Menengah Badak dan juga beberapa buah sekolah yang berhampiran di sekitar UMK Kampus Bachok.

Larian ini menawarkan wang tunai keselruhan berjumlah RM1,000 bagi ketiga-tiga kategori.

Acara itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang di mana pelbagai aktiviti akan disediakan termasuk cabutan bertuah menerusi ruang promosi yang lebih hebat.

200 TEMPAT DITAWARKAN SAMBUNG PENGAJIAN DI UMK : PELUANG KEDUA SEMPENA PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA 2017

Tuesday, 18 April 2017 16:06

 

 

Oleh : Syarimie Wosley      Foto : Al Azam Razi

JelajahBumiputera1

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menawarkan sebanyak 200 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf secara bersyarat sebagai laluan khas untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut untuk mengikuti program ijazah sarjana muda bagi sesi 2017/2018 pada September depan.

JelajahBumiputera3Penolong Pendaftar Kanan,  Bahagian Pentadbiran Akademik UMK, En. Mohd Zamri Ismail berkata, tawaran bersyarat ini diberikan kepada kumpulan isi rumah di bawah kategori B40 dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 (JPB).

Beliau berkata,  ini selaras dengan objektif program JPB yang bermatlamat menyediakan peluang kedua kepada golongan pelajar Melayu dan bumiputera yang miskin dan kurang berkemampuan serta tidak menerima sebarang tawaran atau tercicir ke universiti dan kolej kemahiran pada kemasukan UPU bagi sesi September 2017.

JelajahBumiputera4“Peluang ini masih dibuka kepada pelajar yang tergolong dalam kategori ini untuk hadir ke Bahagian Pentadbiran Akademik UMK Kampus Bachok untuk membuat semakan kelayakan masing-masing untuk mengisi kekosongan 200 tempat untuk mengikuti 24 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

“Pelajar yang berminat boleh membawa kad pengenalan sendiri, ibu bapa dan salinan keputusan peperiksaan SPM, STPM, matriks/diploma, MUET serta slip pendapatan ibu bapa yang disahkan ke pejabat BPA sehingga bulan Ogos 2017,” katanya pada program JPB 2017 di Dewan Terbuka Tok Tangok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok, Kelantan.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Induk JPB 2017, Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua UMNO Bahagian Bachok, TYT Dato’ Dr. Awang Adek Hussin,

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif dan Pengerusi Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), Dato’ Mohd Faizal Daud.

JelajahBumiputera2Pada majlis itu, UMK turut menyerahkan surat tawaran kepada Siti Nuramalina Amran yang berjaya menerima permohonan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK.

Booth UMK yang dibuka seawal jam 9.00 pagi dan berakhir 2.00 petang mendapat sambutan ramai yang yang membuka permohonan untuk kesemua 24 kursus yang ditawarkan mengikut ketiga-tiga kampus UMK.

Pada program itu sebanyak 20 IPTA dan 12 kolej kemahiran menyertai JPB 2017 dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Tan Sri Ir. Prof Sahol Hamid berkata, program JPB 2017 menyediakan 50,000 kekosongan untuk pelajar yang layak bagi melanjutkan pelajaran di 35 IPTA termasuk kolej kemahiran, kolej komuniti dan sebagainya yang terlibat dalam jelajah  ini .

JelajahBumiputera5“Keseluruhan 55 lokasi jelajah yang terpilih untuk tahun ini dan sudah separuh lokasi yang kita selesaikan sejak 11 Mac keutamaannya untuk pelajar miskin dan dari luar bandar di mana mereka boleh masuk mana-mana IPTA atau kolej kemahiran bersesuaian dengan kelayakan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma serta ijazah," katanya.

Menurutnya, pelajar miskin yang terpilih akan menerima wang pendahuluan, namun ada juga negeri yang beri peruntukan khas untuk anak negeri mereka seperti Perlis dan Negeri Sembilan.

“Kita beri sumbangan wang pendahuluan ini sebab kita dapati ramai yang tak dapat masuk IPTA sebab tak dapat sediakan wang pendahuluan,” katanya.

TOKOH TARIAN ZAPIN SALOR DAN ZAPIN HANUMAN SALOR MAHU PERTAHANKAN WARISAN BANGSA UNTUK GENERASI MUDA

Saturday, 08 April 2017 16:53

Oleh : Syarimie Wosley       Foto : Al Azam Razi

ZapinSalor

ZapinSalor9TOKOH Tarian Zapin Salor dan Zapin Hanuman Salor, En. Abdul Manaf  Awang, menyarankan pihak berwajib mengangkat seni tarian itu sebagai elemen Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) seperti Makyong yang di pilih sebagai satu warisan dunia yang perlu dipelihara.

Beliau berkata, pihak kerajaan negeri dan persekutuan boleh memainkan peranan dengan menghidupkan semula seni Tarian Zapin Salor dan Zapin Hanuman Salor yang secara tidak langsung dapat meningkatkan warisan itu di mata dunia selain memperkembangkan minat generasi muda terhadap seni dan budaya  di negara ini.

“Tarian Zapin Salor dan Zapin Hanuman Salor mungkin tidak sepopular Tarian Zapin Johor yang sinonim di kalangan masyarakat yang sering dipentaskan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa sehingga menjadi daya tarikan pelancong serta diiktiraf sebagai indentiti Negeri Johor itu sendiri.

ZapinSalor6

“Walaupun telah wujud lebih 100 tahun, tarian zapin Salor masih berkembang di kalangan penduduk tempatan khususnya di beberapa daerah terutamanya di Kampung Salor, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang begitu giat mempertahankan warisan itu,” katanya.

Beliau berkata demikianpada majlis penutup Bengkel Warisan Zapin Salor Dan Zapin Hanuman Salor 2017 anjuran Bahagian Kebudayaan, Pusat Ko- Kurikulum, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti - Universiti Malaysia (MAKUM), di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 8 April 2017.

ZapinSalor7Turut hadir, Pengarah Program Kemasyarakatan UMK, Prof. Madya Dr. Mohd. Anizu Mohd Nor, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UMK, En. Mohammad Nizamuddin Abdul Rahim dan Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Puan Alifah Adnan.

Bengkel selama dua hari yang bermula 7 hingga 8 April 2017 itu mendapat penyertaan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), UMK dan Rajabhat Songkla Universiti, Thailand.

Menurut Abdul Manaf, tarian Zapin Salor dan Tarian Zapin Hanuman dikatakan telah dibawa masuk ke Kampung Salor, Pasir Mas, Kelantan sekitar tahun 1900 oleh pedagang-pedagang Arab yang berniaga dan berdakwah disini.

Katanya, tarian ini pada tujuan asal adalah untuk mengisi masa lapang para pedagang dan pendakwah yang berdagang ke negeri ini dan tidaklah terkenal seperti tarian zapin Johor kerana seni tari Zapin Salor serta Zapin Hanuman Salor mempunyai  langkah tari yang pantas dan agresif.

ZapinSalor8“Tarian ini sewajarnya dipertahankan dan diperjuangkan dalam usaha untuk memperkembangkan sejarah tari tersebut sebagai karya agung yang perlu diperlihara dan dipelajari serta dihayati oleh generasi masa kini.

“Pada zaman kegemilangannya, kumpulan kami pernah mengadakan persembahan sempena Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan Kelantan  serta dijemput untuk membuat persembahan pada majlis-majlis kenduri kahwin,” katanya.

Tambah Abdul Manaf atau mesra disapa dengan nama Abah memberitahu kumpulan kami juga turut menyertai pertandingan tarian zapin yang diadakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pernah menjadi juara pada pertandingan di Singapura.

Sementara itu, En. Mohammad Nizamuddin berkata, penganjuran bengkel Tarian Zapin Salor dan Zapin Hanuman Salor adalah bertujuan menjadikan UMK sebagai pusat rujukan kajian serta penyelidikan untuk seni warisan dan budaya melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.

ZapinSalor5Beliau berkata, pelaksanaan program ini juga adalah untuk menghidupkan kembali seni tari  zapin yang pernah bertapak di negeri Kelantan kepada generasi muda dalam usaha untuk membantu universiti mencapai objektifnya untuk menguasai pelbagai bidang seni budaya.

“Pihak UMK boleh memainkan peranan dalam membuat koleksi bahan sejarah untuk didokumentasikan dan sekaligus menjadi pakar rujuk di dalam memartabatkan seni warisan Tarian Zapin Salor dan Zapin Hanuman Salor di Negeri Kelantan,” katanya.

ZapinSalor3Tambah beliau, penggiat dan tokoh budaya ini kebanyakannya telah berusia tetapi masih bersemangat untuk menyumbangkan serta mengangkat seni budaya ini melalui kerjasama yang diberikan untuk berkongsi pengalaman.

“Bahagian Kebudayaan, Pusat Ko-Kurikulum telah mengadakan pelbagai siri bengkel serta kursus  berkaitan budaya seperti rebana kercing, tarian rebab, makyong, tari inai dan terbaru tarian zapin.

“Justeru itu, kita akan bekerjasama dengan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan untuk menjadi pusat menyimpan khazanah dan menjadi pusat rujukan kepada para penyelidik,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Fasilitator Bengkel Tarian Zapin Salor, En. Mohd Hazlami Harun, berkata, tarian zapin Salor dibawa oleh pedagang yang berasal daripada Yemen iaitu Sheikh Abdullah bersama keluarganya  yang datang berdagang kain ke Kampung Salor sebelum diketengahkan oleh Tengku Mahmud pada tahun 1900.

“Gerakan tari zapin Salor pada asas adalah datang dari Arab dan ragam-ragamnnya dicipta melalui alam semulajadi dan alam persekitaran manakala dari segi gerak tari zapin salor mempunyai tatatertib yang sangat halus iaitu bila bergerak kaki kena dalam keadaan sopan dan lemah lembut  tanpa menampakan kaki.   

ZapinSalor4“Terdapat beberapa jenis ragam zapin Salor dan Hanuman Salor  diantaranya siku keluang, decok, gelombang, gelombang dua, gelombang tiga, semerang, wakaf siku, nombor 8 dan pusing tengah,” katanya.

Menurut Mohd Hazlami, di dalam ragam-ragam zapin salor terdapat gerak yang selalu dipersembahkan iaitu Gerak Acah dimana gerak ini diambil daripada permainan tradisional yang amat popular di Kelantan iaitu Galah Panjang (Choh) dan gerakan kuis kaki dimana gerak ini dimabil daripada pergerakan ayam menguis kaki untuk mencari makanan.

“Manakala, tarian Zapin Hanuman Salor mendapat nama melalui tarian zapin yang diilhamkan oleh Mat Nor dan Jaafar yang meniru pergerakan kera liar yang sering bermain-main di kawasan latihan dimana gerak tarinya agak laju dan bertenaga.

“Pada masa itu, Tengku Mahmud salah seorang penggiat tarian zapin ini telah membuat perubahan sebelum penubuhan zapin salor, pakaian pada masa itu adalah jubah putih dengan kain serban putih dan tarbuh Turki dengan menukarkan pakaian diubah kepada baju Melayu hitam sepasang bersamping dengan songkok pendek,” katanya.

What Our International Students Say?

Latest Update: 22 September 2020

E-Community



 

Contact

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

 

lamanwebumk

Search