A- A A+
logoumk10tahun

UMK RANGKUL 12 PINGAT DAN MENANG TEMPAT PERTAMA BOOTH PAMERAN TERBAIK MTE 2017

Oleh : Syarimie Wosley     Foto : Al Azam Razi

MTE2017

PRODUK DBHM As Anti-Coagulant Agent yang berasaskan ekstrak lintah Hirudinea Manillensis: Dark Brown Buffalo Leech yang dihasilkan oleh pensyarah Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), En. Zulhisyam Abdul Kari @ Abdullah berjaya memenangi pingat emas pada pertandingan dan pameran rekacipta serta inovasi di Ekspo Teknologi Malaysia 2017 (MTE 2017).

Turut menggungguli ialah produk Super Dielectric CCTO-Glass Capacitor yang dihasilkan oleh Timbalan Dekan Fakulti Bio kejuruteraan Dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Julie Juliewatty Mohamed, yang turut merangkul  pingat emas pada pameran yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 16 hingga 18 Februari 2017.

Pada MTE 2017, UMK mempertandingkan 15 produk hasil penyelidikan dan inovasi itu juga berjaya  meraih perhatian juri apabila mendapat tempat pertama untuk Kategori Booth Pameran Terbaik.

Menerusi 15 produk itu,  UMK memenangi dua pingat perak, lapan gangsa dan  tiga medal merit di MTE 2017 anjuran Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS) dan PROTEMP Exhibition and Conferences Sdn Bhd selaku penganjur.

Dua pingat perak diraih oleh penyelidik FIAT, Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah yang menghasilkan produk N-Macom: Agrowatse Derived Nano-Magnetic Adsorbent Composite manakala produk G-Technique for Propagation of Orchard and Ornamental Plants hasil ciptaan Pensyarah Kanan FIAT, En. Mohammad Amizi Ayob.

Sementara itu, lapan produk penyelidik UMK masing-masing memenangi pingat gangsa menerusi produk Potential of Locally Grown Indigenous Arthrospira (Spirulina Platensis) As De Facto Health Supplement and Cosmectic Products ciptaan Felo Kanan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Lokman Shamsudin dan Dr. Syarifah Ab. Rashid.

Selain itu,  produk Herbal Syrup oleh Dekan Fakulti Sains Bumi (FSB), Prof. Madya Dr. Aweng Eh Rak, produk TAPzyme As Detergent Additive oleh Timbalan Dekan FIAT, Prof. Madya Dr. Noor Azlina Ibrahim dan produk Anti-Radon Composite Brick oleh Pensyarah Kanan FSB, Dr. Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab.

Turut menyumbang pingat  gangsa ialah produk Cybersecurity Risk Matrix:Human Factor On Digital Social Media oleh Dr. Nik Zulkarnaen Khidzir, produk Handy Z Gel (Wound Healing) oleh Ketua Jabatan FSB, En. Zulhazman Hamzah, produk VHySOL Novel Sol Gel Hybrid Sorbent Material for Ultra Trace Pesticides Analysis oleh Dr. Krishna Veni a/p Veloo dan produk Development of Creep Feed for Growing Boer Goat Kids to Enhance Growth and Survival.

Menurut En. Zulhisyam, produk  DBHM Liquid As Anti-Coagulant Agent adalah projek inovasi yang dijalankan sebelum ini yang menggunakan ekstrak lintah tempatan atau lintah berwarna hijau yang lazimnya digunakan oleh pengamal perubatan alternatif untuk tujuan perubatan dan juga untuk penghasilan produk berasaskan protein lintah.

Katanya, dalam kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa spesis lintah mengandungi agen anti-pembekuan darah untuk mencegah darah daripada menjadi beku dan hasil kajian sudah lama diketahui menunjukkan bahawa lintah tempatan mengandungi agen anti-pembekuan.

“Kumpulan penyelidik kami telah berjaya membuktikan lintah yang berwarna gelap iaitu spesis hirudinea manillensis: dark brown buffalo leech mempunyai komposisi protein yang sama dengan lintah jenis berwarna hijau dan kajian ini membuktikan bahawa lintah jenis gelap juga mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai bahan asas untuk produk-produk tertentu,” katanya.

Tambah En. Zulhisyam, produk inovasi pertama yang menggunakan protein berasaskan lintah kerbau coklat ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos harga untuk jualan tetapi pada masa sama mempunyai potensi yang cerah untuk digunakan sebagai antikoagulan suntikan yang berasaskan tisu mukosa atau usus haiwan seperti khinzir (babi) yang tidak digalakkan untuk muslim.

“Pada pameran MTE 2017, produk DBHM As Anti-Coagulant Agent mendapat perhatian beberapa syarikat luar yang berminat dengan kajian tersebut.

“Dengan kejayaan ini saya merakamkan terima kasih kepada kumpulan penyelidik kami iaitu Prof. Madya Dr. Lee Seong Wei, Dr. Hafiz Jamaludin, Dr. Shamsul Mohamed dan Dr. Mohammad Khairul Azhar Abdul Razab atas sokongan dan juga idea-idea yang bernas untuk meneruskan kajian terhadap hidupan yang sangat unik iaitu lintah,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Penolong Pendaftar, Pejabat Perundingan, Harta Intelek dan Pengkomersialan (CIC), Pejabat Pengurusan dan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, En. Ahmad Fadzil Abd.Rashid berkata, 15 produk yang dipertandingkan pada MTE 2017 secara keseluruhannya mempunyai potensi dan mampu dikomersialkan.

Katanya, kejayaan ini merupakan kayu ukur pameran pembuka tirai dan platform terbaik menjadi kepada para penyelidik UMK  menerima pengikitirafan di atas usaha dan penyelidikan yang dihasilkan untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa.

Published in Latest News
Last modified on Wednesday, 22 February 2017 13:18 Read 717 times

HOT TOPIC