A- A A+
logoumkmerdeka2017

UMK MENANG 1 PINGAT PERAK DAN 1 GANGSA DI KARNIVAL INOVASI P&P UKM 2017

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) memenangi satu pingat perak dan satu pingat gangsa bagi teknologi berkaitan pembangunan aplikasi dalam talian yang bertajuk Where Is My O2 dan See? pada Karnival Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (K-Inovasi P&P) di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada 15 hingga 16 Februari 2017.

Pencapaian UMK buat julung kali itu adalah menerusi  Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan menghantar dua penyertaan pada pertandingan K-Inovasi P&P UKM.

K-Novasi P&P UKM 2017 adalah salah satu acara terbesar di UKM yang mempunyai penglibatan lebih 300 ahli akademik daripada UKM dan juga banyak ahli akademik daripada Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia.

“Where Is My O2?” adalah hasil kajian membangunkan aplikasi yang boleh digunakan dalam pembelajaran respirasi sel dari aspek biokimia oleh Ketua Jabatan Praklinikal FPV,  Dr. Hoe Chee Hock bersama lima pelajar tahun satu yang terdiri daripada Hannah Alam 

Faizli, Mu Siew Woon, Chun Wei Ting, Muhammad Muqles Bin Rozman, Chooi Kah Loong dan  Chong Fung Jia.

Manakala aplikasi See? adalah teknologi aplikasi yang boleh digunakan dalam membantu pembelajaran fisiologi mata serta fototransduksi menerusi ciptaan kumpulan pelajar tahun satu yang terdiri daripada Tan Xian Ti, Anis Syahirah Binti Aziz, Kua Jee Ken, Azim Wafiy Bin Gulam Shah, Tan Jia Wen, serta Chan Jian Ern dibawah seliaan Dr. Hoe Chee Hock.

Menerusi pencapaian itu dapat memberi inspirasi dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di fakulti dan universiti secara amnya.

Published in Latest News
Last modified on Tuesday, 07 March 2017 15:06 Read 1003 times

HOT TOPIC