A- A A+
logoumk10tahun

AGENSI KERAJAAN WAJAR PERKUKUH KERJASAMA DALAM MELAKSANAKAN STRATEGI PENGURUSAN KEMISKINAN – DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED

Oleh : Syarimie Wosley  & Nor Alizam Shafie   Foto : Al Azam Razi

SUDAH sampainya semua agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan mengukuhkan kerjasama yang lebih erat bagi mengurangkan kes-kes di mana terdapat pertindanan bidang kuasa yang berkaitan  pelaksanaan pengurusan kemiskinan di negeri Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed, berkata, pertindihan tugas di antara agensi kerajaan berhubung pembasmian kemiskinan menyebabkan masalah berkaitannya agak sukar diatasi.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti terdapat pertindihan tugas dalam agensi kerajaan berhubung pembasmian kemiskinan sehingga masalah utama berkenaan gagal diatasi

“Pertindihan tugas perlu dikurangkan supaya kita dapat mencapai sasaran kumpulan di bawah garis kemiskinan yang perlu dibantu," katanya pada perasmian penutup Program Perbincangan Meja Bulat antara Pemegang Taruh Berkaitan Pengurusan Kemiskinan Siri 1, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 5 Mac 2017.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif,  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Dato' Makhtar Mustapha dan penceramah jemputan, Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Kasim

Dato’ Seri Mustapa berkata, perkara lain dalam  menyelesaikan isu kemiskinan adalah membina maklumat asas yang lengkap mengenai kemiskinan di negeri ini.

“Kesukaran dari segi teknikal untuk mendapatkan petunjuk tepat dari segi pendapatan serta garis kemiskinan dilihat antara punca masalah kemiskinan sukar diselesaikan.

"Jika diwujudkan pengkalan data berkenaan, sekali gus program serta rangka strategi untuk membasmi kemiskinan dapat dinilai sejauh mana keberkesanannya," katanya.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal berkata, hasil sebulat suara semua pihak yang bersidang pada program Meja Bulat Pengurusan Kemiskinan di Malaysia kita berjaya memperolehi dua resolusi yang dapat membantu dalam menguruskan kemiskinan antara pemegang taruh di negeri ini.

Katanya, dua resolusi itu ialah berasaskan kekangan antara agensi dimana berlakunya pertindihan kuasa dan program antara agensi kerajaan dan pada masa yang sama kita juga perlu mengenalpasti  skop dan Standard Operating Procedur (SOP) yang lebih jelas antara agensi kerajaan.

“Kita melihat isu pengurusan kemiskinan ini dapat diatasi sekiranya terdapat usaha bersepadu dan pembinaan kerjasama yang lebih erat antara agensi kerajaan yang ada di negeri ini.

“Selain itu, program yang berasaskan komuniti (community based), berasaskan masalah dan keperluan, namun adakalanya tidak sesuai dengan potensi komuniti miskin, terdapat juga projek yang dilaksanakan tidak konsisten antara pemetaan, keperluan serta bantuan yang diberikan dan akhir sekali perlukan mentoring yang lebih efisien pada projek berkaitan,” jelas beliau.

Tambah beliau, resolusi kedua ialah berasaskan kepada cadangan pelan strategi dalam menguruskan kemiskinan iaitu setiap agensi memerlukan databased berasaskan lokaliti atau kelompok khusus yang komprehensif.

“Kedua, strategi hendaklah berasaskan kepada capacity building, holistic empowerment, iaitu dari aspek pentadbiran, sosial, ekonomi dan kemudahan akses kepada semua sistem agensi berkaitan.

“Tumpuan utama untuk dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan dalam usaha strategi menguruskan kemiskinan ialah memperkasakan sistem mentoring antara komuniti miskin dan individu miskin yang telah berjaya dan akhir sekali polisi yang berbentuk fleksibel dan elastik yang mana bersifat responsif ke atas realiti,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal, berkata, penganjuran program ini adalah atas pertimbangan bahawa setiap pemegang taruh dari kalangan agensi kerajaan mempunyai potensi dan pengalaman tersendiri untuk menguruskan kemiskinan.

Beliau berkata, potensi dan pengalaman tersebut boleh dimanfaatkan untuk menguruskan kemiskinan dengan lebih berkesan dan komprehensif melalui kerjasama yang bertujuan  untuk merangka model umum dalam menguruskan kemiskinan yang diperakui antara pemegang taruh.

“Program ini juga dirancang dengan tujuan khusus untuk melaksanakan secara bersama program-program yang lebih berkesan untuk menguruskan kemiskinan,” katanya.

Published in Latest News
Last modified on Tuesday, 14 March 2017 11:16 Read 559 times

HOT TOPIC