A- A A+
logoumkmerdeka2017

30 GRADUAN UMK PERANTIS PROGRAM ENGLISH EMPOWERMENT PROGRAMME (EEP)

Oleh  : Pusat Hal Ehwal Korporat                             Foto : Al Azam Razi

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menjadi Universiti Awam (UA) pertama dilantik sebagai kumpulan perantis English Empowerment Programme anjuran Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan matlamat utama untuk meningkatkan penguasaan asas Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa di Universiti Awam.

Program EEP yang menyasarkan 30 graduan UMK sebagai kumpulan sulung bagi mengikuti Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EEP) di bawah projek khas KPT, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK dan kerjasama Enfiniti Academy and Entertainment Arts.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif berkata, pelaksanaan program EEP adalah insiatif  KPT dan UMK dengan kerjasama Akademi Efinity bagi memberi pendedahan kepada peserta melalui kaedah pembelajaran yang lebih holistik dan bukan semata-mata memberi tumpuan kepada penguasaan Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, program ini lebih memberi tumpuan kepada kemahiran berkomunikasi dimana pelajar diberi ruang dan peluang bertutur melalui kaedah dan elemen teater dibawah bimbingan barisan  tenaga pengajar daripada Akademi Enfiniti.

“Selain daripada penggunaan bahasa Inggeris,  elemen persembahan teater juga amat bermanfaat  kerana para pelajar turut sama belajar pelbagai kemahiran tatacara sebuah drama pentas  dengan menjalani latihan intensif selama lapan jam sehari dalam tempoh 10 hari bermula pada 11 hingga 20 julai 2017,” katanya pada  Program Kemuncak English Empowerment Program (EEP) Universiti Awam (UA), di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Mahasiswa Unit Pembangunan Nasional, Dato’ Barkhiya Shahiruddin, Mantan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum,  En. Mohammad Nizamuddin Abdul Rahim, Ketua Pentadbir  Hal Ehwal Pelajar, Puan Alifah Adnan dan Pengetua Kolej Kediaman, Encik Mohd Firdaus Mohd Nasir.

Menurut Prof. Dato’ Abdul Aziz, program ini dilaksanakan sebagai medium bagi meningkatkan dan memantapkan keyakinan dikalangan mahasiswa untuk berucap dikhalayak ramai disamping para pelajar dapat mengukuhkan keupayaan diri melalui kemahiran insaniah dengan kaedah pembelajaran yang lebih seronok ketika berkomunikasi dan seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Katanya, Pihak Enfiniti Academy and Entertainment Arts iaitu sebuah syarikat dibawah naungan Puan Seri Tiara Jacquelina telah diberi kepercayaan untuk mendidik mahasiswa tentang keseronokan penggunaan Bahasa Inggeris menerusi seni persembahan teater.

“Kaedah ini terbukti keberkesanannya dengan melihat beberapa kes pelajar yang mempunyai masalah membaca, menulis dan berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa tersebut telah berjaya mengatasi kelemahan itu sebaik sahaja menamatkan program ini selama 10 hari,” katanya.

Tambah Prof. Dato’ Abdul Aziz, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 pada lonjakan satu yang menyampaikan aspirasi untuk melahirkan graduan holistik bercirikan keusahawanan dan seimbang berasaskan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

“Oleh itu, pemantapan dan penguasaan bahasa Inggeris amat penting untuk melahirkan graduan keusahawanan yang seperti yang dihasratkan,” jelas beliau.

Sementara itu, Dato’ Barkhiya berkata, pelaksanaan Program EEP di UMK adalah program pertama anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai pilot test bagi melihat keberkesanan dan kejayaan sebelum diteruskan kepada Universiti Awam (UA) lain.

Beliau berkata, KPT menawarkan program itu kepada pelajar tahun kedua dan ketiga  dengan mengguna pakai kaedah kemahiran insaniah dengan cara lebih seronok semasa berkomunikasi dan seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“UMK dan KPT serta Enfiniti Academy and Entertainment Arts iaitu sebuah syarikat dibawah naungan Puan Seri Tiara Jacquelina bekerjasama memberi inspirasi dengan mendidik mahasiswa tentang keseronokan penggunaan Bahasa Inggeris menerusi seni persembahan teater.

“Seperti kita maklum, sebelum ini pelbagai program yang menonjolkan Bahasa Inggeris namun dengan inisiatfi KPT telah mencipta pendekatan baru di mana program ini ke arah memperkasakan Bahasa Inggeris secara dinamik menerusi seni persembahan untuk menggalakkan peningkatan keyakinan berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris,” katanya.

Link Galeri : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/402

Link Galeri : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/401

Published in Latest News
Last modified on Wednesday, 16 August 2017 10:23 Read 334 times

HOT TOPIC