A- A A+
logoumkmerdeka2017

MAJLIS APRESIASI RAI 31 GRADUAN PASCASISWAZAH UMK 2017

apresiasi

Oleh : Tuty Jusoh                                                                  Foto  : Ab Halim Hafiz Ab Aziz

PELBAGAI usaha telah dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menarik minat graduan pascasiswazah dan pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di universiti ini khususnya di kampus Pengkalan Chepa dan Bachok.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Prof. Abdul Jamal Abd Hamid berkata, usaha menarik pelajar ini adalah bukan perkara baru kerana PPS sudah lama melaksanakan pelbagai agenda dan program yang berfokuskan kepada pemasaran bidang-bidang akademik yang terdapat di universiti ini.

Beliau berkata, antara pendekatan yang giat dilakukan ialah melakukan promosi dan pemasaran secara lebih agresif serta berkesan untuk masa hadapan.

“Pihak universiti juga sedang giat melaksanakan siri jelajah ke kedutaan-kedutaan negara asing sebagai contohnya yang terkini ialah Nigeria dengan mendapatkan pembiayaan biasiswa oleh agensi kerajaan berkenaan.

“Pendekatan ini telah dilaksanakan dan usaha telah berjaya meletakkan nama  UMK sebagai universiti pilihan negara Nigeria,” katanya pada Majlis Apresiasi Pascasiswazah UMK 2017, di Luxury Garden Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Oktober 2017.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman.

Menurut Prof. Abdul Jamal, pihak PPS turut menjalinkan hubungan akademik dengan universiti terkenal luar negara menerusi penyertaan pertandingan serta ekspo reka cipta antarabangsa dan melakukan pertukaran pensyarah serta pelajar.

Katanya, selain itu banyak aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 samada dari segi akademik ataupun Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) yang disertai hampir setiap tahun diperingkat kebangsaan pada tahun ini.

Tambah Prof. Dr. Jamal, pada Istiadat Konvokesyen Kali Ketujuh UMK tahun seramai 31 graduan pasca siswazah menerima ijazah masing-masing.

Katanya, daripada jumlah itu, adalah 10 graduan ijazah kedoktoran dan 21 graduan ijazah sarjana. 

Published in Latest News
Last modified on Thursday, 26 October 2017 07:31 Read 253 times

HOT TOPIC