A- A A+
logoumkmerdeka2017

AWANI RANGERS KERJASAMA STRATEGIK UMK DAN ASTRO AWANI

awanirangers

SALURAN Hal Ehwal dan Berita Terkini 24 Jam, Astro Awani menawarkan satu pengalaman istimewa kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai pelatih untuk menjadi wartawan bebas yang akan menyalurkan berita untuk diterbitkan dalam agensi berita ini yang ditayangkan menerusi saluran Astro 501 dan portal astroawani.com.

Program latihan ini dinamakan Astro Awani Rangers iaitu platform untuk mencari dan melatih pelajar-pelajar yang berminat menjadi pemberita untuk mengupas dan melaporkan isu-isu semasa berkaitan kandungan tempatan seperti isu kelestarian, isu alam sekitar dan lain-lain.

awanirangers2Oleh itu, satu bengkel untuk taklimat khas Pencarian Awani Rangers telah diadakan dengan menampilkan penyampai berita Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Hilal Azmi di Galeri Pembangunan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 15 Oktober 2017.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Jaringan Industri dan Kolaborasi (IILCO), Prof. Dr. Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman.

Menerusi taklimat itu, seramai 30 pelajar didedahkan dengan aktiviti dan kemahiran mencari berita dan  meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar seperti kemahiran berkomunikasi.

Pelajar diberi kebebasan untuk mengupas sebarang isu yang berlaku di sekeliling tempat tinggal pelajar berkenaan meliputi berita dari kampus, berita komuniti, taman kediaman atau apa-apa sumber berita yang relevan.

Setiap berita ini akan dipilih dan disaring semula sebelum diterbitkan. Dengan kata lain, tidak semua berita yang dihantar itu akan diterbitkan.

Pelajar tidak diberikan imbuhan tetapi mereka akan diberikan latihan dan bimbingan dalam kewartawanan dan pemberitaan oleh editor dan wartawan Astro Awani yang akan menjadi nilai tambah dan soft skills kepada diri mereka pada masa akan datang.

Published in Latest News
Last modified on Sunday, 22 October 2017 11:53 Read 293 times

HOT TOPIC