A- A A+
logoumkmerdeka2017

GENERASI MUDA PENGGERAK INOVASI INDUSTRI BATIK MALAYSIA

mfb generasi muda

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

USAHA penyelidikan di dalam bidang batik dan inovasi perlu dipergiatkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menghasilkan bahan penyelidikan yang berkualiti seterusnya membantu memartabatkan warisan batik di persada dunia.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata, kajian dan dokumentasi berkaitan penulisan batik serta inovasi yang relevan juga perlu dipergiatkan supaya informasi serta penemuan-penemuan baharu ini diperluaskan ke seluruh dunia untuk memperkenalkan Batik Malaysia.

Beliau berkata, dalam aspek akademia tenaga pengajar perlu menggalakkan pelajar untuk menghasilkan pelbagai produk dengan rekaan-rekaan baharu yang berindentitikan batik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

“Selain itu, dalam memastikan industri batik ini kekal relevan beberapa strategi-strategi baharu perlu diberi perhatian antaranya dari aspek business model yang digunapakai terhadap sales, branding dan juga profitability.

“Segmen luxury goods market juga perlu diadaptasikan oleh pihak industri kerana pasaran mencatatkan nilai jualan berbillion dollar pada tahap global,” katanya pada majlis perasmian Minggu Fiesta Batik Malaysia (MFBM) 2017, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 29 Oktober 2017.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Ahli LPU, Dato’ Azmi Mohd Ali, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, En. Mohamed Iran Moriff Mohd Sharif.

Hadir sama, Dekan FTKW selaku Pengerusi MFBM 2017, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, penghasilan hasil kerja tangan atau craftsmanship juga perlu direvolusikan agar bertambah baik sebagai contohnya dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam penghasilan produk batik.

Katanya, inovasi dalam pembuatan batik juga perlu dipergiatkan dengan meneroka kaedah moden pembuatan batik tradisional.

“Tidak mustahil suatu hari nanti, UMK mampu berhubung dengan nama-nama besar universiti dan New York Parson’s School of Design untuk penghasilan fabrik bermutu tinggi melalui perkembangan teknologi terkini.

“Penglibatan golongan muda juga perlu dipergiatkan lagi supaya industri batik ini terus mendapat nafas baharu dan kekal relevan dengan penghasilan produk-produk batik yang lebih ionvatif dan mengikuti nadi pasaran terkini di mana golongan ini amatlah digital savvy dan memahami mindset target market,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah memberi contoh kaedah pemasaran oleh Neelofa melalui NH Prima International Sdn Bhd pada tahun lepas telah berjaya mencatatkan jualan atau sale lebih kurang RM50 juta dengan mencatatkan 10 peratus daripada keuntungan jualan adalah dari pasaran luar negara.

Justeru, mahasiswa disarankan menceburi industri kreatif ini bagi mengetengahkan keusahawanan komersial bertemakan batik dalam usaha meningkatkan produktiviti baharu.

“Melalui kreativiti dan hasil idea baru dalam industrial batik juga dapar menjana kreativiti pelajar sebagai pewaris generasi muda untuk menghasilkan rekaan terbaru.

"Kita juga harap usaha pihak UMK yang turut mengambil langkah progresif menganjurkan minggu Feista Batik Malaysia 2017 ini dapat mengembangkan bakat mahasiwa untuk diketengahkan ke peringkat luar, " katanya.

Published in Latest News

HOT TOPIC