A- A A+
logoumkmerdeka2017

UMK LANCAR PUSAT PENERBITAN DIGITAL MOOCs

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat               Foto : Al Azam Razi

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) secara rasminya melancarkan pusat sumber digital, yang dikenali MOOC  Production Centre of UMK bagi membolehkan semua pelajar dan individu di seluruh dunia mengakses kuliah di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.

Pembangunan segmen MOOC Production Centre ini penting dalam membuka potensi pendidikan tanpa sempadan selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dalam  Redesign Education System bagi menuju alaf 4th Industrial Revolution (4IR).

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dengan menandatangani Digital Signing menggunakan Ipad di MOOC Production Centre, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada 29 Oktober 2017.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Prof. Dato’ Dr. Haji Ibrahim Che Omar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ahli Senat UMK (Industri) selaku Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Dalam pada itu, KPT turut memuji usaha UMK membangunkan Pusat Pembelajaran Kursus Dalam Talian Terbuka (MOOC) melalui  tajaan geran Kesatuan Eropah (EU) di bawah program pembiayaan Erasmus+.

Menurut Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah, UMK adalah satu-satunya universiti awam yang berjaya membangunkan pusat sumber digital MOOC dengan jalinan kerjasama ERASMUS+ melalui projek Media Literacay Competence for Social Change by European Union  (EU) tanpa meminta bantuan kementerian.

Beliau berkata, sehingga kini UMK mampu menawarkan 36 kursus atas talian berbanding purata 20 kursus yang ditawarkan oleh MOOC universiti lain.

“UMK telah berjaya menandingi universiti –universiti besar di Malaysia dalam memperolehi geran ERASMUS.

“Daripada tahun 2015 hingga 2017, Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah berjaya memperoleh 15 projek yang dibiaya oleh EU dan UMK adalah salah satu daripadanya,” katanya.

Tambah Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah, MOOCs adalah alternatif perantaraan pendidikan berkualiti tinggi yang tersedia untuk orang ramai melalui manfaat video, kuiz, dan forum perbincangan.

“Segmen MOOC membolehkan kita belajar di mana-mana dan bila-bila masa dengan kos minima serta melalui platform itu lokasi tidak lagi penting, selagi kita mempunyai sambungan internet.

Mooc5“Selain itu, status kewangan bukan lagi isu utama kerana MOOCs boleh diakses dengan percuma dan jadual kelas kuliah boleh diatur mengikut jadual masa tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah  dalam taklimat ringkas Revolusi Industri 4.0 memberitahu bahawa sistem pendidikan tinggi perlu dibangunkan dan diubah dengan menyediakan sistem pengajian dan pembelajaran yang tidak hanya tertumpu dalam bilik kuliah.

Katanya, dalam cabaran IR4.0 industri lebih mementingkan robot automasi dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, malah banyak negara sedang mengadaptasinya.

“Justeru itu, universiti perlu bersedia menyediakan pelajar untuk pekerjaan yang tidak wujud lagi pada masa hadapan, penggunaan teknologi yang belum tersedia dan cabaran menghadapi masalah yang tidak konvensional dapat diselesaikan,” katanya pada taklimat mengenai Revolusi Industri 4.0 kepada lebih 50 tenaga akademik dan pelajar UMK.

Published in Latest News
Last modified on Sunday, 05 November 2017 12:24 Read 224 times

HOT TOPIC