A- A A+
logoumkmerdeka2017

UMK MENANG 10 KUMPULAN TERBAIK IKTIRAF KECEMERLANGAN INOVASI DI APIC 2017

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat              Foto : Pejabat Pendaftar UMK

apc

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah pada tahun ini apabila berjaya merangkul 10 kumpulan terbaik Team Excellence di peringkat sektor awam persekutuan dalam kategori pembudayaan kualiti dan produktiviti di Konvensyen Produktiviti dan Inovasi Kebangsaan Tahunan (APIC), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Genting Highland, pada 14 hingga 16 November 2017.

Pencapaian terbaik itu adalah menerusi penyertaan Kumpulan Medixin yang mempertaruhkan kemudahan akses rawatan perubatan atau dikenali sebagai  sistem E-Medical iaitu inovasi baharu yang disediakan oleh Pejabat Pendaftar UMK bagi kemudahan kepada staf mendapatkan rawatan perubatan di klinik panel UMK yang berdaftar dibawah universiti.

Lebih membanggakan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang diwakili oleh kumpulan Ad Hoc turut mencipta kejayaan apabila meraih penarafan Emas atau tiga bintang pada konvensyen APIC 2017 tersebut.

Menurut Fasilitator Kumpulan Medixin, Dr Arbaiah Abdul Razak, pencapaian menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik sektor awam persekutuan merupakan kejayaan manis bagi Kumpulan Medixin selepas penyertaan pertama pada pertandingan KIK di peringkat kebangsaan.

Beliau menyifatkan menerusi kejayaan menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik itu sekaligus melayakkan diri untuk menyertai Konvensyen Team Eexcellence peringkat antarabangsa yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak kerana kemenangan ini adalah luarbiasa serta tidak diduga kerana ini adalah penyertaan  tahun pertama di  peringkat kebangsaan. 

“Kejayaan ini membuktikan bahawa UMK adalah setaraf dengan universiti lain dan sekaligus menjadi pemangkin kepada usaha pemantapan budaya pengurusan kualiti di UMK dan kami berharap pada tahun akan datang, lebih banyak kumpulan daripada UMK sertai konvensyen KIK di peringkat kebangsaan,” katanya.

Seramai 286 pasukan terdiri daripada pelbagai industri, swasta dan kerajaan bertanding dalam 6 sektor. Sektor yang dipertandingkan adalah Sektor Perkilangan, Elektronik dan Elektrikal, Perkhidmatan, Awam Persekutuan, Awam Negeri dan Quality Environment.

Antara universiti yang menyertai konvensyen tahunan anjuran MPC ini adalah UiTM, UTHM, USM, UMT, UniSZA, UKM, UMS, UTEM, UTM, UPSI.

Turut menyertai APIC tahun ini adalah Proton, Panasonic, Sime Darby, MAHB, Petronas, KPJ, INOKOM, Modenas, PLUS, FELDA,Telekom,Johor Corporation dan Perodua.

Pemenang Johan Keseluruhan Konvensyen Kebangsaan ini dimenangi oleh pasukan Sime Darby Plantation.

Sementara itu, Syarikat Multinasional Petronas berjaya dianugerahkan Anugerah Ketua Pengarah MPC diatas usaha mereka melibatkan banyak pasukan dalam team excellence ini.

Manakala, Kumpulan daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pula berjaya dianugerahkan sebagai kumpulan yang paling tinggi mencatat jumlah penjimatan kos.

Secara keseluruhannya, dianggarkan sebanyak Rm180 juta penjimatan kos dicatatkan sepanjang konvensyen ini daripada 286 pasukan dengan lebih 1978 peserta mewakili 155 organisasi. 

Published in Latest News
Last modified on Thursday, 23 November 2017 15:26 Read 382 times

HOT TOPIC