A- A A+
logoumkmerdeka2017

SAMBUTAN LUAR BIASA PRODUK JUALAN AMAL FREE MARKET HABIS DALAM TEMPOH SATU JAM

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat              Foto : Al Azam Razi

HANYA dalam tempoh satu jam sahaja produk jualan amal secara percuma atau Free Market habis diagihkan kepada 85 penerima yang terdiri daripada 10 keluarga asnaf dan 35 anak-anak yatim termasuk 40 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 21 November 2017.

Free Market merupakan program pertama anjuran penuntut tahun tiga Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) dengan kerjasama dengan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kelantan dan Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan bersempena Carnival FHPK 2017 yang berlangsung selama tiga minggu.

FreeMarket2-copy

Menurut Pensyarah FHPK, Puan Hazi Hafizah Usolludin, jualan amal Free market ini adalah berkonsepkan memberi dan menerima yang bertujuan meringankan beban golongan asnaf, anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik.

Beliau berkata, penganjuran program ini adalah ilham daripada Dekan FHPK iaitu Prof. Madya Dr. Ghazali Ahmad untuk mendekati komuniti dan masyarakat setempat datang ke kampus UMK.

“Konsep kami menerima bermaksud menerima sejumlah sumbangan wang dan barang-barang keperluan daripada masyarakat dan penaja untuk diberikan secara percuma kepada warga asnaf yang terdiri daripada warga UMK sendiri dan warga luar dari Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan.

“Alhamdullilah, walaupun ini adalah percubaan pertama program Free Market ini pasukan kami telah berjaya membuat kutipan dan sumbangan berjumlah RM40,000.00 selama tiga bulan dan kami berharap program ini menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Carnival FHPK, Hemaraj Ravintharan, berkata, Free Market adalah bertujuan untuk menghulurkan sumbangan atau sedekah berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan untuk dapat mengurangkan bebanan penerima sekaligus menerbitkan rasa gembira di hati mereka.

FreeMarket3

Katanya, sumbangan ini adalah sebagai salah satu cara untuk menerapkan semangat saling tolong-menolong dan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Saya amat berbangga kerana budaya prihatin ini dapat diterapkan dalam generasi muda ini. Ini akan membolehkan generasi kini atau generasi masa akan datang menjadikan perkara ini sebagai iktibar dan tauladan buat mereka.

“Sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban golongan-golongan yang memerlukan ini, disamping menjadi contoh dan ikutan kepada institusi-institusi lain dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi MAYC Kelantan, Ir Meor Shamsir Meor Zulkefli Auni, berkata, program ini akan lebih memberikan inspirasi kepada semua pihak yang terlibat dan sebagai medium untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

“Harapan saya juga semoga penyumbang kepada program ini terdiri daripada pelajar-pelajar UMK sendiri supaya tarbiyah sifat 'memberi tanpa balasan' ini dapat disemai dalam diri mereka dan tidak menjadi 'self-centered semata-mata apabila mereka berkerjaya nanti,” katanya.

Published in Latest News
Last modified on Thursday, 23 November 2017 14:28 Read 321 times

HOT TOPIC