UMK JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KBS BANGUNKAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN KEPADA BELIA NEGARA

memorandum belia sukan1

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) meluaskan kerjasama dengan menandatangani Majlis Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk pelaksanaan program peningkatan dan pemerkasaan Keusahawanan serta Keusahawanan Sosial bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan di kalangan belia di negara ini.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KBS), Dato’ Lokman Hakim Ali dan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, Dr Hajah Wasitah Hj Mohd Yusof manakala UMK diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Hj. Ibrahim Che Omar dan Pegawai Undang-Undang UMK, Encik Nor Azli Ahamed.

Kerjasama strategik itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Brig Jen Khairy Jamaluddin bersempena Majlis Menandatangani MoU antara KBS dengan Industri dan universiti serta Majlis Pelancaran Kick-Off Kafe Austisme@ KBS, di Galeri KBS, Putrajaya, pada 13 Disember 2017.

Turut hadir, Pendaftar UMK, En. Pauzi Pak Chu, Pengarah Pejabat Jaringan Industri & Kolaborasi (Ilco), Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman dan Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim.

Pada majlis itu turut berlangsung pemeteraian MoU antara KBS dengan tujuh industri iaitu Panasonic Industrial Device Malaysia Sdn. Bhd, Mydin Mohamed Holdings, Padiberas Nasional Sdn. Bhd (Bernas) dan Perbadanan Stadium Malaysia, Kian Joo Group dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

yb khairyMenurut YB. Khairy Jamaluddin, kerjasama ini adalah langkah positif dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak iaitu UMK dan KBS menerusi penawaran program pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) untuk merekabentuk dan membangunkan Program bercirikan keusahawanan bersama.

Beliau berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dan menyokong hubungan pendidikan tinggi antara institusi-institusi pendidikan tinggi di kedua-dua negara dan menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran dan sangkutan (attachment) staf akademik dan penyelidik.

“Pada masa yang sama, UMK bersedia untuk menyediakan pegawai kanan atau pensyarah yang berkelayakan untuk merekebentuk dan membangunkan program pendidikan keusahawanan dan penyelidikan.

“Selain itu, kerjasama ini menggalakkan pertukaran tenaga pakar UMK dan memberi khidmat nasihat melalui penyelidikan bersama untuk penerbitan bersama,” katanya.

Kedua-dua pihak juga bekerjasama untuk merancang, merangka dan melaksana pelan tindakan strategik untuk menjadikan ILKBS terlibat dalam bidang keusahawanan dan keusahawanan sosial.

Selain itu, kerjasama ini juga menggalakkan pertukaran tenaga pakar UMK dalam memberi khidmat nasihat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pemerkasaan program keusahawanan yang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, YB Khairy Jamaluddin berkata secara keseluruhanya unjuran hasil daripada kerjasama diantara KBS dan tujuh industri serta dua buah Universiti ini memberi peluang latihan dan seterusnya peluang pekerjaan sebanyak 20 orang pengajar dan 420 pelajar ILKBS di seluruh Malaysia.

Katanya, para pelajar dan tenaga pengajar ILKBS juga boleh mendapat peluang untuk meningkatkan tahap kemahiran akademik di peringkat tertinggi serta peluang untuk meneroka bidang keusahawanan ke peringkat yang lebih terbuka dan menarik.

memorandum belia sukan

Read 596 times Last modified on Selasa, 26 Disember 2017 16:01
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar kami?

Kemaskini Terakhir: 15 Julai 2018

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN