PEMANGKU RAJA KELANTAN DIMASYHURKAN SEBAGAI CANSELOR BAHARU UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Isnin, 25 September 2017 17:53

IptcUMK8

PEMANGKU Raja Kelantan, Yang Maha Mulia, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baharu dalam satu Majlis Pemasyhuran Tuanku Canselor UMK yang berlangsung penuh istiadat dan gemilang di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota , Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada 25 September 2017.

IptcUMK4Pemasyhuran dan pelantikan baginda sebagai Canselor UMK telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Sultan Muhammad V, untuk tempoh lima tahun bermula 16 Februari lalu sehingga tahun 2022.

Keberangkatan tiba YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada jam 11.45 pagi diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob  dan Naib Canselor UMK, Dato’ Dr Mortaza Mohamed.

Pengisytiharan pemasyhuran telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

Dalam Titah YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, UMK telah memberi impak terhadap perkembangan ilmu, minda dan kesejahteraan masyarakat dengan kewujudan tiga kampus pengajian iaitu di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli.

Titah baginda,  UMK  telah pun menjangkau usia 10 tahun dan dalam tempoh tersebut, Beta percaya UMK  telah memberi sumbangan yang amat besar bukan hanya kepada dunia pendidikan tinggi negara, tetapi juga kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, khususnya di Negeri Kelantan.

“Beta melihat, UMK telah pun berjaya meletakkan batu asas dan berjaya menjamin peningkatan keupayaan dalam Hal Ehwal Akademik, pembangunan graduan yang seimbang dan holistik bercirikan keusahawanan, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan terhadap kesejahteraan masyarakat dan pembangunan wilayah.

“Namun begitu, perjalanan UMK masih jauh untuk meletakkan kedudukannya sebaris dengan universiti-universiti tersohor di dalam dan di luar negara,” titah baginda.

Baginda bertitah,  pada dekad kedua, UMK sewajarnya memberi tumpuan kepada usaha untuk menjamin kualiti dan kecemerlangan dalam semua aspek yang menentukan kekuatan serta penjenamaan UMK.

IptcUMK9Titah Tuanku, negara ini dalam era revolusi industri keempat dengan perkembangan teknologi sangat pesat dan berharap UMK tidak ketinggalan dalam melakukan lonjakan dan sedia menyesuaikan diri dengan perubahan global.

"Sebagai sebuah universiti keusahawanan, UMK perlu melipat ganda usaha untuk menjadikan keusahawanan sebagai kekuatan utama bagi universiti.

"UMK perlu mempertingkatkan ekosistem keusahawanan meliputi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan pelajar," titah baginda.

YMM Dr. Tengku Muhammad Fai-iz Petra bertitah, dalam konteks di Negeri Kelantan bahawa UMK bukan hanya dilihat sebagai institusi pendidikan tinggi, tetapi turut memainkan peranan sebagai agen dan nadi perubahan kepada pembangunan komuniti dan wilayah.

“Peranan UMK adalah untuk membantu pihak kerajaan memperkasakan aspek ekonomi dan sosial masyarakat terutamanya di luar bandar adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

“Antara inisiatif kemasyarakatan yang telah dilakukan adalah seperti pelan tindakan pengurusan kemiskinan oleh UMK melibatkan jajahan Bachok, Pasir Puteh dan masyarakat orang asli di jajahan Jeli. Beta berharap usaha ini akan terus memberi impak kepada kesejahteraan hidup rakyat yang memerlukan perhatian,” titah baginda.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata, pemasyhuran YMM Tuanku sebagai Canselor merupakan satu detik bersejarah dan bermakna buat UMK, untuk meneruskan kembara memartabatkan agenda pendidikan tinggi negara di negeri Kelantan khasnya, dan di Malaysia amnya

Beliau berkata, pemasyhuran ini turut memberi perangsang dan inspirasi kepada seluruh warga UMK untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin, bagi menjayakan hasrat dan visi Universiti, dan demi menjayakan halatuju Pendidikan Tinggi negara agar terus cemerlang dan berada di landasan yang tepat.

IptcUMK

1100 WARGA UMK KAMPUS BACHOK MERIAHKAN PETRON ROAD SAFETY PROGRAMME

Selasa, 26 September 2017 17:44
Petron1
 
BACHOK 26 September 2017 - LEBIH 1100 warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok hadir memeriahkan program Amazing Race bersempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Petron Peringkat Universiti atau dikenali sebagai Petron Road Safety Programme 2017 yang buat julung kali diadakan di UMK.
 
Petron8Majlis pelepasan peserta (flag off) telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed tepat jam 9 pagi di Laman Monsun, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, pada 26 September 2017.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato' Dr Ibrahim Che Omar,  wakil PETRON Malaysia, En. Dazreen Azmil Darus dan wakil Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Malaysia, Encik Mohd Faisal Bin Abdul Malik
 
 
Program dengan kerjasama UMK itu turut mendapat sokongan daripada JPJ, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Akademik Memandu Anda Sdn Bhd dan Syarikat tayar Good Years.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, seramai 1100 pelajar dan pensyarah yang terdiri daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan Fakulti  Senibina dan Ekistik (FAE) terlibat dalam program Amazing Race dan 100 pelajar dan staf yang bermotosikal.
 
Katanya, PETRON Malaysia telah memilih UMK sebagai salah satu lokasi seterusnya antara tujuh buah Universiti Awam (UA) melalui program tanggungjawab social (CSR PETRON) bagi kempen keselamatan jalan raya ini.
 
Petronside“Menerusi program ini pelajar-pelajar belajar mengenai pengetahuan teori dan praktikal tentang keselamatan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pada pengakhiran program, kesemua pelajar terlibat turut menerima sijil dan memenangi hadiah dalam permainan interaktif.
 
“Objektif penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran pentingnya mengetahui  sama ada secara teori atau praktikal berkenaan Keselamatan Jalan Raya disamping menggalakan pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab, pencegahan kemalangan, mengetahui keadaan kenderaan dan sebagainya,” katanya.
 
Tambah beliau, melalui aktiviti ini dapat memberikan ilmu dan pengalaman kepada pelajar-pelajar UMK.
 
Katanya, melalui program sehari ini pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Amazing Race, Taklimat dan Kempen/Kaunter Keselamatan, demo dan pratikal penukaran minyak enjin motor secara percuma dan keadaan tayar yang boleh menyumbang kepada faktor kemalangan.
 
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pn Alifah Adnan berkata, Program Keselamatan Jalan Raya Petron adalah kerjasama UMK dan Petron Malaysia  dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

 

Katanya, pelancaran program ini  bermula pada bulan September hingga Oktober.  

 
Selain UMK, tujuh buah UA turut mengambil bahagian dalam program ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan Universiti Kuala Lumpur. 
 
"Program ini  turut menggalakkan tabiat pemanduan dan penunggangan yang baik dalam kalangan pengguna jalan raya secara keseluruhan," katanya.
 
Dalam pada itu wakil Petron Malaysia berkata,  program ini menunjukkan komitmen kami dalam menekankan tentang kepentingan keselamatan, bukan hanya dalam operasi harian kami, malah juga sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat teras kami kepada masyarakat setempat termasuklah pelajar-pelajar sekolah dan universiti.
 
Katanya,  Petron berbangga menjadi syarikat ulung di Malaysia yang menganjurkan  Program Keselamatan Jalan Raya ini adalah untuk memberikan pendidikan tentang kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.
 
“Program yang berlangsung selama satu hari ini menggalakkan penggunaan jalan raya yang bertanggungjawab, pencegahan kemalangan, dan taklimat penukaran minyak enjin motosikal," katanya.
 
Petron7

2,461 GRADUAN UMK TERIMA IJAZAH PADA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-7 2017

Isnin, 09 Oktober 2017 17:36

KonvoKe71

KOTA BHARU 9 OKTOBER 2017 – Seramai 2,461 graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Ke-7 yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan bermula 9 sehingga 12 Oktober 2017.

KonvoKe78Daripada  jumlah  tersebut, seramai 10 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 21 graduan Ijazah Sarjana, 125 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 2,305 graduan Ijazah Sarjana Muda.

Pemangku Raja Kelantan selaku Tuanku Canselor UMK, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli bagi menganugerahkan ijazah pada sesi sidang pertama hari ini.

Turut berangkat, Yang Berhormat Mulia (YBM) Dato’ Hajah Tengku Salwani Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YB Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Che Mamat, YBhg. Pn Norina Jamaludin, YB Senator Dato’ Hj. Hanafi Mamat Hj. Mamat , YBhg. Dato’ Azmi Mohd Ali, YBhg. Dato’ Ab. Rahman Mat dan YBhg. En. Zulkifli Mohd Zan.

Hadir sama,  Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abd. Aziz Ab. Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar dan Pendaftar UMK, En. Pauzi Pak Chu.

KonvoKe74Pada titah ucapan Tuanku Canselor, Yang Maha Mulia (YMM) Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra telah bertitah supaya Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kerjasama dengan UMK dalam mengoptimumkan segala kepakaran yang terdapat di universiti itu bagi memperkukuhkan perancangan dan pelaksanaan di peringkat kerajaan negeri.

Titah baginda, selepas lebih 10 tahun beroperasi di UMK sewajarnya memikirkan strategi baharu yang lebih berfokus, berstruktur dan berimpak, bagi membantu membangunkan negeri ini dalam pelbagai sektor.

“Pembangunan  itu merangkumi aspek ekonomi, pelancongan, perhutanan, pemuliharaan alam sekitar, pelaburan, kesejahteraan bandar dan pembasmian kemiskinan terutama di luar bandar.

“Kemajuan dan kepakaran yang dicapai dalam tempoh itu dapat dikembangkan untuk manfaat kepada pembangunan negeri Kelantan,” titah baginda.

KonvoKe75Dalam pada itu, YMM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut bertitah dengan menyarankan UMK menubuhkan sebuah badan khas (task force) yang bertanggungjawab mengenalpasti perancangan dan strategi, bagi menentukan perubahan yang perlu dilaksanakan dalam pelbagai aspek.

Titah baginda, aspek itu termasuklah pendidikan, penyelidikan, tadbir urus, hal ehwal akademik dan kurikulum pembangunan pelajar, keusahawanan dan lain-lain.

“Pada masa ini negara kita sedang melangkah ke zaman dan era industri 4.0. kita memasuki ke satu zaman yang di penuhi dengan teknologi baharu, teknologi yang destructive yang mengubah norma lazim, mencabar kebijaksanaan ilmu tradisi dan yang akan menukar lanskap kehidupan secara derastik.

“Kita berdepan dengan teknologi baharu dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, robotik, internet of things, kenderaan elektrik tanpa pemandu, pencetakan tiga dimensi, nanoteknologi, bioteknologi, sains bahan, penyimpanan tenaga dan pengkomputeran kuantum,” titah baginda.

Baginda bertitah, kehidupan manusia akan berubah yang akan menyebabkan bidang pekerjaan lazim hilang diganti dengan pekerjaan baharu yang akan wujud dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang dalam bidang pekerjaan masa depan ini.

Titah Tuanku, tenaga buruh akan di ganti dengan robot dan automasi. pentadbiran, pengurusan dan perundangan akan di ambil alih oleh artificial intelligence (AI).

Baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan turut menyempurnakan pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Kelestarian kepada Pengerusi Landskap Malaysia, YABhg. Tun Jeanne Abdullah dan menganugerahkan Profesor Emeritus kepada Naib Canselor Pertama UMK, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Zainai Mohamed.

Pada majlis istiadat itu, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra turut menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Canselor, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Keusahawanan, Hadiah Alumni, Anugerah Dekan dan Hadiah Akademik kepada penerima.

KonvoKe73Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata, dalam usaha meningkatkan kualiti pengajian, Universiti telah  menjalankan  program 2U2E dengan kumpulan pertama  pelajar seramai  48  orang  pada semester lalu.

Katanya, pendekatan 2U2E yang memberi pendedahan pembelajaran selama 2 tahun di Universiti dan 2 tahun di industri menjadikan pelajar lebih berkeupayaan dan mempunyai kelebihan apabila bergraduat kelak. “Program ini turut mendapat sokongan dari pihak industri dan terkini satu MOU telah ditandatangani dengan QSR Brands (M) Holding Berhad, di mana QSR akan menyediakan tempat latihan termasuk elaun-elaun yang agak lumayan bagi siswa terlibat,” katanya.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, sebagai Universiti berteraskan keusahawanan, penglibatan pelajar dalam syarikat perniagaan di kampus sentiasa ditekankan dan telah menunjukkan peningkatan.

“Sehingga kini, berdasarkan pangkalan data E-SSU sehingga Ogos 2017, seramai 565 orang    pelajar telah terlibat dengan perniagaan semasa dalam pengajian dengan pendaftaran sebanyak 278 buah syarikat (berbanding 328          pelajar dan  152 syarikat pada tahun 2016).

“Usaha ini diharap akan dapat meningkatkan bilangan usahawan pelajar yang akan dihasilkan selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Tambah beliau, UMK juga telah pun membangun ekosistem keusahawanan yang merangkumi pendidikan keusahawanan,   penyelidikan  dalam keusahawanan dan pembangunan inovasi, pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, keusahawanan sosial dan strategi penjanaan pendapatan melalui aktiviti perniagaan dalam kampus.        

Beliau berkata, matlamat Universiti adalah untuk melahirkan graduan UMK yang merupakan usahawan pada tahap sehingga 60%  menjelang 2020.            

“Dalam aspek itu, UMK perlu terus berusaha untuk membawa transformasi dalam semua pendekatan bagi menyokong agenda keusahawanan termasuklah mengukuhkan semua entiti di Universiti yang bertanggungjawab mendokong eko-sistem keusahawanan, melengkapi sistem sokongan dan prasarana dan memperkasakan peranan fakulti dan PTJ berkaitan,” katanya.

KonvoKe791

Apa kata pelajar kami?

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa, 16100,
Kota Bharu, Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search