PRODUK inovasi Smart Sensor yang dibangunkan oleh Kumpulan Legasi 19, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya meraih pingat gangsa dalam Kategori Inovasi peringkat Organisasi pada International Innovation And Design In Library & Information Science Competition(InDeLib 2017), di Lembaga Pertubuhan Peladang,  Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertandingan InDeLiB 2017 diadakan bersempena Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 bertemakanContinuous Innovation For Excellent adalah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah.

Menurut Pustakawan Kanan PPI selaku Ketua Kumpulan Legasi 19, En. Amirul Firdaus Zilah, berkata, kejayaan melalui projek Smart Sensor yang berjaya meraih pingat gangsa daripada 68 projek inovasi yang dipertandingkan menjadi pemangkin kepada PPI dalam membangunkan produk digital kreatif serta teknologi.

Katanya, produk ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah kerosakan buku yang tinggi pada proses penghantaran bahan melalui mesin book drop yang menjadi punca utama masalah ini berlaku di perpustakaan UMK.

“Melalui kajian dan pemerhatian oleh kumpulan kami bahawa masalah ini telah mendapat perhatian dan teguran oleh pihak pengurusan dan tindakan segera perlu dilaksanakan.

“Alhamdullilah, isu ini berjaya ditanggani dengan cara terbaik kerana ianya melibatkan kos pembaikan dan pemulihan dan dengan kewujudan satu alat yang diberi nama Smart Sensor ini berjaya mempercepatkan proses kerja dan pihak pelanggan,” katanya.

Tambah beliau, penghasilan produk ini amat  amat penting kerana dengan adanya alat pengesan ini akan menjimatkan masa dan tenaga kerja.

“Melalui inovasi ini dapat memberi manfaat kepada perpustakaan dalam meningkatkan lagi kerja dengan lebih efisyen dan cekap,” katanya.

Pada InDeLib 2017, sebanyak empat kategori  dipertandingkan iaitu Kategori Organisasi, Kategori Profesional, Penyelidik, Ahli Akademik, Kategori Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Kategori Guru/Pelajar Sekolah. 

Published in Latest News

KIK20172UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah pada tahun ini apabila berjaya merangkul 10 kumpulan terbaik Team Excellence di peringkat sektor awam persekutuan dalam kategori pembudayaan kualiti dan produktiviti di Konvensyen Produktiviti dan Inovasi Kebangsaan Tahunan (APIC), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Genting Highland, pada 14 hingga 16 November 2017.

Pencapaian terbaik itu adalah menerusi penyertaan Kumpulan Medixin yang mempertaruhkan kemudahan akses rawatan perubatan atau dikenali sebagai  sistem E-Medical iaitu inovasi baharu yang disediakan oleh Pejabat Pendaftar UMK bagi kemudahan kepada staf mendapatkan rawatan perubatan di klinik panel UMK yang berdaftar dibawah universiti.

Lebih membanggakan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang diwakili oleh kumpulan Ad Hoc turut mencipta kejayaan apabila meraih penarafan Emas atau tiga bintang pada konvensyen APIC 2017 tersebut.

Menurut Fasilitator Kumpulan Medixin, Dr Arbaiah Abdul Razak, pencapaian menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik sektor awam persekutuan merupakan kejayaan manis bagi Kumpulan Medixin selepas penyertaan pertama pada pertandingan KIK di peringkat kebangsaan.

Beliau menyifatkan menerusi kejayaan menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik itu sekaligus melayakkan diri untuk menyertai Konvensyen Team Eexcellence peringkat antarabangsa yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

KIK2017“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak kerana kemenangan ini adalah luarbiasa serta tidak diduga kerana ini adalah penyertaan  tahun pertama di  peringkat kebangsaan. 

“Kejayaan ini membuktikan bahawa UMK adalah setaraf dengan universiti lain dan sekaligus menjadi pemangkin kepada usaha pemantapan budaya pengurusan kualiti di UMK dan kami berharap pada tahun akan datang, lebih banyak kumpulan daripada UMK sertai konvensyen KIK di peringkat kebangsaan,” katanya.

Seramai 286 pasukan terdiri daripada pelbagai industri, swasta dan kerajaan bertanding dalam 6 sektor. Sektor yang dipertandingkan adalah Sektor Perkilangan, Elektronik dan Elektrikal, Perkhidmatan, Awam Persekutuan, Awam Negeri dan Quality Environment.

Antara universiti yang menyertai konvensyen tahunan anjuran MPC ini adalah UiTM, UTHM, USM, UMT, UniSZA, UKM, UMS, UTEM, UTM, UPSI.

Turut menyertai APIC tahun ini adalah Proton, Panasonic, Sime Darby, MAHB, Petronas, KPJ, INOKOM, Modenas, PLUS, FELDA,Telekom,Johor Corporation dan Perodua.

Pemenang Johan Keseluruhan Konvensyen Kebangsaan ini dimenangi oleh pasukan Sime Darby Plantation.

KIK20171Sementara itu, Syarikat Multinasional Petronas berjaya dianugerahkan Anugerah Ketua Pengarah MPC diatas usaha mereka melibatkan banyak pasukan dalam team excellence ini.

Manakala, Kumpulan daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pula berjaya dianugerahkan sebagai kumpulan yang paling tinggi mencatat jumlah penjimatan kos.

Secara keseluruhannya, dianggarkan sebanyak Rm180 juta penjimatan kos dicatatkan sepanjang konvensyen ini daripada 286 pasukan dengan lebih 1978 peserta mewakili 155 organisasi. 

Published in Latest News

Apa kata pelajar kami?

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa, 16100,
Kota Bharu, Kelantan

Tel: +609-771 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search