semakan

Berita Terkini

5000 ATLET MERIAHKAN TEMASYA KARNIVAL SUKANUN EDISI KE 11

5000 ATLET MERIAHKAN TEMASYA KARNIVAL SUKANUN EDISI KE 11

0I1A7052SHAH ALAM 23 Julai I Perasmian Karnival Sukan Badan Berkanun (2019) kali ke 11 berlangsung dengan meriah malam tadi dengan penyertaan seramai 5,000 atlet membabitkan 63 agensi kerajaan di seluruh Malaysia.

Simbolik perasmian SUKANUN 2019 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari dengan nyalaan obor bagi kemuncak kejohanan sukan yang bermula pada 19 hingga 26 Julai 2019.

Majlis tersebut telah diadakan di Stadium UITM, Shah Alam, Selangor.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed merangkap Timbalan Yang Dipertua PBBM, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Haris Kasim dan Naib Canselor UITM, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraii Kassim

Pada edisi kali ini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi tuan rumah.

0I1A6893Acara dipertandingkan adalah bola sepak sembilan sepasukan (terbuka), bola sepak 9 sepasukan (veteran), bola jaring, badminton berpasukan, tenis berpasukan, golf berpasukan, catur berpasukan, bola tampar lelaki dan wanita, tenpin boling berpasukan lelaki dan wanita, futsal lelaki dan wanita, sepak takraw antara regu, boling padang lelaki dan wanita, dart berpasukan, ping-pong berpasukan, karom berpasukan, petanque terbuka, hoki sembilan sepasukan, tarik tali dan olahraga.

Kontingen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kekuatan atlet seramai 122 orang menyasarkan satu pingat emas, perak dan gangsa menerusi tujuh acara sukan yang dipertandingkan di Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2019.

Acara sukan boling padang, petanque dan bola sepak padang (veteran) menjadi harapan utama menyumbang pingat tetapi dalam masa sama empat acara sukan lain berpeluang mencipta kejayaan untuk menyumbang pingat.

0I1A6901

Read 263 times Last modified on Selasa, 23 Julai 2019 14:36
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar kami?

Kemaskini Terakhir: 20 Ogos 2019

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN