semakan

Berita Terkini

KERJASAMA UMK DAN INDUSTRI BAKAL LONJAK POTENSI BULUH KE ERA BAHARU SUMBER EKONOMI

KERJASAMA UMK DAN INDUSTRI BAKAL LONJAK POTENSI BULUH KE ERA BAHARU SUMBER EKONOMI

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat       Foto I Al Azam Razi
 
0I1A9037KUALA LUMPUR 5 OGOS I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) positif buluh akan menjadi sumber baharu pendapatan negara. Keyakinan ini berdasarkan kepada kerjasama strategik yang dimeterai dengan beberapa pemain industri seperti Malaysia Timber Industries Board (MTIB), Natgreen Resources Sdn Bhd, Sujay Biotech dan A&M Co. Limited.

Naib Canselor UMK, Prof Dr. Ts. Noor Azizi B. Ismail berkata kerjasama strategik ini adalah serampang dua mata kerana di samping membangunkan ekonomi Malaysia, ianya membuka peluang pekerjaan baharu.

UMK sebagai institusi penyelidikan yang menyediakan kepakaran pembangunan dan penyelidikan melalui Fakulti BioKejuruteraan  dan Teknologi (FBKT) mengalu-alukan kerjasama  strategik ini yang akan melonjakkan pembangunan industri berasaskan buluh di Malaysia.

0I1A8910Dalam kerjasama ini, UMK dan MTIB serta pihak industri akan membentuk satu resolusi bersepadu sempena penganjuran forum perniagaan antarabangsa bertajuk 1ST INTERNATIONAL FORUM OF NATURAL RESOURCE TECHNOLOGY AND MANAGEMENT:  BAMBOO AS A DRIVER FOR  ECONOMIC GROWTH FOREST BEYOND TIMBER - NEW WEALTH CREATION FOR THE NATION yang bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar industri dan akademia untuk bertukar maklumat dan pandangan dalam konteks potensi buluh sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan menembusi pasaran antarabangsa. 

"Usaha ini juga adalah bersesuaian dengan peranan dan fungsi Universiti Malaysia Kelantan sebagai peneraju utama keusahawanan dan Jaringan Industri Universiti (CUIC) bersama FBKT yang mahu mengambil peluang ini untuk mengetuai usaha dalam memartabatkan industri berasaskan buluh, kata Azizi.

IBC 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Industri Utama, YB. Puan Teresa Kok, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Konfrens ini  menghimpunkan 100 para akademik/penyelidik dan wakil-wakil industri  bergabung untuk meneroka bidang buluh melalui kajian/penemuan serta produk-produk yang telah dihasilkan tentang potensi ekonomi Buluh negara.

0I1A9037Enam pembentang utama forum ini terdiri daripada  Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Helmi Abdul Rahman, UiTM (Bamboo As A Driver For Economic Growth In The Energy Sector), Dr. M Laksmi Prasad (Sujay Bio Tech Pvt Ltd, India Bamboo As Planted Forest & Bamboo Biomass Yield And Feedstock Characteristics) dan pembentang seterusnya Prof. Dr. Rizalman Mamat, UMP (Potential of Bamboo Feedstock As Solid Fuel Pellet).

Selain itu, Wong Jae Senn, Natgreen Resources Sdn. Bhd  (Bamboo’s Application  Potential As Advanced Composite Material, Industrial Polymer – Petrochemical Replacement, Bamboo Fibres For Filler & Bamboo Textiles, Timber Wood Replacement & Structual Materials), Prof. Dr. Pauzi Zakaria, UM (Climate Change Mitigation) dan pembentang terakhir ialah Ketua Pegawai Eksekutif A&M Co. Ltd, Korea Selatan iaitu Mr. Jindong Gong (Bamboo Bioenergy Pellet Market Demand & Buyback Guarantee).

0I1A9075Pada majlis ini turut berlangsung majlis pertukaran dokumen  memorandum persefahaman (MoU) antara UMK dengan tiga industri iaitu MTIB, syarikat Natgreen Resources Sdn Bhd dan Sunjay BioTech. MoU ini akan disaksikan oleh YB Teresa Kok.

Pada majlis pelancaran itu, Kementerian Industri Utama akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kelestarian industri buluh di Malaysia yang dilihat terkebelakang berbanding dengan negara jiran meskipun potensi ekonomi buluh sangat besar dan masih ramai tidak menyedarinya termasuk di Malaysia.

"Menyedari potensi ini, UMK berhasrat untuk meningkatkan R&D buluh ini ke peringkat yang lebih komprehensif dengan menjadikan UMK sebagai “teaching factory” yang bukan sahaja bagi menghasilkan tenaga pakar tetapi juga usahawan yang boleh mencipta peluang pekerjaan dan juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara", katanya lagi.

Selain FBKT, UMK  mempunyai kepakaran yang boleh melonjakkan lagi pembangunan sumber buluh ini melalui Fakulti Industri Asas Tani dan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan. 

UMK melalui CUIC, kini sedang bekerjasama rapat dengan pelbagai organisasi yang lain dalam memastikan teknologi dan inovasi berkaitan sumber alam ini tidak terhenti di sini.

Read 152 times Last modified on Isnin, 05 Ogos 2019 15:58
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar kami?

Kemaskini Terakhir: 20 Ogos 2019

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
Beg Berkunci No 01,
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN