Berita Terkini

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN MERENTAS SEMPADAN TARIK MINAT PELAJAR ANTARABANGSA

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN MERENTAS SEMPADAN TARIK MINAT PELAJAR ANTARABANGSA

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat      Foto I Al Azam Razi

0I1A9401BACHOK 7 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) komited untuk menarik lebih ramai pelajar luar negara menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di universiti ini bersandarkan kepada bidang pendidikan keusahawanan yang menjadi teras utama. Seramai 7 Rektor dan 1 wakil Rektor bersamaan dengan 13 delegasi dari 8 buah universiti di Indonesia telah mengunjungi UMK di Kampus Bachok bagi majlis menandatangani MoU, mesyuarat khas bersama pengurusan kanan UMK dan Forum bertema Pendidikan Keusahawanan. 

Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, bidang keusahawanan pada hari ini dilihat semakin berkembang pesat dan relevan selaras dengan keadaan semasa ekonomi.
Justeru, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh UMK untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dengan menyasarkan pelajar dari benua Afrika, China, Indonesia, Thailand.

“Selain daripada jurusan pendidikan keusahawanan, UMK juga memiliki kelebihan jurusan lain termasuk program Sains Bioteknologi, Perubatan Veterinar, Hospitaliti dan Kewangan Islam,” katanya.

0I1A9478Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan tiga buah universiti daripada Indonesia, di Bilik Seminar 2, UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.
Prof. Ts. Dr. Noor Azizi telah menyempurnakan majlis menandatangani MoU dengan Universitas Mercu Buana Yogyakarta, yang diwakili oleh Rektornya Dr. Alimatus Sahrah; Universitas Muhammadiyah Riau diwakili oleh Rektornya iaitu Dr H. Mubarak dan Universitas Islam Malang diwakili Rektor Prof Dr H.Maskuri Bakri.

Terdahulu, UMK telah menandatangani MoU dengan tujuh buah universiti yang terkemuka di Indonesia pada bulan lepas antaranya ialah Universitas Nadhlatul Ulama Surabaya, Universitas Muslim Indonesia Makassar, Univesiti Muhamaddiyah Makassar, Universitas Sains Al-Qur’an, Wonosobo, Universitas Bengkulu, , Universitas Islam Bandung, Universiti Hasyim Asy’Ari dan Universiti Sains Al-Quran.

Menurut Prof. Ts. Dr. Noor Azizi, penerapan atribut keusahawanan kepada graduan UMK menjadikan universiti ini berbeza dengan universiti lain.

0I1A9608“Keyakinan pelajar-pelajar antarabangsa ini jelas menunjukkan kualiti yang terdapat di UMK sebagai salah satu universiti terbaik dalam bidang keusahawanan di negara ini.


“Saya percaya, sasaran kita seramai 1000 pelajar antarabangsa akan tercapai untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Kerjasama dengan 10 buah universiti terkemuka di Indonesia ini akan merangkumi kerjasama penawaran program akademik untuk prasiswazah dan pascasiswazah, program mobiliti untuk staf dan pelajar, peluang biasiswa untuk staf dan pensyarah universiti Indonesia melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah PhD di UMK dan penubuhan geran penyelidikan bersama antara UMK dengan universiti rakanan daripada Indonesia.

0I1A9613Selain itu, bagi meraikan kehadiran rektor-rektor universiti Indonesia yang mengunjungi UMK hari ini, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) juga bersetuju untuk menawarkan geran penyelidikan sebanyak RM 10, 000 (matching grant) kepada setiap universitas yang menyertai perbincangan tadi.

Kerjasama ini diharap dapat merangkumi juga penerbitan jurnal dan buku bersama antara UMK dengan universiti rakanan daripada Indonesia disamping merancang program latihan bagi meningkatkan kemahiran staf dan pelajar.

0I1A9328

Read 488 times Last modified on Rabu, 07 Ogos 2019 23:38
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 12 December 2019

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN