Berita Terkini

UMK TERIMA RM 2.6 JUTA GERAN PENYELIDIKAN PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL

WhatsApp Image 2020 01 30 at 2.24.28 PM

PENGKALAN CHEPA 28 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima peruntukkan geran pembiayaan penyelidikan bernilai RM2.6 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi pelaksanaan Projek Usahawan Sosial atau UMK For Society Social Enterprise Project sebagai usaha meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi masyarakat di Negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan Kementerian Kewangan, YB Dato’ Wira Hj. Amiruddin Hj. Hamzah berkata pembiayaan geran penyelidikan ini merupakan inisiatif kerajaan dalam meneruskan usaha yang dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik UMK bagi mempertingkatkan keupayaan untuk pelaksanaan projek berasaskan sosial enterprais.

Beliau berkata, pembiayaan permulaan ini adalah komitmen Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan baik melalui platform yang disediakan oleh UMK dan akhirnya memberi impak besar kepada kumpulan sasar iaitu golongan B40 dan asnaf termasuk mahasiswa UMK untuk melaksanakan perusahaan atau perniagaan.

“Projek ini akan membantu para peserta untuk diberi latihan dan bimbingan bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Contohnya ialah perusahaan pemerosesan Ikan Lunak dan Ikan Bekok yang telah pun dilaksanakan oleh Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) di Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan dan Kampung Genting, Tumpat, Kelantan.

“Bagi program ini, Kementerian Kewangan dan UMK bersama-sama untuk menjayakan agenda untuk menaikkan pendapatan rakyat serta mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan menerusi projek-projek Bisnes Sosial dan akhirnya mereka ini dapat manfaat serta dapat menyumbang balik kepada orang lain,” katanya pada program Ministerial Talk Series bersama YB Dato’ Wira Hj. Amiruddin Hj Hamzah dan Majlis Penyerahan UMK-MOF Social Enterprise Project, di Dewan Eksprimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 28 Januari 2020.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, Pengerusi Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah UMK, En. Mohd. Nazri Mat Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Prof. Dr. Wan Mohd. Amir Zal Wan Ismail.

Pada majlis itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi dan Dato’ Zamzuri menyempurnakan majlis Menandatangani Kontrak Projek UMK-MOF Social Enterprise. Manakala majlis Penyerahan Kontrak Geran MoF kepada 13 Ketua Penyelidik UMK disampaikan oleh YB. Dato' Wira Hj. Amiruddin.

Mengulas kerjasama itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata, sehingga 2019, UMK telah melaksanakan 93 projek penyelidikan dengan geran sebanyak RM16, 134, 201.00 termasuklah program dalam bentuk perusahaan sosial atau Social Enterprise yang membina ekosistem kepada para pemegang taruh untuk bersama dalam membantu komuniti secara berimpak lestari.

Beliau percaya inisiatif ini adalah tepat dengan kepakaran yang ada pada UMK dan melalui usahasama ini UMK berusaha untuk bersama MOF menjayakan projek Social Enterprise selari dengan inisiatif yang dirangka oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

“Pihak kementerian telah memberi kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan program ini dan kejayaan projek ini mampu memberi manfaat besar kepada semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Wan Mohd Amir Zal berkata, pelaksanaan UMK For Society Enterprise Project di bawah sekreteriat InsPeK ini melibatkan tiga kategori kluster iaitu Kluster Projek Khas (Inovasi UMK), Kluster Jeli Cottage Industrial Park dan Kluster Pembinaan Kapasiti Perusahaan Sosial.
Katanya, secara keseluruhan projek ini melibatkan kumpulan sasar seramai 3,445 peserta daripada komuniti kurang bernasib baik daripada B40 dan asnaf, komuniti Orang Asli dan mahasiswa UMK.

“Geran ini adalah program Pemindahan Ilmu (KTP) atau Knowledge Transfer Programme yang dirangka untuk mengalakkan pemindahan ilmu dan kepakaran universiti kepada sasaran komuniti atau usahawan.

“Melalui 13 projek ini, golongan sasar dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan berkesan dan seterusnya dapat mengeluarkan produk yang boleh dibantu oleh enterprais sosial. Ini secara tidak langsung menjana pendapatan kepada isi rumah penduduk khususnya melibatkan komuniti nelayan dan Orang Asli,” katanya.

Projek Perusahaan Sosial ini melibatkan projek Enriched Organic Planing Mix Production Capacity Building For Social Enterprise Development oleh Ketua Penyelidik Prof. Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah, projek Design, Development and Testing of Commercial Scale Hybrid Solar Dryer For Drying Of Fish diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, program Latihan Keusahawanan Strategik Enterprais Sosial (Dr Anis Amira Ab. Rahman), Program Low Cost and Low Equipment Cultivation of Grey Osyter Mushroom by PSB Substrate to Contribute Nation’s Revenue ( Dr. Mst Laila Naher), Perekayasan Sosial (Social Re-Engineering ) Nelayan Melalui Laluan Kerjaya Berasaskan Ekosistem Perusahaan Sosial ( Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail), Program Pembangunan Usahawan Nenas Melalui Kemahiran Nenas, Penghasilan Produk Hiliran Nenas dan Pemasaran Nenas (Dr. Raimi Mohamed Redwan), Program Pembangunan Usahawan Orkid Di Kalangan Graduan , Bakal Graduan dan Golongan Belia Tempatan Melalui Kemahiran Kultur Tisu , Penjagaan Nurseri dan Pemasaran Orkid (Prof. Madya Dr. Fatimah Kayat)

Selain itu, melibatkan program Pemerkasaan Ekonomi Perusahaan Sosial Melalui Penghasilan Sayuran Berkomersil Tinggi Menggunakan Teknologi Penanaman Vertikal (Dr. Norhafizah Md. Zain), Program Pemerkasaan Perusahaan Sosial Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) Melalui Pemprosesan Ikan Lunak Sebagai Satu Keusahawanan Sosial (Dr. Nurhanan Abdul Rahman), Projek Inkubator Pelapis Usahawan Asas Tani (IPUAT) (Puan Tengku Halimatun Sa’adiah Abu Bakar), Program Pusat Pembangunan Kompleks Perusahaan Desa Jeli (Ts. Dr. Maryana Mohamad Nor), projek Superfood Sprilulina : Langkah Lestari Untuk Mengatasi Malnutrisi Komuniti (Ts. Dr. Mohamad Faiz Mohd Amin) dan Program Usahawan Sosial (Ikan Bekok) di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan (Dr. Tengku Fauzan Tengku Anuar).

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Read 1032 times Last modified on Khamis, 30 Januari 2020 15:34
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 07 September 2020

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN