Berita Terkini

KERJASAMA MOU UMK DAN GEO SOLUTION RESOURCES MISI EKSPLORASI SUMBER MINERAL DI KELANTAN

WhatsApp Image 2020 02 06 at 4.03.26 PM 1

PENGKALAN CHEPA 5 Februari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Geo Solution Resources (GSR) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama menjalankan penyelidikan berimpak tinggi untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar dan warga universiti.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail manakala Geo Solution Resources diwakili oleh Tn. Haji Ahmad Nizam Hassan dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob serta Pengurus GSR, En. Muhammad Safwan Ishak.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, sinergi koloborasi di antara UMK dan GSR meliputi perkara pembangunan program akademik modul kursus yang bersesuaian dengan keperluan industri termasuklan penyelidikan usahasama dalam menjalankan penyelidikan dari segi data, analisis, alatan dan kepakaran, pembangunan bahan-bahan santifik, penerbitan dan maklumat.

Katanya, kerjasama tersebut mampu membolehkan kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama menjalankan eksplorasi mineral dan kajian saintifik berkenaan bidang industri geosains di Negeri Kelantan.

“Kelantan merupakan negeri pengeluar emas kedua terbesar di Malaysia selepas Pahang dengan pengeluaran sebanyak 1.13 juta gram pada tahun 2018 berbanding Pahang sebanyak RM1.5 juta gram. Mengikut sejarah perlombongan emas, Semenanjung Malaysia ini pernah di gelar sebagai Golden Chersones atau Semenanjung Emas dan menjadi tarikan orang asing untuk datang mempelopori hasil bumi di sini.

“Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa terowong bekas tinggalan pelombong Perancis yang pernah datang mengeksploitasi hasil emas di Kampung Kalai, Jeli sekitar tahun 1930 an dan tapak lombong bersejarah ini telah dirancang untuk dibangunkan semula sebagai destinasi pelancongan di Kelantan,” katanya pada majlis menandatangani MoU di Dewan Eksprimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 4 Februari 2020.

Beliau menyifatkan Kelantan memiliki tempat yang berpotensi kerana mengandungi mineral berharga dan hasil kerjasama dengan GSR dapat menggalakkan lagi perkembangan aktiviti eksplorasi di Kelantan dalam menemukan lebih banyak tempat perlombongan mineral baharu untuk dibangunkan.

“Kerjasama ini dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Kelantan serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menerusi MoU untuk tempoh enam tahun ini bagi merealisasikan visi dan misi universiti serta merangsang dan memperkukuhkan aktiviti pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan di UMK terutamanya dalam bidang Geosains dan bidang lain berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Tn. Haji Ahmad Nizam berkata pihak GSR akan memanfaatkan sepenuhnya kerjasama ini dengan meningkatkan peluang penyelidikan bersama disamping memperkukuhkan ikatan hubungan sebagai ahli UMK AGE Council.

Katanya, Negeri Kelantan memiliki banyak produk geologi yang boleh dipromosikan terutamanya dalam bidang geotourism seperti Sungai Pergau, Gunung Reng, Gunung Stong dan Gunung Ayam serta Air Terjun Gunung Stong.

“Produk ini boleh diselitkan dengan ilmu geologi serta kaitan cerita mitos atau asal usul sejarah untuk menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara sebagai destinasi pelancongan pasti untuk menarik minat pelancong dalam dan luar negara. Justeru, pakej menarik ini akan memberi keseronokan kerana ilmu geologi dapat dikongsi dalam bentuk santai dan ilmiah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan antara cabaran yang perlu dilihat adalah aspek memperkasakan kebolehpasaran (Employability) graduan-graduan bidang GeoSains UMK dalam industri yang semakin mencabar mutakhir ini ialah untuk mendepani cabaran Industry Revolution 4.0 (IR4.0).
Wireless Connectivity, teknologi 5G, Big Data Analytic, Cloud System dan Digitalization yang merupakan komponen penting dalam IR4.0.

“Justeru, GSR telah mengambil pendekatan awal dengan menubuhkan satu unit CSR (Corporate Social Responility) yang dinamakan sebagai Makmal Latihan Industri Geosians (GIL – Geosains Internship Lab) pada tahun 2018 untuk mendepani cabaran ini.

“Dalam konteks MoU ini, kerjasama antara UMK melalui Fakulti Sains Bumi (FSB) dan GSR sebagai pemain industri berhasrat untuk membangunkan modul kursus yang seiring dengan keperluan industri terutamanya dalam mendepani cabaran IR4.0,” katanya.

Menurut Tn. Hj. Ahmad Nizam lagi , makmal latihan industri GeoSains ini adalah makmal yang menggunakan segala pelaburan infrastruktur teknologi kami yang realitinya digunakan secara pratikal, optimum dan hands on sebagai salah satu alat yang menyelesaikan masalah-masalah projek penyelidikan kami yang semakin sofistikated dan rumit.

“Antara aplikasi teknologi adalah seperti penggunaan drone dalam penyelesaian pemetaan geologi dan bencana cerun batuan, penggunaan Light Detection and Ranging (LIDAR) dalam penentuan kawasan berisiko tanah runtuh, Penggunaan Terrestrial Laser Scanning (TLS) dalam mengesan masalah mendapan dalam skala macro dan micro, Pemetaan sub-permukaan menggunakan kaedah Ground Penetrating Radar, Transient Electromagnetic, Resistivity dan Seismic Imaging dan Penggunaan dan peluasan aplikasi 3D geological modelling dalam penyelesaian multidisplin imginasi subpermukaan.

“Kerjasama akademia-industri ini diharapkan dapat mendepani masalah yang kian rumit dan pada era IR4.0 dan teknologi 5G juga menuntut kesiap-siagaan pembangunan modal insan yang mampu berdaya saing bagi meningkatkan kualiti dan keberhasilan industri. Para pelajar perlu diperkasakan dengan asas ilmu yang kukuh, berkemahiran tinggi dan mempunyai kemahiran insaniah (soft skill) seperti kemahiran keusahawanan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 02 06 at 4.03.27 PM

Read 811 times
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 07 September 2020

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN