Berita Terkini

HUTAN SIMPAN GELAM UMK TERBAKAR

IMG 20200419 WA0007

HUTAN SIMPAN GELAM UMK TERBAKAR

 
BACHOK 19 April I Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok dan Tok Bali  berjaya mengawal kebakaran dari merebak dalam satu kebakaran di kawasan hutan pokok gelam   Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, pada awal pagi 18 April 2020.
 
Ketua Keselamatan UMK, En. Wan Salman berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali, Pasir Puteh  tiba di tempat kejadian pada jam 11.30 selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi.
 
Katanya, jentera bomba  dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali telah berjaya mengawal kebakaran api dari merebak ke kawasan hutan yang lebih luas di kampus UMK Bachok.
 
“Kejadian tersebut mula dikesan  kira-kira jam 10.20 pagi  oleh Ketua Syif Unit Rondaan selepas melihat kepulan asap di kawasan berhampiran ladang ternakan rusa UMK.
 
“Operasi memadam kebakaran  kemudian turut disertai oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dengan kekuatan 12 anggota dan dua jentera bomba. Operasi memadam dan mengawal kebakaran mengambil masa lebih kurang lima jam dengan api berjaya dipadam pada jam 6.30 petang,” katanya.
 
Menurut En. Wan Salman, punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.  Insiden tersebut  bagaimanapun tidak melibatkan mana-mana bangunan berhampiran UMK kerana api berjaya dikawal daripada merebak.
 
Katanya, pihak bomba dan Unit Keselamatan UMK masih membuat pemantauan bagi memastikan api padam sepenuhnya.
 
“Dalam operasi tersebut, pihak kami dimaklumkan bahawa 
terdapat beberapa halangan dalam memadamkan kebakaran kerana kejadian kebakaran berlaku di kawasan tengah hutan," katanya.
 
Sementara itu, En. Wan Salman memohon kerjasama penduduk kampung di kawasan UMK Bachok bersama-sama menjaga alam sekitar terutamanya kawasan hutan gelam tersebut.
 
“Ini penting kerana kawasan pokok gelam ini menyimpan sumber ekosistem yang amat di perlukan oleh manusia dan alam sekitar. Kawasan hutan gelam ini juga penting dalam sektor pertanian di kawasan sekitar Bachok,” katanya.
 
Keluasan UMK Bachok ialah 776 ekar dan sebahagian besarnya adalah Hutan Simpan Gelam.   Kehadiran hutan gelam ini memberi keunikan kepada UMK kerana tiada di universiti awam yang lain.  Kawasan yang terlibat dalam kebakaran berkenaan anggaran 8 ekar.
 
"Hutan gelam ini menjadi habitat pelbagai spesis burung dan juga tumbuhan herba untuk perubatan tradisi.  Di dalamnya juga terdapat sarang sarang lebah dah kita percaya hal ini telah menarik perhatian orang tertentu untuk memasuki kawasan hutan UMK ini secara sembunyi-sembunyi.  Kita mengharapkan orang awam bersama-sama menjaga alam sekitar dan menghargai keunikan  hutan gelam ini kerana ianya sukar ditemui ditempat lain."
 
Menurut beliau lagi kejadian kebakaran ini adalah yang paling teruk dalam sejarah UMK Bachok yang sentiasa berhadapan dengan ancaman kebakaran akibat dari aktiviti pembakaran terbuka oleh pihak luar.
 
Oleh : Pusat Komunikasi Korporat
Read 824 times
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 22 September 2020

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN