Berita Terkini

14 PENYELIDIK MUDA UMK TERIMA WATIKAH PERINTIS PROGRAM UMK RISING STAR

WhatsApp Image 2020 06 10 at 11.17.42 AM

BACHOK 7 JUN I Seramai 14 penyelidik muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari pelbagai kepakaran dan bidang penyelidikan menerima watikah pelantikan untuk memulakan program perintis UMK Rising Star dalam usaha meningkatkan penemuan akademik khususnya dalam bidang penyelidikan, inovasi dan penerbitan berimpak tinggi.

Program anjuran Bahagian Penerbitan dan Penarafan (PRD), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) ini membolehkan 14 perintis UMK Rising Star menerima geran penyelidikan sebanyak RM 20,000 bagi bidang sains dan teknologi (ST) dan juga RM10,000 bagi bidang sosial sains (SS). Program ini ditawarkan kepada peserta selama setahun.

Majlis penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah baru-baru ini.

Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata, program UMK Rising Star ini adalah insiatif TNCPI UMK sebagai lonjakan untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti penyelidikan dan penerbitan di universiti.

Katanya, UMK bukan sahaja memperuntukan geran penyelidikan kepada pensyarah dan penyelidik malah mereka diberi peluang untuk mengasah bakat mereka sekaligus mengembangkan penemuan kajian dalam bentuk penerbitan ilmiah yang berkualiti.

"Peluang ini juga akan memberi akses kepada staf akademik untuk menjadi seorang pemimpin akademik yang ber-reputasi iaitu perlu mempunyai rekod yang sangat baik dalam akademik, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi, perundingan, khidmat masyarakat serta jaringan industri yang baik.

“Tambahan pula untuk melahirkan pemimpin akademik yang berjaya, staf akademik perlu memenuhi kriteria seperti berkelayakan, beramanah, rendah diri dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah UMK Rising Star di UMK Bachok.

Turut hadir, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ts. Ir. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Pengarah PRD, Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD) ChM Dr. Abdul Hafidz Yusoff dan Pengarah Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan (ICD), Prof. Madya Ir. Dr. Julie Juliewatty Mohamed.

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Arham berkata, penerima UMK Rising Star ini perlu menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu penerima mestilah berumur tidak lebih dari 40 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya Hirsch Index (H Index) 3 bagi bidang ST dan 2 bagi bidang SS. Selain itu juga, penyelidik muda ini perlu mempunyai atribut kepemimpinan yang baik. Katanya lagi, penerima juga perlu menghantar video ringkas berdurasi 3 -5 minit serta ringkasan CV untuk dinilai oleh panel yang telah dilantik.

Menurutnya, inisiatif program ini adalah hasil perbincangan dengan Naib Canselor untuk melihat bagaimana UMK perlu ada perancangan pengantian (succession planning) menerusi bidang penyelidikan dan inovasi. Selain itu juga, program ini juga sebahagian dari pembudayaan ekosistem RICE (Research, Innovation, Commercialization & Entreprises) yang telah diperkenalkan di UMK.

“Tambahan dari itu, agenda yang pertama ialah “development of leadership and academic leadership di mana saya percaya program ini mampu mempersiapkan staf akademik dalam meningkatkan mutu akademik dan laluan kerjaya pada masa hadapan.

Beliau berharap staf akademik yang menjadi perintis program ini akan membina legasi yang terbaik terutamanya di dalam pengurusan pentadbiran akademik universiti.

UMK Rising Star adalah platform terbaik di dalam mengasah bakat penyelidik muda di peringkat universiti, malahan mereka boleh menggunakan laluan ini untuk ke peringkat yang lebih tinggi seperti Anugerah Malaysia Rising Star Award (MRSA) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 06 10 at 11.17.43 AM

Read 511 times Last modified on Rabu, 10 Jun 2020 11:33
Rate this item
(0 votes)

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 26 Julai 2020

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

UMK Helpdesk
Enquiry/Suggestion

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • KALENDAR
  • PENERBITAN