Berita Terkini

UMK ANJUR SESI TAKLIMAT PENGAJIAN SEPARUH MASA KEPADA ANGGOTA PDRM

Isnin, 26 Oktober 2020 16:39

WhatsApp Image 2020 10 26 at 4.38.49 PM

KOTA BHARU 25 Oktober I Dalam usaha menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan pekerja, Malaysian Graduate School Of Entrepreneurship And Business (MGSEB) bersama-sama Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) telah mengadakan sesi Taklimat Pengajian Separuh Masa di UMK kepada 60 anggota PDRM, di Dewan Tun Salleh, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), Kota Bharu, Kelantan, pada 22 Oktober 2020.


WhatsApp Image 2020 11 03 at 5.21.45 PMSesi taklimat selama dua jam itu dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Peringkat Kontinjen Kelantan diadakan bertujuan untuk mendapat maklumat tepat berkaitan peluang pendidikan kepada anggota PDRM untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan di peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah di UMK.


Program pengajian prasiswazah yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan).


Sementara itu, program pascasiswazah di peringkat sarjana dan kedoktoran, MGSEB menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).


WhatsApp Image 2020 10 26 at 4.38.49 PM 1Antara pengisian utama iakah sesi penerangan dan sesi soal jawab yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Pengarah UMKCEE, Prof. Madya Ts. Dr. Zuraimi Abdul Aziz dan Pengarah MGSEB, Dr. Dzulkifli Mukhtar.


Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH SAC Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen, YDH SUPT Zulkifli Mat Deris dan Pegawai Turus Pentadbiran Kontinjen Kelantan, YDH DSP Mohamad Ismail Jamaluddin.

 

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 10 26 at 4.38.50 PM 1

Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan

Selasa, 20 Oktober 2020 11:46

WhatsApp Image 2020 10 20 at 11.37.37 AM

KOTA BHARU 19 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dan Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan dan bidang keusahawanan berasaskan kepakaran dan fokus masing-masing khususnya kepada rakyat di Negeri Kelantan.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah manakala Kerajaan Negeri pula diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajah Mumtaz bt. Md Nawi dan disaksikan Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa), Pn. Ilvira Mohd Dasuki.

Majlis menandatangani MoU adalah sempena Majlis Perasmian Penutup Hari Kebajikan Negeri Kelantan yang berlangsung di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu, pada 19 Oktober 2020.

Sehingga kini beberapa aktiviti bersama telah dilaksanakan, antaranya ialah melaksanakan sebahagian dari projek “Lembah Barakah: UMK- Kelantan Bersama Melangkah ke Hadapan”. MoU ini turut menekankan keperluan petukaran kepakaran antara UMK dan UKeKWa. Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan berasaskan kepakaran bersama ialah, Pemetaan Ekosistem Wali dan Kerabat Komuniti Miskin di Kota Bharu Kelantan. Juga beberapa aktiviti yang melibatkan peningkatan kepakaran dalam penyelidikan dan pembinaan kapasiti komuniti di negeri Kelantan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Watikah Pelantikan Sekolah dan Guru Penyelaras 2020

Isnin, 19 Oktober 2020 14:40

WhatsApp Image 2020 10 18 at 6.54.40 PM

KOTA BHARU 18 Oktober I Sebanyak 38 buah sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah Orang Asli menerima Watikah Pelantikan Sekolah dan Guru Penyelaras 2020 bagi pelaksanaan Program Empower ECER anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran,Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, En. Mohd Hassany Hashim, di Hotel Grandriver View, Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar, Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Negeri Kelantan, Dato’ Wan Mohd Hasnan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, UMK Business Ventures Sdn Bhd merangkap Penasihat Projek Empower ECER-UMK, En. Mohd Fozae Samad dan Pensyarah Kanan, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejateraan, Dr Darweena Bah Simpong.

Terdahulu, seramai 101 pengetua, guru besar dan guru penyelaras telah mengikuti ceramah modul NLP menerusi Program Master Teacher yang disampaikan oleh Kaunselor Berdaftar dan Pengasas Modul Power Action, CR Afizul Mohammad.

Program Empower ECER 2020 merupakan kerjasama antara UMK menerusi UMK Business Ventures Sdn Bhd dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 11 Januari 2020

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • PENERBITAN