Berita Terkini

LATIHAN BERKUDA UNTUK PEMIMPIN MAHASISWA BACHOK

Sabtu, 28 November 2020 11:19

WhatsApp Image 2020 11 28 at 10.50.47 AM

Seksyen Aktiviti dan Pembangunan Pelajar (SAPP) dan Bahagian Pengurusan Kolej Kediaman (BPKK), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPPUMK) dan Jawatankuasa Pimpinan Kolej Kediaman (JPPK) telah menganjurkan Program “Horse Riding for Leadership Training, di Seri Nipah Resort Bachok, Kelantan, pada 20 November 2020.


Program tersebut menerima penyertaan seramai 50 peserta dengan objektif utamanya adalah untuk menanam keyakinan dan keberanian dalam diri kepada pelajar menggunakan konsep berkuda dalam latihan kepimpinan disamping untuk memberi pendedahan tentang aktiviti berkuda mengikut sunnah kepada pelajar dan staf UMK.


Menurut Pengerusi Program, Dr. Mohd Nazri Muhayiddin, program berkuda merupakan terapi yang baik untuk rohani dan jasmani dalam diri setiap pemimpin menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti menunggang kuda, sesi joyride dan memberi kuda makan.


Katanya, sesi yang dijalankan juga memberi pembinaan karakter dan skil kehidupan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


“Selain itu, impak dari aktiviti berkuda ini juga memberi rasa hormat, memahami, bersatu dan bekerjasama untuk mencapai tujuan dalam kalangan MPPUMK dan JPKK.


“Program ini dapat mewujudkan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan,” katanya.


Melalui program sehari ini, peserta dapat beriadah serta diberi tunjuk ajar pengendalian kuda yang betul disamping mendalami aktiviti sunnah Nabi (S.A.W.) dengan mempelajari asas menunggang kuda dan perapian kuda.

WhatsApp Image 2020 11 28 at 10.50.25 AM

UMK MENANG ANUGERAH KHAS, 8 EMAS DAN 2 PERAK DI ITEX 2020

Sabtu, 28 November 2020 11:17

WhatsApp Image 2020 11 28 at 10.41.25 AM

KUALA LUMPUR I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenangi lapan pingat emas, dua pingat perak dan Anugerah Khas Malaysia Technical University Network (MTUN) di Persidangan Pameran Antarabangsa Ciptaan, Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2020, yang diadakan secara atas talian pada 20 hingga 21 November 2020.

Produk Block Batik Pointillisme: Printing Block Innovation As An Approach To Sustain Its Heritage Value’ ciptaan staf Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) iaitu Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Ya'acob berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas MTUN yang merupakan anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan oleh ITEX online pada kali ini dan diberikan kepada penghasilan produk berasaskan TVET.

Sementara itu, tujuh pingat emas lain disumbangkan oleh penyelidik dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim menerusi projek OKU2u Agripreneur Builder, penyelidik Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT), Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar dengan projek Nutritional and Delicious Gummy From Natural Rambutan Vinegar, Ts. Dr. Maryana Mohamad Nor (FIAT) untuk projek iKENAF dan penyelidik dari Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT), Dr. Mohamad Najmi Masri untuk projek Innovation Design of Sublimation Machine.

Turut menyumbang tiga emas dari Fakulti Sains Bumi iaitu Prof. Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak menerusi projek A Novel Method for Hygienic Processing of Etak Salai (HYPES), Dr. Suganthi A/P Appalasamy untuk projekTermicide : Nano Anti Termite for Urban Household dan Encik Zulhazman Hamzah dengan projek TEA 4-G. Manakala dua pingat perak oleh penyelidik Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Dr. Wan Khairy Wan Ibrahim dengan projek RBWMART dan penyelidik FBKT, Dr. Mardawani Mohamad menerusi projek K-Biozyme: Integrated Design of Kenaf Processing and Recovery System.

Menurut Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman berkata, UMK telah menghantar 10 produk inovasi untuk ITEX 2020 yang telah diadakan secara atas talian menerusi platform media sosial Youtube. Katanya, pada ITEX 2020 kita berjaya memenangi lapan pingat emas dan 2 pingat perak serta menerima pengiktirafan Anugerah Khas MTUN menerusi produk Blok Batik.

“Ini merupakan sejarah buat UMK oleh kerana anugerah khas yang diperolehi adalah anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan dan penerimanya adalah daripada staf pelaksana (staf pentadbiran). Ini membuktikan bahawa ekosistem RICE (Research, Innovation, Commercialization, Enterprise) yang diperkenalkan di UMK telah berjaya memberikan manfaat kepada staf di UMK. Inisiatif penawaran geran kepada staf pelaksana yang diperkenalkan oleh UMK juga iaitu geran ‘Nonacademician research for innovation and creativity enhancement’ (NICE) telah membantu staf pelaksana bagi menghasilkan pelbagai inovasi yang boleh memberikan manfaat kepada universiti, agensi, industri dan masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UMK, Prof Ts Dr. Arham Abdullah berkata, pencapaian ini adalah satu komitmen penting pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi untuk menjadikan produk penyelidikan universiti diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beliau menyifatkan pencapaian pada kali ini adalah penyumbang kepada senarai ciptaan dan inovasi universiti, yang komited dengan memberi peluang kepada para penyelidik kearah pengkomersialan produk dan inovasi baharu untuk kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

"Pencapaian pada kali ini adalah kejayaan semua pihak yang terbabit menjayakannya khususnya terhadap komitmen untuk memartabatkan kecemerlangan universiti bagi mencapai kecemerlangan yang berterusan.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutamanya Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC) dan semua penyelidik yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan ITEX 2020 pada tahun ini, katanya.

Sementara itu, En. Mohd. Najibul Muthiie yang mengulas kejayaan projek Blok Batik Pointillisme, berkata produk ini merupakan inovasi baharu Blok Batik yang fleksibel dan boleh mengubah bentuk motif dengan hanya menggunakan satu blok batik pointillisme sahaja.

Katanya, dengan penggunaan blok ini pembatik boleh menghasilkan pelbagai rekaan corak batik yang menarik dan lebih moden. “Lebih menarik ialah blok batik ini juga telah mengalihkan kebergantungan kepada kepakaran manusia dalam membuat blok batik kerana blok batik ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan mesin CNC laser.

“Teknik baharu dalam menghasilkan blok ini lebih menjimatkan masa dan kos pembuatan blok batik disamping menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha batik iaitu kesukaran untuk membuat tempahan blok disebabkan kurangnya individu yang mahir membuat blok,”katanya.

Tambahnya, blok batik Pointillisme ini telah memberi nafas baru kepada para pengusaha batik tempatan yang terdiri daripada syarikat-syarikat IKS bagi memasarkan produk mereka.

“Ini selaras dengan saranan kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0 dan menerusi projek blok batik ini yang masih menjalani proses R&D untuk beralih ke fasa seterusnya iaitu 'Automation Batik Block'. “Rekaan corak batik yang dihasilkan dalam komputer ditukar secara automatik kepada G-code dan dihantar terus kepada blok batik.

Inovasi ini dijangkan akan memberi impak besar kepada industri batik negara pada masa hadapan,” katanya.

WhatsApp Image 2020 11 28 at 10.41.12 AM

E-KARNIVAL PENJANA PERKESO DAN MY CAREER@MOHE 2020 TAWAR 200 PELUANG PEKERJAAN

Sabtu, 28 November 2020 11:15

WhatsApp Image 2020 11 24 at 10.02.19 AM

BACHOK 24 November I Sebanyak 200 jawatan kosong ditawarkan dan lebih 12 majikan/industri mengambil bahagian dalam program temu duga terbuka yang berlangsung secara atas talian sempena program e-Karnival PENJANA PERKESO Dan My CAREER@MOHE 2020 Zon Timur anjuran Universiti Malaysia Kelantan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 23 hingga 25 November 2020.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, program e-karnival kali ini merupakan penganjuran kali kedua oleh UMK selaku tuan rumah di mana pertama kali telah diadakan pada tahun 2019 menerusi kerjasama dengan JobsMalaysia Negeri Kelantan.

Beliau berkata, program e-karnival ini sepatutnya dijalankan secara fizikal iaitu pada bulan Oktober namun bagi membendung wabak covid-19 ini, pihak universiti telah mengambil langkah drastik untuk mengadakan program ini secara atas talian selama tiga hari bermula pada 23 hingga 25 November 2020.

“Pihak UMK dengan kerjasama PERKESO telah mengambil inisiatif melaksanakan program e-karnival untuk membantu kerajaan ke arah usaha mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja tempatan disamping mengurangkan kadar penggangguran terutama dalam kalangan graduan.

“Program ini juga mampu mempertingkatkan taraf hidup para graduan ke arah yang lebih baik termasuklah dapat membantu bakal graduan dalam mendapatkan akses maklumat berkenaan kerjaya dan peluang pekerjaan serta maklumat berkaitan penempatan latihan industri.

“Selain itu, program ini juga memberi kesedaran mengenai hala tuju kerjaya serta bimbingan semasa di universiti disamping memberi peluang kepada belia yang mempunyai. kemahiran, separa mahir atau tidak mahir memperolehi peluang pekerjaan bersesuaian,” katanya pada majlis pelancaran e-Karnival PENJANA PERKESO Dan My CAREER@MOHE 2020 Zon Timur, secara langsung di Pejabat Perpustakaan Dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, Kelantan bermula pada 23 November 2020.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, program e-Karnival PENJANA PERKESO Dan My CAREER@MOHE 2020 turut dilihat dapat membantu graduan mendapatkan pekerjaan dan menerima latihan kemahiran dari pihak agensi kerajaan dan industri yang terlibat.
Katanya, terdapat juga programTalkshow bersama jemputan dari setiap Fakulti UMK & Industri: Live Facebook dan Youtube, Webinar CEO Talk Series bersama Industri terpilih, temuduga atas talian oleh majikan dan ceramah motivasi serta kerjaya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 11 24 at 10.02.18 AM

Apa kata pelajar antarabangsa kami?

Kemaskini Terakhir: 11 Januari 2020

E-Community



 

Hubungi

Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok,
Kelantan

Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000

 

Search

  • UMUM
  • PRASISWAZAH
  • PASCASISWAZAH
  • PENTADBIRAN
  • AKADEMIK
  • PENERBITAN